Putera Klasik

Fikirkanlah…Renungkanlah

Saling Memerlukan

Rata-rata warga Iraq yang saya temui, menyatakan bahawa kehidupan semasa pemerintahan Saddam Hussin dahulu lebih baik dari sekarang.

Begitulah, bila sudah tiada baru ada. Namun segalanya sudah terlambat.

Dikisahkan kepada saya betapa hidup bagaikan telur dihujung tanduk diIraq. Mahu ke tandas pun bersabung nyawa! Saling bermaafan sebelum ke tandas.

Benar barangkali pengagihan ekonomi sebelum ini tidak adil. Terlebih tidak adil jadinya apabila digembar-gemburkan oleh pihak yang dengki dan tamak. Politik!

Gerakan politik seterusnya menjadikan rakyat Irag hanya memerhatikan dan membiarkan Saddam Hussin diganyang oleh Amerika dan sekutunya. Bersorak sorai rakyat dengan kejatuhan Saddam Hussin.

Bahagiakah rakyat Irag selepas itu? Fat chance! Kalau dulu dikatakan Saddam Hussin hanya mengkayakan diri dan kroninya, kini bangsa penjajah pula mengambil sesukahati segala hasil bumi Irag. Ada barangkali golongan elit Iraq yang mewah,iaitu mereka yang menjadi talibarut penjajah dulu.

Corak pemerintahan Saddam Hussin dahulunya juga berjaya mengekang Puak Kurdish, Syiah dan Sunni dari keganasan satu sama lain.

Pemerintah sekarang membiarkan sahaja puak-puak itu dengan masalah sesama mereka sementara kekayaan Irag diambil sewenang-wenangnya.

Apa pengajarannya bagi kita disini?

Gololongan kaya dan bernasib baik dari kalangan kita harus mendekatkan diri dengan rakyat.

Jangan jadikan menjadi kaya itu satu imej yang penuh dosa dan noda!

Apapun masalah kita, kita selesaikan sendiri, jangan minta pertolongan dari luar! Entah apa agenda mereka itu! Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

One response to “Saling Memerlukan

  1. manbentan May 20, 2013 at 6:36 pm

    Bila saya melihat rakyat Iraq bersorak semasa kejatuhan Saddam Husin, saya sedih mengenangkan apa yang bakal mereka tempuhi, dan kekhuatiran saya berasas. Begitu juga di Libya selepas itu.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: