Putera Klasik

Fikirkanlah…Renungkanlah

Daily Archives: September 2, 2011

Bila Ayah dan Ibu Bercerai…

Anak-anak berpatah arang.

Marah betul anak-anak Ayah. Anak-anak Ibu dah melampau betul. Ada ke patut disamakan Anak no 1 Ayah dengan kerbau pendek itu. Seluruh warga tanah sekangkang kera gempar dengan perkembangan terbaru pertelingkahan antara Anak-anak Ayah dan Anak-anak Ibu. Sampai begitu sekali Anak-anak Ibu menghina Anak no 1 Ayah.

Anak No 1 Ayah, kelihatan tenang sahaja petang itu. Mengikut rancangan yang telah diatur. Mesyuarat besar untuk Anak-anak Ayah kali ini merupakan mesyuarat besar terakhir untuk Anak No 1 Ayah. Dalam beberapa bulan lagi Anak No 1 Ayah akan bersara. Sekalian Anak-anak Ayah sudah pun maklum, Anak No 2 Ayah akan mengambil alih teraju kepimpinan kumpulan Anak-anak Ayah nanti. Anak-anak Ibupun dah tahu.

Anak-anak Ayah yang kembar 3 orang itupun dah setuju pula, mereka akan reda siapa Anak No 2 Ayah pilih untuk menjadi Anak No 2 Ayah bila dia jadi Anak No 1 Ayah. “Kami akan sokong siapapun Anak No 2 akan pilih nanti.”

Petang itu dalam ucapan terakhirnya, Anak No 1 Ayah menzahirkan kemarahannya, bukan dengan marah-marah tetapi dengan menghuraikan kepincangan Anak-anak Ibu. Seluruh warga tanah sekangkang kera melihat melalui televisyen, ada yang dengar radio ucapan Anak No 1 Ayah. Yang nyata seluruh kumpulan Anak-anak Ayah tersemat dalam hati mereka barangkali dendam yang meluap-luap. Rasanya kali ini akan benar-benar berpatah aranglah Anak-anak Ayah dan Anak-anak Ibu.

Sejak Ayah dan Ibu bercerai memang tak henti-henti kata mengata antara Anak-anak Ayah dan Anak-anak Ibu tetapi kali ini nampaknya kebencian antara mereka benar-benar memuncak.

»
Apa nasib kami nanti? Apakah kami akan mewarisi pertelingkahan Anak-anak Ayah dan Anak-anak Ibu? Apakah cucu-cucu Ayah (Datuk) dan Ibu (Nenek) akan meneruskan perebutan untuk tanah sekangkang kera ini? Anak-anak Penjajah akan datang semula untuk merampas tanah sekangkang kera ini dari tangan kami. Anak-anak Ayah sahaja takkan dapat mempertahankan Tanah sekangkang kera ini. Sebenarnya Anak-anak Ayah dan Anak-anak Ibu perlu bekerjasama untuk mempertahankan Tanah sekangkang kera ini. Yang sudah tu sudahlah….

»
Hakmilik Tanak Sekangkang Kera ini akan diturunkan kepada Cucu-Cucu Datuk dan Nenek. Masalahnya Anak-anak Ayah Lim memiliki hampir segala sumber kekayaan yang ada di Tanah Sekangkang Kera ini. Anak-anak Ayah Lim sebenarnya tidak seramai Anak-anak Ayah dan Anak-anak Ibu tetapi kekayaan yang ada di Tanah Sekangkang Kera ini kebanyakannya dah jadi milik Anak-anak Ayah Lim.

Anak-anak Ayah kebanyakannya ada letak nama dalam syarikat-syarikat Anak-anak Ayah Lim tetapi saham besar syarikat, hitam putihnya milik Anak-anak Ayah Lim.

Anak-anak Ayah Lim memang pandai berniaga. Anak-anak Penjajah pun masa mereka duduk jadi Tuan diatas Tanah Sekangkang Kera ini dah susun supaya Anak-anak Ayah Lim jadi Tauke. Anak-anak Ayah dan Ibu masa tu ramainya duduk di kampung.

