Putera Klasik

Fikirkanlah…Renungkanlah

Caca Marba Kehidupan

Oleh: Atoklawak d’Dapur 

Hidup, saya yakin kita semua masih hidup ketika membaca tulisan ini.
Ya, kita masih lagi bernafas, sebab itulah kita semua masih hidup
Tetapi, apakah yang kita cari di dalam kehidupan kita ini?

Adakah cukup
sekadar mencari rezeki atau sumber kewangan, kawan atau rakan yang sama ketawa dan menangis, kawan atau rakan yang sama berpanas di tengah padang golf, kawan atau rakan yang sama riuh rendah di kantin pejabat atau sebagainya.

Sebagai insan yang masih hidup, kita juga memerlukan pelbagai keperluan
asas untuk meneruskan kehidupan kita. Kita memerlukan tempat tinggal,
kita memerlukan pakaian, kita memerlukan makanan, kita memerlukan keluarga, kita memerlukan kawan dan rakan dan sebagainya. Tetapi adakah kita boleh membezakan di antara keperluan dan kehendak?

Keperluan, mungkin sekadar seada-adanya atau ala kadar sahaja. Manakala, kehendak mungkin juga seolah-olah bermewah-mewah,
menunjuk-menunjuk atau demi untuk gaya dan status.

Di dalam perjalanan
hidup kita ini, bagaimanakah kita meniti kehidupan kita? Adakah kita
melaluinya berlandaskan norma-norma kehidupan manusia sejagat, mengikut hukum alam, mengikut hukum agama anutan kita, mengikut hukum Negara kita, mengikut hukum bermasyarakat atau kita menganggap bahawa kesemua hukum itu adalah hukuman yang membataskan kebebasan kita.

Saya pernah berkata di dalam satu perbincangan, ’jalan ke syurga
bengkang bengkok, dan jalan ke neraka adalah lurus.’ Saya di tempelak, dan ada yang meminta saya beristighfar dan kembali ke pangkal jalan.

Namun, saya terus berkeras dan tidak akan kembali ke pangkal jalan. Lalu saya terangkan maksud perkataan saya itu.

‘Ya. Jalan menuju ke syurga adalah bengkang bengkok dan berliku. Kerana, apabila kita berjumpa laranganNya, kita mesti membelok dan meninggalkannya. Kita mesti meninggalkan larangan tuhan.

Sehingga hari ini, sudah berapa kalikah kita membelok apa bila terjumpa larangan Agama, larangan atau undang-undang Negara, Adab hidup berkawan dan bermasyarakat dan beberapa larangan lain. Tidakkah apabila kita melanggar larangan-larangan itu, boleh mengakibatkan kita di timpa kesusahan atau mendapat balasan di akhirat nanti? Sebab itulah saya mengatakan jalan ke neraka adalah lurus.’

Saya yakin, kita semua ingin hidup lama. Tidak seorang pun di antara
kita ingin mati. Tanpa kita sedar, mengingati ‘kematian’ sahaja kita
sudah mendapat pahala. Saya juga yakin, apa bila kita mati nanti, kita
ingin berada di syurga. Tak ramai juga sedar, syarat utama untuk kita ke syurga ialah kita mesti mati dahulu.

Dan di samping itu kita mesti membawa bekalan (pahala) yang cukup untuk membolehkan kita tinggal di syurga nanti. Rasanya tidak perlu saya huraikan bagaimana caranya untuk kita mendapatkan pahala itu. Ingatlah, ‘mati itu wajib dan hidup, Insyaallah. Itu di akhirat, atau kehidupan kita sesudah mati.

Bagaimana pula dengan kehidupan kita di dunia ini? Adakah kehidupan kita ini hanya sekadar hidup, boleh bernafas, boleh makan, boleh minum dan sebagainya?

Adakah kita membangun? Adakah kehidupan kita ini seperti sampan yang di hanyutkan arus sungai tanpa di kayuh atau di kemudikan? 

Posted from WordPress for BlackBerry.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: