Putera Klasik

Fikirkanlah…Renungkanlah

Category Archives: Jangan Lupa Jasa Aku

Pinjaman Tanpa Riba

Rahim, Sazali dan Aziz berjaya dalam peperiksaan. Berbekalkan kejayaan itu mereka memohon untuk masuk ke salah sebuah institusi pengajian tinggi. Syukur mereka diterima masuk. Namun demikian mereka sedar ibubapa mereka bukan orang berada. Mereka berusaha untuk mendapatkan pinjaman supaya cita-cita mereka tercapai.

Rahim memikirkan untuk tidak menyusahkan ibubapanya bertindak memohon pinjaman dari sebuah intitusi pinjaman kelolaan kerajaan. Sazali pun turut sama.

Aziz pula dilarang oleh Bapanya mengikut jejak kawan-kawannya. jangan terbabit dengan riba katanya. Bapanya telah membawa Aziz menemui rakan baiknya untuk mendapatkan pinjaman. Pak Abu memang orang kaya dikampung itu. Kebanyakan tanah yang diusahakan oleh orang kampung adalah miliknya.

Pak Abu bermurah hati meminjamkan wang yang diperlukan. Tanpa riba, pinjam 20K bayar balik 20K. Janji Aziz untuk bayar balik secara ansur-ansur bila dia sudah bekerja nanti.

” Tapi ada satu syarat “kata Pak Abu “Kau tolong aku angkut air dari sungai dan penuhkan tangki air aku, boleh?”

Aziz pantas mengangguk seraya berkata,” Boleh Pak Abu. Takda masalah. saya buat sekarang.” Aziz tekun mengangkut air dari sungai ke tangki rumah Pak Abu. Berulang-alik sehingga akhirnya penuh tangki air Pak Abu.

Aziz melangkah longlai mendapatkan Bapanya. Bapa dan Pak Abu entah apa yang dibincang mereka, berkerut-kerut muka Bapa nampaknya.

“Siap Pak Abu. Tangki dan penuh.” Kata Aziz. Pak Abu hanya tersenyum sambil menghulurkan sekeping cek kepada Aziz.

Aziz sangat gembira kerana sudah memperolehi wang untuk pangajiannya. Terlebih gembira dia kerana tidak terlibat dengan riba seperti kawan-kawannya.

@ Putera Klasik

Kerana Aku!

Pak Leman diam sahaja kebelakangan ini. Entah apa yang difikirkannya. Termenung sana termenung sini. Gelisah sahaja. Mak Jah jadi runsing melihat keadaan suaminya. Berulangkali ditanya Pak Leman hanya berkata tiada apa-apa.

Untuk hantar anak dan kawan-kawannya ke Kuala Lumpur guna kereta Pak Abu. Perlu hantar dan ambil sesuatu juga untuk Pak Abu. Hutang duit satu perkara. Hutang budi, sudi memberi pinjam duit satu perkara lain pula. Pak Leman tidak menyangka Pak Abu akan begitu sekali tuntutannya.

Pak Leman sedar dirinya teperangkap kini. Untuk dipulangkan semula duit itu, kesian pula pada anaknya yang begitu gembira dan bersemangat dapat melanjutkan pelajaran.

Pak Leman sedar anaknya juga akan terpaksa membalas budi bila tiba masanya nanti!

” Kau jangan lupa jasa aku! Kalau bukan kerana aku tolong kau, kau ingat kau boleh berjaya?!!”

Apa khabar Aziz? Tidak terlibat dengan Riba? Baguslah….

Nota: Sampai bila nak diturutkan? Sampai sanggup berbuat dosa? Hutang duit sudah dilunaskan!

Untuk berlepas diri dari orang seperti Pak Abu mudah sahaja. Lafazkan,” Terima kasih banyak-banyak. Semoga Allah, Hanya Allah yang boleh membalas segala budi awak.”

Cubalah! Anda boleh rasa sendiri berkuasanya Allah itu! Minta maaf sahaja jika keberatan membuat sesuatu yang disuruh itu. Sopan santun, budi bahasa tetap dijaga. Doakan dia.

Kepada yang berperangai seperti Pak Abu bertaubatlah! Bertaubatlah!! Anda hanya menempah bala!

Anda bencikan Yahudi!? Betul ke?!!…

@ Putera Klasik

2hb Disember 2012

Posted with WordPress for BlackBerry.