Kalau tak jadi gaduh-gaduh Anak-anak Ayah dengan Anak-anak Ayah Lim dulu, keadaan tentunya takkan berubah. Sejak gaduh besar dulu Anak-anak Ayah berpakat dengan Anak-anak Ayah Lim supaya Anak-anak Ayah Lim jangan ambil semua hasil tanah sekangkang kera ini, bagilah balik sedikit pada Anak-anak Ayah.

Sejak puluhan tahun, lepas gaduh-gaduh dulu, memang Anak-anak Ayah dah dapatkan balik banyak kekayaan tanah sekangkang kera ini. Anak-anak Ayah ramai yang sekarang ini dah belajar jadi Tauke. Belajar dengan Anak-anak Ayah Lim. Masalahnya Anak-anak Ayah ambil balik cukup-cukup untuk dibahagi-bahagikan antara Anak-anak Ayah sahaja. Anak-anak Ibu tengok sahaja sebab yang dapat bahagian lebih pada Anak-anak Ayah.

Anak-anak Ayah kalau bagi pun lepas tu ungkit-ungkit. Jadi marahlah Anak-anak Ibu sebab yang diberi sedikit sahaja tapi ungkit-ungkitnya bukan main lagi. Lagi pulak yang dah janji sebagai bahagian Anak-anak Ibu diambil balik. Buruk siku betul. Mungkir janji betul!! Sejak tu Anak-anak Ibu makin menjadi-jadi marahnya. Sejak dari itu makin menjadi-jadi Anak-anak Ibu mencari silap Anak-anak Ayah.
»
Anak-anak Penjajah dengar khabarnya akan datang balik nak ambil Tanah sekangkang Kera ini. Apa nasib kita kalau masa Anak-anak Penjajah datang, masa tu Anak-anak Ayah dan Anak-anak Ibu pula bergaduh besar? Takut Anak-anak Ayah Lim pakat pulak dengan Anak-anak Penjajah jadi Tuan Tanah sekangkang kera ini.

Anak-anak Penjajah kalau datangpun, dia nak ambil simpanan minyak yang ada banyak ditanah sekangkang kera ini. Sekarang Anak-anak Penjajah tu tengah sibuk merampas simpanan minyak di Tanah Pak Arab. Nanti Anak-anak Penjajah akan datang sini pulak.

Keturunan Anak-anak Ayah Lim ramai didunia sebelah sini. Pandai buat barang. Murah-murah pulak tu. Anak-anak Penjajah tu kalau buat barangpun tak boleh jual murah sebab Anak-anak Penjajah minta gaji mahal-mahal. Anak-anak Penjajah dah biasa hidup mewah jadi takkan nak turun gaji pulak.

Strategi Anak-anak Penjajah sekarang ni nak kontrol minyak. Kalau satu hari nanti semua simpanan minyak jadi dia punya, tentu dia jual mahal. Kalau harga minyak mahal, tentu tambang kapal, tambang lori semua jadi mahal. Kalau tambang dah mahal takkan boleh jual barang murah-murah lagi keturunan Anak-anak Ayah Lim satu dunia. Terpaksa jual mahal juga. Mesin dikilang-kilang satu dunia semua pakai karan. Nak buat karan kalau tak pakai air kena pakai mesin yang kena pakai minyak.

Yang untung nanti Anak-anak Penjajah, buat macammanapun Anak-anak Penjajah mesti untung. Kalau jual barang tak untung banyak, jual minyak tentu untung banyak.

Anak-anak Penjajah, ada pada suatu masa dulu merompak duit satu dunia. Pandai mereka buat taktik supaya dapat ambil duit orang lain. Duit yang banyak tu, kalau dibahagi-bahagikan sesama dia tentu cukup, bukan untuk jual murah barang dia tapi boleh bagi free barang dia pada peminat-peminat barang dia.

Bayangkan, siapa nak beli kalau boleh dapat free, lebih-lebih lagi Anak-anak Ayah dan Anak-anak Ibu. Buat apa beli dengan Anak-anak Ayah Lim. Anak-anak Penjajah bagi free nak buat apa beli?

Masalahnya Anak-anak Ayah dan Anak-anak Ibu ramai yang kerja di syarikat-syarikat Anak-anak Ayah Lim. Kalau syarikat-syarikat Anak-anak Ayah Lim dah bankrap, Anak-anak Ayah dan Anak-anak Ibu nak kerja dimana?

Apa susah kerjalah dengan syarikat Anak-anak Penjajah pulak!

Akhirnya bukan sahaja Anak-anak Ayah dan Anak-anak Ibu kerja dengan Anak-anak Penjajah tapi Anak-anak Ayah Lim pun kena kerja dengan Anak-anak Penjajah. Pangkat yang tinggi-tinggi tentu akan diberi pada anak-anak Ayah Lim. Anak-anak Ayah Lim tentu ramai-ramai tukar agama sama dengan agama Anak-anak Penjajah tu. Sekarangpun ramai dah anak-anak Ayah Lim peluk agama Anak-anak Penjajah tu.

Anak-anak Ayah dan Anak-anak Ibu kerja kerani rendah saja sebab Anak-anak Ayah dan Anak-anak Ibu beragama Islam. Anak-anak Penjajah tak suka orang peluk Islam. Kalau Anak-anak Ayah dan Anak-anak Ibu nak dapat pangkat tinggi, kena peluk agama Anak-anak Penjajah tu!!!

Cucu cicit Anak-anak Ayah dan Anak-anak Ibu suatu masa nanti akan jadi hamba ditanahair sendiri. Kalau nak diterima lepas mati nanti sebagai hamba Allah, semasa hidup ini kenalah jadi hamba Anak-anak Penjajah. Kalau masa hidup ni tak sanggup jadi hamba Anak-anak Penjajah tu, lupakanlah hajat nak jadi hamba Allah lepas mati nanti.!!

Jangan salah pilih sebab hidup didunia ni bukan lama, kalau diperhambakan Anak-anak Penjajah tupun, bila mati nanti bebaslah.

Kalau nak selamat hidup didunia dan diakhirat kena setia pada Allah dan RasulNya. Tentu Allah akan tolong kita lawan Anak-anak Penjajah tu!!!! Tentu Allah akan tolong hambaNya mempertahankan Tanah Sekangkang Kera ini.

Yang runsing selalu,

Cucu Datuk dan Nenek

© AskMe 2005/2011

Segalanya Mungkin

Dimana kita sekarang dan kemana kita seterusnya?

Usaha untuk membangunkan ekonomi Melayu memerlukan kerjasama erat dari kita semua. Tanpa perpaduan kita tak mungkin dapat menjayakan apa-apa dan kita juga tak mungkin dapat mempertahankan apa-apapun. Kerajaan dengan segala kekuasaanya pun tidak akan dapat menjayakan kita jika kita sendiri memilih untuk tidak berjaya.

Dalam apa jua usaha anda untuk kepentingan sendiri pastikan setiap keuntungan yang boleh anda perolehi tidak merugikan umat. Sebaiknya keuntungan anda akan membawa keuntungan yang lebih besar terhadap umat. Kemajuan bangsa dan kesinambungan bangsa Melayu tergantung kepada sokongan kita semua. Jika kita sendiri tidak memajukan bangsa kita, siapa lagi yang boleh diharap untuk melakukannya?

Berikanlah sokongan anda kepada syarikat-syarikat Bumiputera khususnya dan untuk pembangunan Dana Islam secara keseluruhannya. Masa depan Agama Islam dinegara ini juga terletak ditangan kita. Melayu dan Islam telah sinonim sejak dahulu lagi, malangnya hari ini cara hidup kebanyakan kita tidak langsung mencerminkan keIslaman yang kita akui dianuti.

Baik atau buruk, betul ataupun salah berbeza mengikut bangsa dan budaya. Setiap bangsa ada hukum halal dan haram masing-masing. Yang betul untuk sesuatu bangsa itu mungkin pula salah untuk bangsa lain.

