Putera Klasik

Fikirkanlah…Renungkanlah

Category Archives: Hemat Saya

Jom Mengumpat!!!

Balasan Itu Pasti!

Banyak telah diperkatakan tentang betapa pastinya pembalasan itu. Melalui penulisan, ceramah, seminar dan kita sendiri juga selalu menyebut perkara ini.

Pembalasan itu pasti! Setiap perbuatan pasti dibalas. Jika baik, balasan baiknya pasti menyusul. Begitu juga perbuatan jahat, lambat laun pasti dibalas.

Suka saya mencadangkan, bermula saat ini, kita berbicara tentang kebaikan orang lain! Jasa orang lain. Tentang budi pekerti yang baik orang lain. Balasannya pasti!

Lambat laun orang lain pula akan berbicara tentang kebaikan dan jasa kita pula, tentang betapa baiknya budi pekerti kita.

Jom Mengumpat!!!

Posted with WordPress for BlackBerry.

Ketahuilah

Impian Kita-Nusantara 2057

Impian Kita-Nusantara 2057

Kepada Sesiapa Yang Berkenaan

KETAHUILAH

UMNO, dalam usaha memajukan bangsa telah sejak sekian lama berkompromi dengan bangsa lain.

Perkongsian kuasa UMNO dengan parti yang mewakili bangsa lain yang ada dinegara ini telah berjaya mengekalkan keamanan negara. Memungkinkan juga kekayaan negara dinikmati oleh bangsa Melayu malah oleh kita yang tidak bersyukur ini.

Kita sekarang ini merintis jalan dengan membuat lebih banyak kompromi yang sebenarnya menggadaikan maruah bangsa dan agama.

Melayu mungkin tak hilang didunia tetapi sedikit kuasa yang ada boleh sahaja hilang dari bangsa kita.

Cukuplah kompromi yang telah dibuat oleh UMNO. Kegilaan kita untuk berkuasa makin mengukuhkan kuasa orang lain itu kerana kesanggupan kita untuk lebih berkompromi berbanding UMNO!

Itu ini cemuhan kita terhadap UMNO akhirnya kita sendiri pun buat perkara yang sama malah lebih teruk lagi.

Cara dan gaya politik kita sekarang ini juga semakin sama seperti orang lain itu.

Makin mengejar dunia kita ini…

UMNO Dulu dan Sekarang

@ Guess Who?

Posted with WordPress for BlackBerry.

Tukar Kerajaan Cara Aman

To Whom It May Concerned

Tidak dapat saya yakinkan semua orang tentang kenyataan ini, Pemerintah(Kerajaan), adalah wakil Allah dimuka bumi.

Kita ambil persoalan rezeki. Kerajaan yang memerintah melalui pelbagai polisi dan rancangannya, antara lain bertujuan supaya rezeki Allah itu dapat diagihkan secara adil kepada rakyat.

Kita kaitkan pula dengan kesyukuran. Allah menjamin, jika kita syukuri nikmat-Nya yang sedikit, pasti akan ditambah-Nya.

Kita ambil pula kisah Qarun yang menjadi wakil Allah pada zamannya. Qarun telah gagal melaksanakan kewajipannya.

Memandangkan rakyat pada masa itu tinggi tahap kesyukurannya, maka Allah berkenan menambah nikmat ke atas mereka.

Memandangkan Qarun telah gagal menyampaikan rezeki Allah itu kepada sekelian hamba-Nya itu, maka Allah telah bertindak menghapuskan Qarun dan segala hartanya dibenam ke dalam tanah.

Bersama-sama kita meningkatkan kesyukuran kita kepada Allah.

Bila tiba masanya nanti Allah berkenan menambah nikmat-Nya kepada kita, dan jika pada masa itu Kerajaan yang ada gagal menunaikan kehendak Allah itu, pasti Allah meletakkan orang lain pula sebagai ganti supaya sampai rezeki-Nya itu kepada kita.

Kerajaan berkuasa atas kita. Allah pula lebih berkuasa dari mereka. Bersyukur kita kepada Allah dan mengadu kita kepada Allah. Biar Allah yang menghukum mereka!

Sopan santun tetap kita jaga.

Syariat Islam menyuruh kita sentiasa bersabar dan bersyukur serta reda dengan ketentuan Allah. Ahli politik pula mengajak kita supaya jangan ikut syariat itu, kita mesti biadap dan kurang ajar.

Nabi SAW diturunkan untuk sempurnakan akhlak, jelas kita tak ikut Nabi SAW!

Ulama tugasnya menasihati pemerintah. Bila ulama jadi pemerintah siapa pula nak nasihatkan mereka?

Saya harap setiap kita dapat meletakkan diri semula ditempat masing-masing dalam bidang kepakaran masing-masing, tidak melampaui batas masing-masing.

Tiada beban batu digalas! Siapa suruh? Penyokong kita terdiri dari kalangan yang tidak bersyukur. Senang hidup melayan kerenah mereka?

Faham ke apa yang saya maksudkan ini?

P/S Duit RM1juta dalam peti bawah katil tu nak buat apa? Taubat la wei!

Posted with WordPress for BlackBerry.

Boleh Mesti Boleh

Gunung Sama Didaki

Gunung Sama Didaki

MALAYSIA BOLEH!

Memang boleh, kalau mahu..tapi malaslah..takut nanti apa orang kata kalau tak jadi.

Cubalah dulu.? Susah…mana ada modal.

Usahakanlah…Tak ada siapa nak bagi..hutang lamapun tak bayar lagi.

Dulu kenapa tak jadi?

First time tu. Ikut orang. Percaya sangat dengan orang. Muka nampak baik tak sangka kencing jugak.

Kenapa tak kaji dulu…?

Peluang beb. Bukan datang selalu. Kalau tak grab mana nak dapat.

Tapi tak dapat pun? Kenapa tak kaji dulu. Belajar dulu. Cari pengalaman tambah pengetahuan. Banyakkan membaca. Jangan terlalu bergantung dengan orang!! Kerja dulu ,..kumpul modal. Atur strategi cari rakan kongsi. Kaji..Kaji…Kaji

Lepas tu Just D.U.I.T

MALAYSIA BOLEH!! MELAYU BOLEH!!!

Boleh apa?

Orang kafir minum arak 10 jug, Melayu pun boleh juga!!?

Orang lain tipu dalam berniaga, Melayu pun boleh juga!!!?

Orang lain berjudi, Melayu pun boleh juga!!!?

(Ooops…mana nak ada halal dan berkatnya)

Jihad Ekonomi?

Tapi yang kaya musuh Islam?

Orang lain boleh, akupun boleh juga!

Orang lain belajar kau tidak, mana nak bolehnya?

Lecehlah kau ni..Malas aku nak cakap. Kau ni pun jenis cantas jugak!!

Aku cantas kau punya merepek, aku cantas kau punya menonong. Kalau kau buat dengan cara yang betul, aku akan sokong kau.

Kalau kau menonong, hasilnya IMEJ BANGSA MELAYU AKAN TERUS TERCEMAR DAN IMEJ AGAMA ISLAM AKAN TERUS JATUH BERSAMA JATUHNYA ENGKAU!!!

MELAYU BOLEH!!!! Tapi Kaji beb..kaji dulu…!

© AskMe 2005/2011

Posted with WordPress for BlackBerry.

Sengketa Harta

Pada hemat saya, salah satu punca permasalahan umat kita berakar umbi dari perkara ini. Pertikaian antara adik-beradik dan saudara-mara sebegini telah membawa natijah yang memudaratkan umat.

Terlebih parah lagi, sengketa harta menjadikan kita berlaku biadap terhadap orang tua. Mengguris hati dan perasaan insan yang menjadikan Allah tidak redha kepada kita. Kebanyakan kita menjadikan alasan ‘aku lebih berhak’ untuk menjadi biadap dan kurang ajar terhadap orang tua.

Alasan ‘aku lebih berhak’ juga menjadikan kebanyakan kita berlaku ZALIM dan melupakan AMANAH orang tua.

Kita perlu menilai semula kehidupan kita dan tingkah laku kita selama ini. Barangkali segala kesusahan dan kepayahan yang kita harungi selama ini adalah kerana kemurkaan Allah terhadap kita kerana menyakitkan hati orang tua..??…..berlaku ZALIM dan menjadi tidak AMANAH..???

Anak durhaka…ada yang menjadi pejuang, pendakwah, ahli perniagaan dan mungkin juga menjawat jawatan tinggi dalam kerajaan.

Perjuangan kita Demi Agama, Bangsa dan Negara saya kira akan menjadi sia-sia kerana Orang Tua tidak redha kepada kita!!….kerana DOA ORANG YANG DIZALIMI….!!!???

Doa kebanyakan kitapun tak mustajab lagi……..!!! Usaha kitapun sering menemui jalan buntu….

© AskMe 2005/2011

Mungkin?…Barangkali?…..Fikirkanlah…Renungkanlah….