Putera Klasik

Fikirkanlah…Renungkanlah

Terima Kasih Ibu

Sembilan bulan lamanya dikau berjuang
Menanggung siksa dan sengsara
Menanti ku lahir ke dunia

Bertahun tahun lamanya dikau berkorban
Ku dibelai dan dimanja
Dengan kasih dan sayang mu aku dewasa

Jerih perit mu Ibu membesarkan, melentur diri ku
Pengorbanan mu ibu tidak ternilai harganya
Ibu maafkanlah selalu menghampakan mu
Ampunkan dosa ku menyakiti hati mu
Terima kasih Ibu
Terima kasih Ibu melahirkan ku

Ya Muhaimin lindungilah dirinya
Limpahkan rahmat-Mu kepadanya
Sejahtera aman selalu
Kini dan selamanya

@ Putera Klasik

Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Keamanan

Orang-orang yang beriman dan tiada mempercampurkan keimanannya dengan keaniayaan, untuk mereka keamanan, sedang mereka itu mendapat petunjuk [82: Al-An’Aam]

Posted with WordPress for BlackBerry.

Al-Khaliq

Dikhabarkan dalam musnad bahawa Rasulullah S.A.W pernah bersabda, bermaksud,” Semoga Allah merahmati saudaraku Nuh A.S yang asal mula namanya Yashkur. Akan tetapi sebab beliau sering menangisi kesalahannya, Allah S.W.T mewahyukan kepada beliau, “Oleh sebab rintihanmu, maka namamu Aku ganti dengan Nuh.” Para sahabat bertanya, “Kesalahan apakah yang dilakukan Nabi Nuh sehingga menangis berpanjangan?

Rasulullah S.A.W menjawab,”Penyebabnya ialah dalam suatu perjalanan, Nabi Nuh A.S melihat seekor anjing, lalu terdetik dalam hatinya, “alangkah buruknya anjing itu” Kemudian Allah S.W.T memerintahkan beliau supaya menciptakan yang lebih baik dari itu.

Diambil dari Kitab Tafsir Sufi Asma Al-Husna

Pinjaman Tanpa Riba

Rahim, Sazali dan Aziz berjaya dalam peperiksaan. Berbekalkan kejayaan itu mereka memohon untuk masuk ke salah sebuah institusi pengajian tinggi. Syukur mereka diterima masuk. Namun demikian mereka sedar ibubapa mereka bukan orang berada. Mereka berusaha untuk mendapatkan pinjaman supaya cita-cita mereka tercapai.

Rahim memikirkan untuk tidak menyusahkan ibubapanya bertindak memohon pinjaman dari sebuah intitusi pinjaman kelolaan kerajaan. Sazali pun turut sama.

Aziz pula dilarang oleh Bapanya mengikut jejak kawan-kawannya. jangan terbabit dengan riba katanya. Bapanya telah membawa Aziz menemui rakan baiknya untuk mendapatkan pinjaman. Pak Abu memang orang kaya dikampung itu. Kebanyakan tanah yang diusahakan oleh orang kampung adalah miliknya.

Pak Abu bermurah hati meminjamkan wang yang diperlukan. Tanpa riba, pinjam 20K bayar balik 20K. Janji Aziz untuk bayar balik secara ansur-ansur bila dia sudah bekerja nanti.

” Tapi ada satu syarat “kata Pak Abu “Kau tolong aku angkut air dari sungai dan penuhkan tangki air aku, boleh?”

Aziz pantas mengangguk seraya berkata,” Boleh Pak Abu. Takda masalah. saya buat sekarang.” Aziz tekun mengangkut air dari sungai ke tangki rumah Pak Abu. Berulang-alik sehingga akhirnya penuh tangki air Pak Abu.

Aziz melangkah longlai mendapatkan Bapanya. Bapa dan Pak Abu entah apa yang dibincang mereka, berkerut-kerut muka Bapa nampaknya.

“Siap Pak Abu. Tangki dan penuh.” Kata Aziz. Pak Abu hanya tersenyum sambil menghulurkan sekeping cek kepada Aziz.