Hari ini segalanya dikompromi untuk mencari kekayaan!!!

Nilai hidup siapa yang ingin anda jadikan rujukan? Samada disukai atau tidak, disedari ataupun tidak, sengaja ataupun tidak, setiap kita pasti akan menerapkan nilai hidup dan kepercayaan dalam setiap yang dilakukan. Kepada siapa anda letakkan kepercayaan anda untuk makan-minum kita? Apakah nilai hidupnya? Sejauhmana dapat dia mempertahankan kepentingan kita?

Bagi yang berkuasa, samada dalam keluarga, syarikat ataupun kerajaan, nilai hidup dan kepercayaan biasanya akan cuba diterapkan dengan lebih menyeluruh. Kadangkala dipaksakan tanpa disedari. Kita perlukan orang-orang kita yang berkuasa samada dalam syarikat ataupun kerajaan untuk memastikan penerapan nilai-nilai Islam dan Iman dapat diteruskan, dipertingkatkan dan dipertahankan dalam segala aspek kehidupan kita.

Jangan Kerana Marahkan Pepijat Kelambu Dibakar

Mencari Usahawan Melayu Berwibawa

Utusan Malaysia 01 April 2002

Mencari tokoh usahawan Melayu berwibawa

Oleh Mowardi Mahmud (Wartawan Utusan)

BENARKAH orang Melayu tidak pandai berniaga? Setelah hampir 45 tahun Malaysia merdeka, kita masih lagi tercari-cari siapakah tokoh-tokoh usahawan Melayu yang benar-benar terbilang dan boleh dibanggakan.

Dalam pencarian itu, ada yang mengatakan ia adalah sesuatu yang sukar, sebaliknya lebih mudah mencari tokoh usahawan Melayu yang mempunyai hutang yang besar.

Sebenarnya pada usia negara yang semakin matang dan cukup dewasa, kita sepatutnya boleh berbangga dan mempunyai contoh tokoh usahawan Melayu yang bergelar billionaire dan bukan sekadar millionaire. Bahkan, mempunyai nama-nama yang setanding dengan usahawan bukan Melayu yang tidak hanya di dalam negara tetapi juga antarabangsa.

Di mana silapnya apabila majalah Forbes, sebuah majalah terkemuka dunia, baru-baru ini hanya menamakan orang bukan Melayu sebagai orang terkaya di dunia? Kalau ada tokoh Melayu yang pernah singgah di senarai yang dianggap hebat itu, ia hanyalah sementara.

Tokoh usahawan Melayu sekadar mencapai status jutawan dan status billionaire yang diharapkan masih `jauh panggang dari api’.

Mungkinkah kerana kerendahan diri orang Melayu itu, menyebabkan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) sendiri pun hanya terfikir untuk menterjemahkan istilah billionaire sekadar `jutawan’.

Sebenarnya orang Melayu bukan kurang bakatnya dan hebat, cuma `hati cepat lembut, menjadi selembut tauhu’ dan `tidaklah sekeras logam titanium’ yang digunakan di padang golf.

Mereka sememang lebih mudah diajak untuk berniaga atau bersedia melabur sekiranya pulangan yang bakal ditawarkan jauh lebih tinggi, biarpun adakalanya minda mereka sendiri tertipu dengan pulangan yang dijanjikan.

Keadaan ini jelas sekali apabila Skim Projek Usahawan Bumiputera dalam Bidang Peruncitan (Prosper) yang dibentuk kerajaan untuk mengadakan tapak-tapak mula perniagaan sendiri sukar dapat mencari mereka yang 100 peratus berwibawa dan komited.

Sekiranya, program itu dibuka kepada bukan Melayu, barangkali ia sudah pun habis dilaksana dan memasuki peringkat baru.

Sekiranya kita sendiri tidak mampu untuk membangunkan perniagaan yang kecil, bagaimana pula dengan cita-cita untuk menjadi gergasi-gergasi yang mampu bersaing dengan syarikat-syarikat yang jauh lebih besar di peringkat antarabangsa.

Kelemahan orang Melayu bukan sekadar semangat juang tetapi juga tidak mempunyai `jaringan kerja’ yang mantap sepertimana bukan Melayu.

Malah, kehadiran dewan perniagaan Melayu yang begitu banyak dengan pelbagai identiti pemimpin dan hala tuju, telah mematikan usaha melahirkan mereka yang berwibawa.

Sesetengah pemimpin dewan sendiri bertelingkah antara satu sama lain dengan masing-masing mendabik dada, mereka adalah peneraju terbaik untuk para usahawan tempatan.

Ini sekali gus menampakkan bahawa mereka masih gagal membuang rasa dengki, sikap mementingkan diri dan prasangka yang menebal.

Pada masa yang sama, dalam usaha untuk melahirkan usahawan, kita bukannya mahu sekadar mewujudkan mereka yang bakal melahirkan wang `berkarung guni’ dan empayar yang besar tetapi mereka yang mampu `memapah dan membimbing’ orang Melayu lain untuk menjadi seorang tokoh perniagaan yang mampu untuk bangun, berdiri dan kemudian berlari dalam arus perdana perniagaan sejagat.

Tidakkah suatu yang aneh sekiranya orang Melayu gagal menggunakan kekuatan dalam persaudaraan Islamnya dan mencontohi Nabi Muhammad untuk menguasai pasaran dunia, malah setidak-tidaknya mengimbangi pegangan kuasa politik yang ada di negara ini.

Biarpun tokoh usahawan akan datang dan pergi sepertimana yang kita lihat sekarang, landasan perlu ada untuk kelahiran generasi yang akan datang.

Begitu juga, kita tidak boleh menyalahkan krisis yang mendatang sebagai punca pasang surut dalam melahirkan tokoh usahawan Melayu.

Dengan penguasaan ekonomi semasa oleh orang Melayu kini kira-kira 19 peratus, perjalanan adalah lebih jauh.

Kuasa politik semata-mata tidak lagi mampu membawa orang Melayu jauh kehadapan terutama dalam pensejagatan yang perniagaannya melangkaui sempadan kedaulatan. Tambahan pula, pada masa ini, kekuatan semangat mudah sekali dilerai dengan kuasa wang.

@AskMe

Tanggapan Salah Terhadap Qada’ Dan Qadar

Oleh : USTAZ  IDRIS AHMAD

“Lelaki (orang yang kuat) adalah orang yang mampu melawan takdir, bukan orang yang menyerah pada takdir”

Demikian antara kata-kata yang pernah di ucapkan oleh ulama terkemuka, Sheikh Abdul Kadir Jailani. Ungkapan berkenaan, jika di selami maksud sebenar, bukan bertujuan melawan ketentuan ALLAH S.W.T.

Ibnu Taimiyah yang mengupas kata-kata berkenaan di dalam bukunya al’Ubudiyah, menjelaskan bahawa

” Apa yang di katakan oleh Sheikh Abdul Kadir Jailani itu adalah sesuai dengan perintah ALLAH dan RASUL tetapi terlalu ramai orang yang salah memahami persoalan ini (qada dan qadar)…..lalu mereka menyerah semua itu dengan setuju dan rela atas nama agama, tarekat dan ibadah”

ALLAH S.W.T sendiri ada menceritakan mengenai golongan yang mempunyai tanggapan salah terhadap ketentuanNYA. Antaranya menerusi Surah al-An’am, Ayat 148 yang bermaksud;

“Kalau ALLAH mahu, nescaya kami tidak akan musyrik, pun ayah-ayah kami (dahulu), dan kami tidak akan mengharamkan sesuatu apa pun”

Begitu juga firman ALLAH S.W.T  di dalam Surah Yasin, Ayat 47 yang bermaksud’

“Apakah kami harus memberi makan orang-orang yang telah di kehendaki ALLAH untuk di berinya makan?”

Di dalam surah lain, iaitu Surah az-Zukhruf, Ayat 20, ALLAH S.W.T turut menceritakan mengenai golongan yang mempunyai tanggapan salah terhadap qada dan qadar ini. FirmanNYA bermaksud;

” Kalau ALLAH mahu nescaya kami tidak akan menyembah berhala-berhala itu”

Tanggapan salah terhadap ketentuan ALLAH S.W.T adalah sesuatu yang berbahaya. Ini kerana ada sesetengah daripada kita turut mengaitkan perlakuan maksiat sebagai ketentuan ALLAH S.W.T tanpa sebarang usaha untuk mengelak atau menjauhinya.

Tanggapan salah terhadap ketentuan ALLAH S.W.T juga memberi kesan negatif terhadap pencapaian sosioekonomi mana-mana individu atau kelompok sosial.

Dalam masyarakat Melayu sendiri misalnya, wujud sejak lama tanggapan “rezeki secupak tidak akan jadi segantang”

Walaupun tanggapan sebegini tidak lagi dominan dalam kehidupan masyarakat Melayu moden, ia pernah melingkari sistem sosioekonomi masyarakat ini suatu ketika dahulu.

Rata-rata mereka yang percaya kuat pada tanggapan salah ini akan melihat kehidupan seolah-olah tidak mempunyai ruang yang terbuka untuk meloloskan diri daripada belenggu qada dan qadar sedangkan ALLAH S.W.T memberi ruang yang seluas-luasnya untuk berikhtiar dan berdoa.

Natijah tanggapan salah ini dapat di cerminkan daripada kelemahan peribadi untuk terus berusaha merungkaikan diri dan keluarga daripada status tradisional kepada kedudukan yang lebih baik.

Keadaan ini bykan sahaja memberi kesan buruk kepada diri dan keluarga, malah masyarakat serta negara. Masyarakat dan negara yang di anggotai ramai peribadi seperti ini, akan lambat berkembang dan berjaya.

Kekayaan sumber bumi anugerah ALLAH S.W.T tidak dapat di manipulasi dan di manfaatkan semaksimum mungkin. Lebih buruk lagi ialah sumber berkenaan akhirnya hanya di nikmati orang asing yang tahu berusaha dan memberikan nilai tambah (value added) kepada sumber sediaada sehingga menghasilkan produk siap yang berharga di segi ekonomi.

Oleh itu sebagai panduan berguna untuk membebaskan diri dan masyarkat daripada kongkongan tanggapan salah terhadap qada dan qadar ALLAH S.W.T, perhatikan petikan penuh kata-kata Syeikh Abdul Kadir Jailani berhubung perkara ini.

Beliau berkata;

” Terlalu ramai orang apabila sudah sampai kepada qada dan qadar, mereka lalu berhenti (buntu atau tidak mahu lagi berusaha) kecuali saya. Saya berpendapat, di sana masih ada jendela yang terbuka bagi saya. Oleh itu, takdir ALLAH akan saya lawan dengan cara yang benar demi kerana ALLAH juga. Lelaki (orang yang kuat) adalah orang yang mampu melawan takdir, bukan orang yang menyerah pada takdir”

SUARA MASJID JANUARI 2002 HALAMAN 11

@AskMe

The Facts Of life

THIS IS A STORY ABOUT FOUR PEOPLE NAMED EVERYBODY, SOMEBODY, ANYBODY AND NOBODY.

THERE WAS AN IMPORTANT JOB TO BE DONE AND EVERYBODY WAS SURE SOMEBODY WOULD DO IT.

ANYBODY COULD HAVE DONE IT. BUT NOBODY DID IT. SOMEBODY GOT ANGRY ABOUT THAT BECAUSE IT WAS EVERYBODY’S JOB.

EVERYBODY THOUGHT ANYBODY COULD DO IT, BUT NOBODY REALIZED THAT EVERYBODY WOULDN’T DO IT. IT ENDED UP THAT EVERYBODY BLAMED SOMEBODY WHEN NOBODY DID WHAT ANYBODY COULD HAVE DONE…

AUTHOR : UNKNOWN