Putera Klasik

Fikirkanlah…Renungkanlah

Category Archives: Nukilan

Sebuah Pengembaraan

As Salam

Tahun 2010. Bulan Julai kami sekeluarga mengikuti rombongan ke Cameron Highland. Disana rasanya bermula perjalanan ini.

24hb Ogos 2010. Apa adanya saya seadanya saya. Saya hantar sesuatu kepada seseorang. Dengan Harapan.

Bukan banyak yang saya harapkan melalui bingkisan itu. Modal secukupnya untuk Mengubah Keadaan saya. Bayar hutang dan teruskan hidup dengan apa yang ada.

Apa yang melanda seterusnya. Suka ataupun tidak Telah Berlaku. Banyak yang saya harap dapat dilupakan. Biarkan berlalu.

Bagaikan Dongeng bila diimbas kembali. Angan-angan cuma.

Allah Ya Qaadir Ya Muqtadir

Posted from WordPress for BlackBerry.

Caca Marba Kehidupan

Oleh: Atoklawak d’Dapur 

Hidup, saya yakin kita semua masih hidup ketika membaca tulisan ini.
Ya, kita masih lagi bernafas, sebab itulah kita semua masih hidup
Tetapi, apakah yang kita cari di dalam kehidupan kita ini?

Adakah cukup
sekadar mencari rezeki atau sumber kewangan, kawan atau rakan yang sama ketawa dan menangis, kawan atau rakan yang sama berpanas di tengah padang golf, kawan atau rakan yang sama riuh rendah di kantin pejabat atau sebagainya.

Sebagai insan yang masih hidup, kita juga memerlukan pelbagai keperluan
asas untuk meneruskan kehidupan kita. Kita memerlukan tempat tinggal,
kita memerlukan pakaian, kita memerlukan makanan, kita memerlukan keluarga, kita memerlukan kawan dan rakan dan sebagainya. Tetapi adakah kita boleh membezakan di antara keperluan dan kehendak?

Keperluan, mungkin sekadar seada-adanya atau ala kadar sahaja. Manakala, kehendak mungkin juga seolah-olah bermewah-mewah,
menunjuk-menunjuk atau demi untuk gaya dan status.

Di dalam perjalanan
hidup kita ini, bagaimanakah kita meniti kehidupan kita? Adakah kita
melaluinya berlandaskan norma-norma kehidupan manusia sejagat, mengikut hukum alam, mengikut hukum agama anutan kita, mengikut hukum Negara kita, mengikut hukum bermasyarakat atau kita menganggap bahawa kesemua hukum itu adalah hukuman yang membataskan kebebasan kita.

Saya pernah berkata di dalam satu perbincangan, ’jalan ke syurga
bengkang bengkok, dan jalan ke neraka adalah lurus.’ Saya di tempelak, dan ada yang meminta saya beristighfar dan kembali ke pangkal jalan.

Namun, saya terus berkeras dan tidak akan kembali ke pangkal jalan. Lalu saya terangkan maksud perkataan saya itu.

‘Ya. Jalan menuju ke syurga adalah bengkang bengkok dan berliku. Kerana, apabila kita berjumpa laranganNya, kita mesti membelok dan meninggalkannya. Kita mesti meninggalkan larangan tuhan.

Sehingga hari ini, sudah berapa kalikah kita membelok apa bila terjumpa larangan Agama, larangan atau undang-undang Negara, Adab hidup berkawan dan bermasyarakat dan beberapa larangan lain. Tidakkah apabila kita melanggar larangan-larangan itu, boleh mengakibatkan kita di timpa kesusahan atau mendapat balasan di akhirat nanti? Sebab itulah saya mengatakan jalan ke neraka adalah lurus.’

Saya yakin, kita semua ingin hidup lama. Tidak seorang pun di antara
kita ingin mati. Tanpa kita sedar, mengingati ‘kematian’ sahaja kita
sudah mendapat pahala. Saya juga yakin, apa bila kita mati nanti, kita
ingin berada di syurga. Tak ramai juga sedar, syarat utama untuk kita ke syurga ialah kita mesti mati dahulu.

Dan di samping itu kita mesti membawa bekalan (pahala) yang cukup untuk membolehkan kita tinggal di syurga nanti. Rasanya tidak perlu saya huraikan bagaimana caranya untuk kita mendapatkan pahala itu. Ingatlah, ‘mati itu wajib dan hidup, Insyaallah. Itu di akhirat, atau kehidupan kita sesudah mati.

Bagaimana pula dengan kehidupan kita di dunia ini? Adakah kehidupan kita ini hanya sekadar hidup, boleh bernafas, boleh makan, boleh minum dan sebagainya?

Adakah kita membangun? Adakah kehidupan kita ini seperti sampan yang di hanyutkan arus sungai tanpa di kayuh atau di kemudikan? 

Posted from WordPress for BlackBerry.

Terima Kasih Ibu

Sembilan bulan lamanya dikau berjuang
Menanggung siksa dan sengsara
Menanti ku lahir ke dunia

Bertahun tahun lamanya dikau berkorban
Ku dibelai dan dimanja
Dengan kasih dan sayang mu aku dewasa

Jerih perit mu Ibu membesarkan, melentur diri ku
Pengorbanan mu ibu tidak ternilai harganya
Ibu maafkanlah selalu menghampakan mu
Ampunkan dosa ku menyakiti hati mu
Terima kasih Ibu
Terima kasih Ibu melahirkan ku

Ya Muhaimin lindungilah dirinya
Limpahkan rahmat-Mu kepadanya
Sejahtera aman selalu
Kini dan selamanya

@ Putera Klasik

Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Kasihan Ibu Tua

Kasihan Ibu Tua.