Aziz sangat gembira kerana sudah memperolehi wang untuk pangajiannya. Terlebih gembira dia kerana tidak terlibat dengan riba seperti kawan-kawannya.

@ Putera Klasik

Kerana Aku!

Pak Leman diam sahaja kebelakangan ini. Entah apa yang difikirkannya. Termenung sana termenung sini. Gelisah sahaja. Mak Jah jadi runsing melihat keadaan suaminya. Berulangkali ditanya Pak Leman hanya berkata tiada apa-apa.

Untuk hantar anak dan kawan-kawannya ke Kuala Lumpur guna kereta Pak Abu. Perlu hantar dan ambil sesuatu juga untuk Pak Abu. Hutang duit satu perkara. Hutang budi, sudi memberi pinjam duit satu perkara lain pula. Pak Leman tidak menyangka Pak Abu akan begitu sekali tuntutannya.

Pak Leman sedar dirinya teperangkap kini. Untuk dipulangkan semula duit itu, kesian pula pada anaknya yang begitu gembira dan bersemangat dapat melanjutkan pelajaran.

Pak Leman sedar anaknya juga akan terpaksa membalas budi bila tiba masanya nanti!

” Kau jangan lupa jasa aku! Kalau bukan kerana aku tolong kau, kau ingat kau boleh berjaya?!!”

Apa khabar Aziz? Tidak terlibat dengan Riba? Baguslah….

Nota: Sampai bila nak diturutkan? Sampai sanggup berbuat dosa? Hutang duit sudah dilunaskan!

Untuk berlepas diri dari orang seperti Pak Abu mudah sahaja. Lafazkan,” Terima kasih banyak-banyak. Semoga Allah, Hanya Allah yang boleh membalas segala budi awak.”

Cubalah! Anda boleh rasa sendiri berkuasanya Allah itu! Minta maaf sahaja jika keberatan membuat sesuatu yang disuruh itu. Sopan santun, budi bahasa tetap dijaga. Doakan dia.

Kepada yang berperangai seperti Pak Abu bertaubatlah! Bertaubatlah!! Anda hanya menempah bala!

Anda bencikan Yahudi!? Betul ke?!!…

@ Putera Klasik

2hb Disember 2012

Posted with WordPress for BlackBerry.

Budi Pekerti

Dipetik dari halaman 192 Tafsir Sufi Asma Al-Husna : Kitab At-Tahbier Fit Tadz Kier oleh Imam Al Qusyairi.

Al-Fudhail bin Iyaadh berkata, ” Aku lebih suka berkawan dengan seorang yang fasik tetapi indah budi pekertinya berbanding seorang abid yang buruk pekertinya”

Rasulullah S.A.W pernah bersabda, ” Budi luhur itu merupakan kalung keredhaan Allah yang diikat pada leher dengan kukuh, untaian rahmat-Nya terikat kukuh dalam lingkaran syurga. Ke mana sahaja budi itu dibawa, kesudahannya ke syurga juga.

Budi yang buruk juga umpama kalung tetapi kalung kemurkaan Allah yang dililit dileher dengan ikatan kukuh, rantainya merupakan siksa yang melingkar dipintu neraka. Ke mana sahaja pekerti buruk itu pergi, kesudahannya ke neraka juga.”

Tafsir Sufi untuk Asma’ Al Hadi

Posted with WordPress for BlackBerry.

Segalanya Mungkin

Dimana kita sekarang dan kemana kita seterusnya?

Usaha untuk membangunkan ekonomi Melayu memerlukan kerjasama erat dari kita semua. Tanpa perpaduan kita tak mungkin dapat menjayakan apa-apa dan kita juga tak mungkin dapat mempertahankan apa-apapun. Kerajaan dengan segala kekuasaanya pun tidak akan dapat menjayakan kita jika kita sendiri memilih untuk tidak berjaya.

Dalam apa jua usaha anda untuk kepentingan sendiri pastikan setiap keuntungan yang boleh anda perolehi tidak merugikan umat. Sebaiknya keuntungan anda akan membawa keuntungan yang lebih besar terhadap umat. Kemajuan bangsa dan kesinambungan bangsa Melayu tergantung kepada sokongan kita semua. Jika kita sendiri tidak memajukan bangsa kita, siapa lagi yang boleh diharap untuk melakukannya?

