Putera Klasik

Fikirkanlah…Renungkanlah

Daily Archives: September 24, 2011

Syarikat Bumiputera Melayu Islam

Bayangkan pada tahun 2020 tiada lagi syarikat Bumiputera Melayu Islam?

Bagaimana keadaan ini boleh berlaku?

Mudah sahaja. Jangan beri sokongan yakni jangan beli dari peniaga kita.

Barangan Melayu mana ada kelas!Dah lah mahal, kualiti pun rendah pula.

Perkhidmatan? Menyakitkan hati. Lepas tu berlagak pula!

Lagipun pemilik syarikat tu musuh politik. Kalau bertambah kaya dia, bertambah lagi lagak dia!

Jangan beli barangan buatan bumiputera. Agungkanlah produk import. Kedai RM2.00 macam-macam ada. Kalau nak beli tulisan khat pun boleh beli disana!  Pasaraya besar pun semuanya murah.

Bersama-sama kita membankrapkan syarikat-syarikat orang kita!

Marahkan Pepijat Kelambu Dibakar!

Berapa banyak agaknya produk keluaran Bumiputera yang dijual di tempat sebegini?

Berapa banyak agaknya produk keluaran Bumiputera yang dijual di tempat sebegini?

Posted with WordPress for BlackBerry.

Bersama

Tuan dan Puan yang dihormati,

Terlebih dahulu saya memohon ampun dan maaf diatas segala kelancangan bicara saya. Disamping itu saya ingin memohon maaf juga jika segala yang telah saya kemukakan menimbulkan banyak kesulitan dan pertengkaran.

Saya tidak memiliki jawapan kepada segala persoalan. Saya serahkan kepada budi bicara Tuan dan Puan untuk mencari jalan yang terbaik bagi melaksanakan segala yang di kemukakan.

Segala kebijaksanaan dan kelebihan anugerah Allah yang ada pada Tuan dan Puan saya kira sudah cukup untuk menangani segala permasalahan. Pentingnya disini adalah ketulusan dan keikhlasan semua pihak dalam memainkan peranan masing-masing.

Setiap langkah yang perlu diambil akan membabitkan kos yang bukan kecil. Keuntungan dan imbuhan kewangan yang boleh diperolehi dari semua ini juga bukan sedikit jumlahnya. Sebaiknya kalau banyak belanjanya, sama-sama ditanggung. Kalau sedikit sahaja untungnya nanti , sama sedikitlah dirasa nikmatnya.

Pada hemat saya semua pihak perlu diberi peluang untuk berjasa dan bekerja untuk semua program yang dirancangkan. Lagi ramai lagi baik.

Siapa dari kalangan kita yang paling berjasa biarlah Allah S.W.T yang menentukan.

Bagaimana dapat kita bersenang hati jika anak bangsa kita terumbang-ambing dalam kesesatan. Apalah ertinya segala kelebihan dan anugerah Allah yang begitu banyak yang diberikan kepada kita jika tidak digunakan sebahagian darinya untuk menyelamatkan anak-anak bangsa kita.

Setiap kita adalah bersaudara. Kita sebangsa dan kita juga seagama tinggal menumpang dinegara yang sama. Asal mula kita semua pun adalah dari Adam dan Hawa. Sesungguhnya yang terbaik dari kalangan kita pada sisi Allah adalah yang paling bertaqwa.

Setiap perbuatan baik ataupun buruk, walau sebesar zarah sekalipun akan diberi pembalasan yang setimpal oleh Allah S.W.T

Besama kita menjayakan segala yang dicadangkan. Mudah-mudahan muafakat kita akan membawa berkat dan segala permasalahan akan dapat dirungkaikan.

Semoga negara kita yang tercinta ini, akan sentiasa mendapat lindungan dan perhatian Allah S.W.T Tuhan Seru Sekalian Alam. InsyaAllah.

Sekali lagi saya memohon ampun dan maaf diatas segala kesilapan.

Sekian. Terima Kasih. Wallahualam.

© AskMe

Posted with WordPress for BlackBerry.