Putera Klasik

Fikirkanlah…Renungkanlah

Segalanya Mungkin

Dimana kita sekarang dan kemana kita seterusnya?

Usaha untuk membangunkan ekonomi Melayu memerlukan kerjasama erat dari kita semua. Tanpa perpaduan kita tak mungkin dapat menjayakan apa-apa dan kita juga tak mungkin dapat mempertahankan apa-apapun. Kerajaan dengan segala kekuasaanya pun tidak akan dapat menjayakan kita jika kita sendiri memilih untuk tidak berjaya.

Dalam apa jua usaha anda untuk kepentingan sendiri pastikan setiap keuntungan yang boleh anda perolehi tidak merugikan umat. Sebaiknya keuntungan anda akan membawa keuntungan yang lebih besar terhadap umat. Kemajuan bangsa dan kesinambungan bangsa Melayu tergantung kepada sokongan kita semua. Jika kita sendiri tidak memajukan bangsa kita, siapa lagi yang boleh diharap untuk melakukannya?

Berikanlah sokongan anda kepada syarikat-syarikat Bumiputera khususnya dan untuk pembangunan Dana Islam secara keseluruhannya. Masa depan Agama Islam dinegara ini juga terletak ditangan kita. Melayu dan Islam telah sinonim sejak dahulu lagi, malangnya hari ini cara hidup kebanyakan kita tidak langsung mencerminkan keIslaman yang kita akui dianuti.

Baik atau buruk, betul ataupun salah berbeza mengikut bangsa dan budaya. Setiap bangsa ada hukum halal dan haram masing-masing. Yang betul untuk sesuatu bangsa itu mungkin pula salah untuk bangsa lain.

Hari ini segalanya dikompromi untuk mencari kekayaan!!!

Nilai hidup siapa yang ingin anda jadikan rujukan? Samada disukai atau tidak, disedari ataupun tidak, sengaja ataupun tidak, setiap kita pasti akan menerapkan nilai hidup dan kepercayaan dalam setiap yang dilakukan. Kepada siapa anda letakkan kepercayaan anda untuk makan-minum kita? Apakah nilai hidupnya? Sejauhmana dapat dia mempertahankan kepentingan kita?

Bagi yang berkuasa, samada dalam keluarga, syarikat ataupun kerajaan, nilai hidup dan kepercayaan biasanya akan cuba diterapkan dengan lebih menyeluruh. Kadangkala dipaksakan tanpa disedari. Kita perlukan orang-orang kita yang berkuasa samada dalam syarikat ataupun kerajaan untuk memastikan penerapan nilai-nilai Islam dan Iman dapat diteruskan, dipertingkatkan dan dipertahankan dalam segala aspek kehidupan kita.

Jangan Kerana Marahkan Pepijat Kelambu Dibakar

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: