Putera Klasik

Fikirkanlah…Renungkanlah

Category Archives: AskMe

Al-Quran 35 Surah Fathir

Apa saja di antara rahmat Allah yang dianugerahkan kepada manusia, maka tidak ada yang dapat menahannya; dan apa saja yang Ditahan-Nya maka tidak ada yang sanggup untuk melepaskannya setelah itu. Dan Dia-lah Yang Maha Perkasa, Maha Bijaksana. [35:2]

As Salam

Urusan Allah Berjalan Terus. Saya tiada pun tidak mengapa.

Saya Kawan bukan Warden.

UMNO Dulu dan Sekarang

Seburuk-buruknya UMNO, ia masih berbau Melayu, masih lebih mungkin memelihara kepentingan orang Melayu.

http://chedet.cc/?p=998

Impian Kita-Nusantara 2057

Impian Kita-Nusantara 2057

Ditanggung Halal

BAYANGKAN….!!!!

Sentimen halal ini boleh sahaja digunakan oleh agen-agen Yahudi untuk menimbulkan keresahan antara kaum di Malaysia ini. Jika keadaan pada waktu itu kita masih mendharuratkan penggunaan bahan-bahan yang berkenaan maka dengan mudahnya rusuhan antara kaum boleh dicetuskan oleh musuh-musuh Islam ini.

Mereka boleh sahaja menunjukkan bukti-bukti saintifik bahawa kebanyakan makanan kita dan pelbagai produk lain mengandungi bahan-bahan yang berasal dari babi.(Mereka tentu tahu kerana mereka yang mengekspot kebanyakan barangan berkenaan) Dikala itu mereka akan menuding jari menyalahkan pihak itu dan pihak ini.

Mereka akan membakar semangat kita untuk membalas dendam, kononnya untuk mempertahankan kesucian Agama Islam. (Islam akan tetap suci,…kita yang sebenarnya tidak suci dan semakin jauh dari agama yang suci ini.)

Mereka boleh sahaja menyatakan kepada Bangsa Melayu betapa selama ini Bangsa Cina menipu kita dan tidak menghormati sensitiviti halal kita!!!! Bayangkan apa yang boleh berlaku pada masa itu. Rusuhan antara kaum akhirnya akan mengundang campurtangan negara jiran kita yang akan meminta bantuan Amerika untuk membantu saudara sebangsa mereka di Malaysia.

Keadaan huru hara yang berjaya ditimbulkan akan memberikan peluang kepada mereka untuk campurtangan dalam hal ehwal negara ini. Pihak yang akan dipersalahkan nanti pada akhirnya adalah Bangsa Melayu.

Kita akhirnya, jika kita bernasib baik akan diletakkan dikedudukan seperti yang pernah ditetapkan oleh penjajah British dahulu. Kita mungkin pada waktu itu dibenarkan untuk menjadi petani dan peladang tetapi teknologi yang dibenarkan untuk kita adalah teknologi ciptaan mereka yang mana penggunaan bahan-bahan yang berkenaan akan dibekalkan kepada kita untuk pemprosesan makan-minum kita. Pi Mai Pi Mai Tang Tu…

Demi memelihara sensitiviti antara kaum maka saya merasakan Impian Kita atau apa-apa yang seumpamanya perlu digerakkan oleh kalangan orang-orang kita yang berkuasa dan berkemampuan.

Perkara-perkara yang merupakan garis pemisah antara kaum dan agama dinegara ini perlulah jelas dan nyata untuk satu sama lain melihatnya dan menjaganya. Jika segalanya cuba disembunyikan dan dikaburkan maka tunggulah harinya dimana Yahudi akan membongkarnya dan meniupkan sentimen halal ini!!!

Saudara- saudaraku……Renungkanlah…..
Apa Peranan Kita untuk mengelak keadaan itu dari berlaku???? Pihak yang akan dipersalahkan pada akhirnya adalah Bangsa Melayu sendiri..!! Kita pada waktu itu akan benar-benar menumpang ditanahair sendiri…

SESUNGGUHNYA MEMANG KITA YANG BERSALAH..!!!KITA YANG MENGAMBIL MUDAH TENTANG PERKARA INI!! ORANG LAIN BERNIAGA UNTUK MENCARI KEUNTUNGAN SEMATA-MATA, KITA YANG SEMAKIN TIDAK MENGAMBIL ENDAH PERKARA INI

© AskMe 2005

Masih relevankah tulisan ini?
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Koperasi Grabasdah

Penagihan dadah merupakan suatu penyakit masyarakat yang sehingga kini tidak ditemui penyelesaiannya. Usaha pembasmian melibatkan banyak pihak masih menemui jalan buntu. Berdasarkan statistik bangsa Melayu merupakan golongan paling ramai terlibat dengan dadah.