Berikanlah sokongan anda kepada syarikat-syarikat Bumiputera khususnya dan untuk pembangunan Dana Islam secara keseluruhannya. Masa depan Agama Islam dinegara ini juga terletak ditangan kita. Melayu dan Islam telah sinonim sejak dahulu lagi, malangnya hari ini cara hidup kebanyakan kita tidak langsung mencerminkan keIslaman yang kita akui dianuti.

Baik atau buruk, betul ataupun salah berbeza mengikut bangsa dan budaya. Setiap bangsa ada hukum halal dan haram masing-masing. Yang betul untuk sesuatu bangsa itu mungkin pula salah untuk bangsa lain.

Hari ini segalanya dikompromi untuk mencari kekayaan!!!

Nilai hidup siapa yang ingin anda jadikan rujukan? Samada disukai atau tidak, disedari ataupun tidak, sengaja ataupun tidak, setiap kita pasti akan menerapkan nilai hidup dan kepercayaan dalam setiap yang dilakukan. Kepada siapa anda letakkan kepercayaan anda untuk makan-minum kita? Apakah nilai hidupnya? Sejauhmana dapat dia mempertahankan kepentingan kita?

Bagi yang berkuasa, samada dalam keluarga, syarikat ataupun kerajaan, nilai hidup dan kepercayaan biasanya akan cuba diterapkan dengan lebih menyeluruh. Kadangkala dipaksakan tanpa disedari. Kita perlukan orang-orang kita yang berkuasa samada dalam syarikat ataupun kerajaan untuk memastikan penerapan nilai-nilai Islam dan Iman dapat diteruskan, dipertingkatkan dan dipertahankan dalam segala aspek kehidupan kita.

Jangan Kerana Marahkan Pepijat Kelambu Dibakar

Impian Kita

IMPIAN 1

  • MELIHAT RANGKAIAN KEDAI SERBANIKA YANG DI MILIKI OLEH ORANG-ORANG ISLAM KHUSUSNYA BUMIPUTERA MELAYU.
  • KEDAI SERBANIKA INI MEMENUHI KEPERLUAN MAKANAN DAN MINUMAN YANG DI JAMIN SUCI , HALAL DAN BERKAT UNTUK ORANG ISLAM.
  • BEKALAN DI PEROLEHI DARI KILANG-KILANG YANG DI MILIKI DAN DI USAHAKAN OLEH SYARIKAT-SYARIKAT ORANG ISLAM KHUSUSNYA BUMIPUTERA MELAYU.
  • KILANG-KILANG INI MENDAPAT BEKALAN BAHAN-BAHAN MENTAH YANG DI PEROLEHI DARI KILANG-KILANG, LADANG-LADANG, PETANI-PETANI DAN NELAYAN-NELAYAN YANG BERAGAMA ISLAM JUGA.
  • PENGEDARAN KE SELURUH NEGARA DI KENDALIKAN OLEH PEMBORONG/PENGEDAR TERDIRI DARI ORANG-ORANG ISLAM JUGA.

KEPADA SIAPA SEPATUTNYA KITA BERGANTUNG UNTUK KEPERLUAN MAKANAN DAN MINUMAN KITA?

SIAPA YANG TERLEBIH LAYAK UNTUK MEMASTIKAN BAHAWA SEGALA BEKALAN MAKANAN DAN MINUMAN KITA BENAR-BENAR DAPAT DI JAMIN SUCI, HALAL DAN BERKAT?…..DAN SELAMAT DI GUNAKAN.

IMPIAN 2

  • SYARIKAT DAN PENIAGA YANG BERKENAAN TIDAK MENGHADAPI MASALAH KEWANGAN. MALAH TIDAK MENGHARAPKAN PINJAMAN BANK ATAU SUBSIDI MODAL DARI KERAJAAN.

IMPIAN 3

  • RANGKAIAN KEDAI-KEDAI SERBANIKA INI DI SOKONG OLEH PARA PELANGGAN YANG SETIA DAN YAKIN WALAUPUN TERPAKSA MEMBAYAR LEBIH SEDIKIT

IMPIAN 4

  • BANGSA MELAYU KHUSUSNYA PARA PENIAGA DAPAT BEKERJASAMA UNTUK MENJAYAKAN PERNIAGAAN MASING-MASING TANPA TERLALU MENGIRA KEPENTINGAN SENDIRI DAN TANPA TERHALANG OLEH FAHAMAN POLITIK YANG BERBEZA.
  • KERJASAMA YANG WUJUD ADALAH BERDASARKAN RASA CEMBIRA (CEMBURU TAPI GEMBIRA) MELIHAT KEJAYAAN SAUDARA ISLAM YANG LAIN.
  • TIADA LAGI HASAD DENGKI DAN SABOTAJ. TIADA LAGI TAMAK DAN HALOBA.

IMPIAN 5

  • MALAYSIA PEMBEKAL UTAMA MAKANAN DAN MINUMAN SUCI, HALAL DAN BERKAT UNTUK NEGARA-NEGARA ISLAM DUNIA.
  • LOGO HALAL MALAYSIA MENJADI LOGO HALAL YANG DIIKTIRAF DIPERINGKAT ANTARABANGSA.

HAKIKATNYA KITA MASIH JAUH KETINGGALAN. UNTUK KITA MEMBANGUNKAN SENDIRI SEGALA SUMBER KEPERLUAN KITA AKAN MEMAKAN MASA.

NAMUN DEMIKIAN ALANGKAH BAIKNYA JIKA KITA SEPAKAT MEMBELI DARI PERUNCIT /PEKEDAI YANG MERUPAKAN ORANG-ORANG KITA.

SUMBER BEKALAN MASIH DARI ORANG LAIN. TAK MENGAPA.

KITA PERLU SECARA BERANSUR-ANSUR MEMASTIKAN SATU DEMI SATU PRODUK AKHIRNYA MENDAPAT BEKALAN DARI SUMBER YANG DI BANGUNKAN OLEH ORANG-ORANG KITA.

LANGKAH PERTAMA KITA ADALAH MEMASTIKAN SUMBER BEKALAN MAKANAN DAN MINUMAN KITA BERPUNCA DARI ORANG -ORANG KITA.

BELILAH BARANGAN BUATAN MALAYSIA YANG DI HASILKAN OLEH ORANG-ORANG ISLAM KHUSUSNYA YANG DI MILIKI OLEH BUMIPUTERA MELAYU!!

KITA PERLULAH SALING SOKONG-MENYOKONG DAN TOLONG MENOLONG!!!

KESEMUA IMPIAN KITA INI DEMI AGAMA, BANGSA DAN NEGARA

© AskMe

Sebuah Pengembaraan

As Salam

Tahun 2010. Bulan Julai kami sekeluarga mengikuti rombongan ke Cameron Highland. Disana rasanya bermula perjalanan ini.

24hb Ogos 2010. Apa adanya saya seadanya saya. Saya hantar sesuatu kepada seseorang. Dengan Harapan.

Bukan banyak yang saya harapkan melalui bingkisan itu. Modal secukupnya untuk Mengubah Keadaan saya. Bayar hutang dan teruskan hidup dengan apa yang ada.

Apa yang melanda seterusnya. Suka ataupun tidak Telah Berlaku. Banyak yang saya harap dapat dilupakan. Biarkan berlalu.

Bagaikan Dongeng bila diimbas kembali. Angan-angan cuma.

Allah Ya Qaadir Ya Muqtadir

Posted from WordPress for BlackBerry.

Senang Mahupun Susah

Yang pertama kali dipanggil untuk masuk syurga ialah orang-orang yang selalu bertahmid kpd Allah baik pada saat senang mahupun susah.”
( H.R Thabrani )

Posted from WordPress for BlackBerry.

Caca Marba Kehidupan

Oleh: Atoklawak d’Dapur 

Hidup, saya yakin kita semua masih hidup ketika membaca tulisan ini.
Ya, kita masih lagi bernafas, sebab itulah kita semua masih hidup
Tetapi, apakah yang kita cari di dalam kehidupan kita ini?

Adakah cukup
sekadar mencari rezeki atau sumber kewangan, kawan atau rakan yang sama ketawa dan menangis, kawan atau rakan yang sama berpanas di tengah padang golf, kawan atau rakan yang sama riuh rendah di kantin pejabat atau sebagainya.

Sebagai insan yang masih hidup, kita juga memerlukan pelbagai keperluan
asas untuk meneruskan kehidupan kita. Kita memerlukan tempat tinggal,
kita memerlukan pakaian, kita memerlukan makanan, kita memerlukan keluarga, kita memerlukan kawan dan rakan dan sebagainya. Tetapi adakah kita boleh membezakan di antara keperluan dan kehendak?

Keperluan, mungkin sekadar seada-adanya atau ala kadar sahaja. Manakala, kehendak mungkin juga seolah-olah bermewah-mewah,
menunjuk-menunjuk atau demi untuk gaya dan status.

Di dalam perjalanan
hidup kita ini, bagaimanakah kita meniti kehidupan kita? Adakah kita
melaluinya berlandaskan norma-norma kehidupan manusia sejagat, mengikut hukum alam, mengikut hukum agama anutan kita, mengikut hukum Negara kita, mengikut hukum bermasyarakat atau kita menganggap bahawa kesemua hukum itu adalah hukuman yang membataskan kebebasan kita.

Saya pernah berkata di dalam satu perbincangan, ’jalan ke syurga
bengkang bengkok, dan jalan ke neraka adalah lurus.’ Saya di tempelak, dan ada yang meminta saya beristighfar dan kembali ke pangkal jalan.

Namun, saya terus berkeras dan tidak akan kembali ke pangkal jalan. Lalu saya terangkan maksud perkataan saya itu.

‘Ya. Jalan menuju ke syurga adalah bengkang bengkok dan berliku. Kerana, apabila kita berjumpa laranganNya, kita mesti membelok dan meninggalkannya. Kita mesti meninggalkan larangan tuhan.

Sehingga hari ini, sudah berapa kalikah kita membelok apa bila terjumpa larangan Agama, larangan atau undang-undang Negara, Adab hidup berkawan dan bermasyarakat dan beberapa larangan lain. Tidakkah apabila kita melanggar larangan-larangan itu, boleh mengakibatkan kita di timpa kesusahan atau mendapat balasan di akhirat nanti? Sebab itulah saya mengatakan jalan ke neraka adalah lurus.’

Saya yakin, kita semua ingin hidup lama. Tidak seorang pun di antara
kita ingin mati. Tanpa kita sedar, mengingati ‘kematian’ sahaja kita
sudah mendapat pahala. Saya juga yakin, apa bila kita mati nanti, kita
ingin berada di syurga. Tak ramai juga sedar, syarat utama untuk kita ke syurga ialah kita mesti mati dahulu.

Dan di samping itu kita mesti membawa bekalan (pahala) yang cukup untuk membolehkan kita tinggal di syurga nanti. Rasanya tidak perlu saya huraikan bagaimana caranya untuk kita mendapatkan pahala itu. Ingatlah, ‘mati itu wajib dan hidup, Insyaallah. Itu di akhirat, atau kehidupan kita sesudah mati.

Bagaimana pula dengan kehidupan kita di dunia ini? Adakah kehidupan kita ini hanya sekadar hidup, boleh bernafas, boleh makan, boleh minum dan sebagainya?

Adakah kita membangun? Adakah kehidupan kita ini seperti sampan yang di hanyutkan arus sungai tanpa di kayuh atau di kemudikan? 

Posted from WordPress for BlackBerry.

Nikmat Allah

Oleh: Bin Razali Amir

Tazkirah 19 Rabiul Akhir 1436 @ 9 Februari 2015

Nikmat Allah

Dalam hidup ini, seharusnya kita banyak-banyak bersyukur atas apa yang telah kita terima dan rasakan. Bersyukur atas semua yang dilimpahkan oleh Allah SWT kepada kita adalah wajib. Kerana dengan bersyukur, jiwa kita akan tenang dan nikmat yang kita terima dan rasakan akan semakin memberi berkah dalam hidup kita.

Bukankah Allah telah berfirman dalam Al-qur’anul Karim dalam surah Ibrahim sebagai berikut:

“Dan (ingatlah juga), tatkala Tuhanmu memaklumkan: Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih“.
(QS. Ibrahim [14]: 7)

Ada banyak cara untuk bersyukur atas nikmat Allah kepada kita. Misalnya bagaimana kita mensyukuri rezeki yang dilimpahkan kepada kita? salah satu adalah dengan menafkahkan harta kita kejalan yang benar, berzakat, berinfak, sedekah dll yang diredhai oleh Allah.

Jika kita diberi kesihatan, syukurilah dengan menjaga kesihatan, menjaga badan serta anggota tubuh dari hal-hal yang boleh merugikan badan atau tubuh kita sendiri.

Secara amnya, ada lima nikmat Allah SWT yang harus kita syukuri. Diantaranya adalah sebagai berikut:

1. Nikmat Fitriyah.
Nikmat yang ada pada diri kita. Allah memberikan kita hidup ini, tangan, kaki, wajah yang menawan, mata, telinga dan anggota tubuh yang lain. Ini wajib kita syukuri. Dan janganlah angkuh seandainya kita diberikan rupa yang menarik. Syukurilah bahwa itu nikmat yang diberikan oleh Allah semata² untuk hal² kebaikan.

2. Nikmat Ikhtiyariyah.
Nikmat yang kita peroleh atas usaha kita. Harta yang banyak, Kedudukan yang tinggi, Ilmu yang banyak, Pengaruh yang besar, jawatan, Jabatan, Tanah, kenderaan dan lain-lain yang kita peroleh atas usaha kita. Nikmat ini harus kita syukuri. Sedekahkan harta yang kita miliki dan pergunakan ke jalan yang diredhai Allah. Jika menjadi pemimpin dengan jabatan yang tinggi, jangan kita salah gunakan jabatan tersebut, karena itu semua akan di soal oleh Allah SWT.

3. Nikmat Alamah.
Nikmat alam sekitar kita. Kita tidak boleh hidup jika Allah tidak memberikan nikmat alamiah ini. Air, Udara, Tanah dan lain-lain. Mari kita syukuri semua ini dengan menjaga alam ini dari kerosakan. Menjaga udara dari pencemaran, banyak menanam pohon dan lain-lain.

4. Nikmat Diiniyah.
Nikmat Agama Islam. Nikmat Iman. Bayangkan jika kita terlahir bukan dari rahim seorang muslimah? Mungkin saat ini kita menjadi kafir. Maka syukurilah nikmat diin yang diberikan Allah kepada kita dengan menjalankan perintah² agama serta menjauhi larangan Allah SWT.

5. Nikmat Ukhrowiyah.
Nikmat Ukhrowi adalah nikmat akhirat. Nikmat inilah yang akan kita petik nanti jika telah dihisab di yaumil mahsyar. Nikmat ini tergantung dari apa yang kita perbuat didunia ini. Jika semua nikmat diatas telah kita terima dan kita syukuri dengan baik, maka nikmat ukhrowi ini yang akan kita dapatkan dan rasakan jika nanti sudah di alam akhirat.

Harus kita sedari bahwa hidup didunia ini hanyalah sementara. Ada batas waktu yang telah ditentukan Allah dan jika telah tiba waktunya kita semua akan mati. Begitu juga nikmat yang diberikan Allah adalah bukan milik kita melainkan pinjaman semata. Maka sudah semestinya kita menjaga dan bersyukur atas “nikmat itu kerana suatu saat itu semua akan dikembalikan kepada Allah SWT.

Wallahu a’lam..

Posted from WordPress for BlackBerry.

Test-Email Posting

As Salam

Boleh posting ke blog melalui email. Facebook dulu pun boleh rasanya. Sekarang melalui SMS