Baru-baru ini kerajaan mengumumkan suatu inisiatif yang membabitkan para gradudah ini. Cadangan yang dikemukakan adalah supaya para gradudah ini diserap ke sektor perladangan. Suatu idea yang baik. Asalkan tidak diperhambakan golongan yang malang ini cukuplah. Susulan dari itu disini ingin dicadangkan suatu mekanisma perlaksanaan untuk dipertimbangkan oleh semua pihak.

PROJEK SEMAI KASIH TUAI BUDI

Projek ini terbuka kepada semua gradudah. Pada peringkat pertama, penyertaan para gradudah adalah secara sukarela. Mereka perlu mendaftar di secretariat PSKTB yang berdekatan.

Golongan pertama ini bolehlah dikategorikan sebagai gradudah insaf.

Golongan gradudah seterusnya adalah gradudah yang diperolehi melalui tangkapan. Mereka ini lebih tegar dengan ketagihan mereka. Tentu sekali pendekatan untuk memulihkan mereka agak keras berbanding golongan pertama.

Golongan seterusnya adalah gradudah yang diserap dari pusat serenti seluruh negara.

Projek ini melibatkan kos yang besar dan memerlukan komitmen yang tinggi semua pihak. Para gradudah perlu membayar untuk kos rawatan mereka. Namun memandangkan mereka ini tiada sumber pendapatan yang tetap maka sebuah tabung khas ditubuhkan untuk mereka. Tabung ini mendapat sumbangan orang ramai dan peruntukan Kerajaan.

Para gradudah akan diberi pinjaman untuk kos rawatan mereka yang mungkin memakan masa selama tiga bulan hingga enam bulan.

Fasa 1                                

MENERIMA RAWATAN

Program-program semasa rawatan akan melibatkan mereka dengan  kerja-kerja ladang pada tahap-tahap tertentu. Mereka ini tidak boleh dibiarkan merayau jauh dari kawasan.

Kerja-kerja mereka pada peringkat ini lebih ditumpukan ke tapak-tapak semaian dan kerja-kerja menggembur tanah.

Penyertaan mereka diladang pada peringkat rawatan ini, menjadi sebahagian dari aturcara rawatan mereka.

MEKANISMA RAWATAN : Sila tanya Prof. Dr. Sir Mugeni b Samerin.

Fasa 2

MEMBINA SEMULA KEHIDUPAN

Memandangkan mereka meminjam untuk kos rawatan, tentu sekali mereka perlu membayar semula. Pada fasa 2 ini para grabasdah akan diserapkan ke jawatan tetap. Mereka akan mendapat gaji untuk kerja-kerja mereka. Keseluruhan gaji mereka akan dimasukkan ke dalam akaun mereka di sistem perbankan yang telah ditetapkan. Akaun mereka akan diuruskan oleh pemegang amanah yang dilantik.

Fasa 3

MENEMUI MASYARAKAT

Setelah sekian lama terpinggir dari masyarakat, para grabasdah, akan dibawa ke tengah masyarakat. Penampilan mereka adalah melalui pasar tani. Mereka akan berinteraksi dengan masyarakat melalui jualan hasil tani mereka.

Sudah tiba masanya mereka juga boleh mendapat keuntungan dari perniagaan.

Fasa 4

PELUANG MENINGKATKAN KERJAYA

Koperasi yang ditubuhkan dan anak-anak syarikatnya akan menyediakan peluang pekerjaan selain dari sektor perladangan.

Melalui kursus dan latihan, para grabasdah akan diserapkan pula ke pelbagai jawatan lain. Para grabasdah sebenarnya terdiri dari mereka yang memiliki berbagai kebolehan. Melalui program pendidikan yang dirancang dengan betul, mereka boleh meletakkan semula diri mereka dalam bidang-bidang lain yang menepati potensi sebenar mereka.

Fasa 5

MENGEMBALIKAN KEHIDUPAN

Para grabasdah yang selama ini mati, akhirnya hidup semula. Dikala ini segala hak dan milik mereka akan dikembalikan. Kembalinya mereka ke pangkuan masyarakat akan turut mengembalikan tugas dan tanggungjawab mereka sebagai anggota masyarakat yang berperanan.

KOPERASI GRABASDAH

Sebuah koperasi akan ditubuhkan untuk mereka. Koperasi ini memiliki saham dalam semua syarikat perladangan dan perkilangan dimana mereka terbabit sebagai tenaga kerja. Selain dari itu beberapa anak syarikat akan ditubuhkan oleh Koperasi.

Melalui akaun koperasi, simpanan para peserta akan meningkat.

MEKANISMA AKAUN PESERTA

Kesemua gaji peserta akan dimasukan kedalam akaun. Sepertiga akan dibayar kepada mereka oleh pemegang amanah yang dihantar kepada mereka setiap bulan. Mereka juga akan menerima penyata untuk akaun mereka.

Sepertiga dari gaji mereka akan disimpan terus untuk mereka. Manakala sepertiga lagi akan digunakan untuk membayar pinjaman mereka. Mereka akan menerima resit untuk pembayaran semula pinjaman ini.

Semua transaksi harus berjalan mengikut prosedur yang telah ditetapkan.

KOS PENTADBIRAN SEKRETARIAT

Pengurus tabung diberi kuasa untuk membuat pelaburan. Segala keuntungan yang diperolehi akan melipat gandakan jumlah simpanan tabung ini. Jelas disini segala kos untuk melaksanakan program ini akan dapat ditanggung.

Pelaburan dari tabung ini adalah melalui KOPERASI GRABASDAH.

Sumbangan orang ramai dan peruntukan kerajaan diperlukan untuk memulakan tabung ini. Selanjutnya tabung ini pula akan menyumbang kepada lain-lain program yang dijalankan.

TABUNG INI SELANJUTNYA BOLEH DIGUNAKAN UNTUK MENGATASI LAIN-LAIN PERMASALAHAN DALAM NEGARA.

BELIA DADAH HIDUPNYA GUNDAH, MASYARAKAT RESAH.

 

© AskMe

Masih relevankah tulisan ini?

Islam Dulu Dagang

Dahulukala ajaran agama disebarkan ke seluruh dunia melalui para pendakwah yang menyertai rombongan pedagang yang berlayar/menjelajah dari satu tempat ke satu tempat.

Para pendakwah ini memainkan peranan terutamanya untuk memelihara ahli rombongan dagang dari dipengaruhi idealogi penduduk setempat.

Pada masa yang sama dimana ada peluang para pendakwah ini cuba menerapkan idealogi mereka kepada penduduk setempat pula dan menguatkan cengkaman pengaruh mereka yang membawa kepada akhirnya satu persatu negara dijajah.

Sekarang ini ajaran agama/idealogi disebarkan melalui barangan dagangan. Promosi barangan melalui media jelas cuba menerapkan berbagai-bagai fahaman dan idealogi.
Halus dan berkesan dalam membentuk minda dan jiwa khususnya generasi muda. Matlamatnya tetap penjajahan tetapi tanpa peperangan yang menggunakan senjata.

Ajaran Islam makin jauh dari anutan…

Business is war. Begitulah pegangan hampir kesemua peniaga tetapi itulah hakikatnya kepada Yahudi dan Nasrani! It is war!!….Mereka takkan reda selagi kita tidak mengikut mereka.

Perhatikanlah.. melalui barangan yang dijual disebarkan fahaman yang bermacam-macam. Kita perlu menolak sebenarnya banyak sekali barangan yang diimpot.

Perhatikanlah…Melalui integrasi agama dan produk ini, kita akan ditewaskan dalam banyak perkara. Dari segi ekonomi, pegangan agama dan akhirnya kuasa akan dirampas dari kita.

Secara politiknya melalui 1001 macam barangan ini mereka menguasai minda pengguna diseluruh dunia.

Kita boleh sahaja berperang akhirnya seperti bangsa Palestin yang tiada kesudahannya. Tewas tetap tewas.

Tanahair telah lama diambil orang tiada siapa yang dapat membantu.

BERSAMA KITA MEMPERTAHANKAN DAN MEMENANGKAN SYARIKAT-SYARIKAT KITA!!!

BELILAH BARANGAN BUATAN MALAYSIA YANG DIHASILKAN OLEH SYARIKAT ORANG ISLAM YANG DIMILIKI BUMIPUTERA MELAYU.

Kita akan berjaya mempertahankan negara, agama dan bangsa sekaligus!!! Jika tidak kita akan kehilangan ketiga-tiganya sekaligus!!

Bangsa lain bersatu kita kata bagusnya mereka. Kita cuba bersatu dikatakan perkauman? Impian Kita. Laksanakan Peranan Kita.

Islam dulu dagang, Sampai ketika nanti, dagang semula.

Posted with WordPress for BlackBerry.