Terguris perasaannya…remuk redam hatinya

Anak-anak bersengketa kerana berebut harta dan tanah sekangkang kera itu

Aku dah putuskan…kamu disitu..kamu pula disana

Disini untuk anak kesayangan Ibu
Tak Adil!!!….Ibu tak adil..!!!

Aku lebih tua..aku lebih berhak..bertempik si kakak

Kasihan Ibu Tua

Ini niat aku..ini hajat aku…Ini hasil titik peluh aku..aku punya suka

dan Kasihan Anak kesayangan Ibu

Adik beradik membenci…

Kau hasut Ibu.!!!Kata kakak,…betul tu..kata abang!!
Ayah tua…cakapnya tak didengar lagi…Aku bagai tunggul dirumah ini.

Aku dimarah kakakmu..aku dimarah abangmu

dan Ayah Tua pun kini tiada lagi….kembali pada Ilahi dengan hatinya terguris…
Kasihan anak kesayangan Ibu

Saya tak mahu harta ini..berikan kepada mereka

Tidak…kata Ibu..Ini hajat Ibu..dan Ayah pun setuju.

Tapi Ibu..apa pula kata mereka…

Ini aku punya kehendak kata Ibu….

Kasihan anak kesayangan Ibu…jadi kebencian abang dan kakak

Abang dan kakak berpakat..keputusan Ibu perlu diubah…

Fitnah…..Kata Nista…bertalu-talu Ibu dengar…

Kasihan Anak Kesayangan Ibu…kepada siapa hendak mengadu?
Ibu tua terus terguris hatinya…keputusan aku tak kalian hormati

Aku tak kalian hormati….!!!

Tanah sekangkang kera itu juga yang direbut..

Aku dah putuskan…kamu disitu..kamu pula disana

Anak kesayangan Ibu…disini..!!!
Aku sudah tua…

Kalianpun bukan muda lagi

Sampai bila mahu LUPA DIRI…

Sudah cukupkah bekal bela diri berdepan Allah nanti?

Harta sekangkang kera ini kalian kira boleh dibawa mati?

Anak-anakku cubalah mengerti

Izrael bakal menjemputku kembali

Aku perlu bertenang hati…dan

Disini aku ingin menanti

Ditanah sekangkang kera ini…

Untuk aku menghembuskan nafas terakhirku….

Dengan kalian aman-aman disisi…

© AskMe 2005/2011

“Keredhaan Allah kepada kita tergantung kepada keredhaan kedua orang tua terhadap kita…..”

Tuntutlah keredhaan orang tua,jangan dituntut hartanya, itukan mereka punya suka..Takut tak cium syurga kalian nanti

“Dan TuhanMu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepada-Nya semata-mata, dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang dari keduanya, atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan pemeliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka sebarang perkataan kasar sekalipun perkataan ‘ah’ dan janganlah engkau menengking, menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan santun) – (Al-Israa’:23)

http://puterawaktu.wordpress.com/2013/10/29/kita-muda-lagi/

Bila Ayah dan Ibu Bercerai…

Anak-anak berpatah arang.

Marah betul anak-anak Ayah. Anak-anak Ibu dah melampau betul. Ada ke patut disamakan Anak no 1 Ayah dengan kerbau pendek itu. Seluruh warga tanah sekangkang kera gempar dengan perkembangan terbaru pertelingkahan antara Anak-anak Ayah dan Anak-anak Ibu. Sampai begitu sekali Anak-anak Ibu menghina Anak no 1 Ayah.

Anak No 1 Ayah, kelihatan tenang sahaja petang itu. Mengikut rancangan yang telah diatur. Mesyuarat besar untuk Anak-anak Ayah kali ini merupakan mesyuarat besar terakhir untuk Anak No 1 Ayah. Dalam beberapa bulan lagi Anak No 1 Ayah akan bersara. Sekalian Anak-anak Ayah sudah pun maklum, Anak No 2 Ayah akan mengambil alih teraju kepimpinan kumpulan Anak-anak Ayah nanti. Anak-anak Ibupun dah tahu.

Anak-anak Ayah yang kembar 3 orang itupun dah setuju pula, mereka akan reda siapa Anak No 2 Ayah pilih untuk menjadi Anak No 2 Ayah bila dia jadi Anak No 1 Ayah. “Kami akan sokong siapapun Anak No 2 akan pilih nanti.”

Petang itu dalam ucapan terakhirnya, Anak No 1 Ayah menzahirkan kemarahannya, bukan dengan marah-marah tetapi dengan menghuraikan kepincangan Anak-anak Ibu. Seluruh warga tanah sekangkang kera melihat melalui televisyen, ada yang dengar radio ucapan Anak No 1 Ayah. Yang nyata seluruh kumpulan Anak-anak Ayah tersemat dalam hati mereka barangkali dendam yang meluap-luap. Rasanya kali ini akan benar-benar berpatah aranglah Anak-anak Ayah dan Anak-anak Ibu.

Sejak Ayah dan Ibu bercerai memang tak henti-henti kata mengata antara Anak-anak Ayah dan Anak-anak Ibu tetapi kali ini nampaknya kebencian antara mereka benar-benar memuncak.

»
Apa nasib kami nanti? Apakah kami akan mewarisi pertelingkahan Anak-anak Ayah dan Anak-anak Ibu? Apakah cucu-cucu Ayah (Datuk) dan Ibu (Nenek) akan meneruskan perebutan untuk tanah sekangkang kera ini? Anak-anak Penjajah akan datang semula untuk merampas tanah sekangkang kera ini dari tangan kami. Anak-anak Ayah sahaja takkan dapat mempertahankan Tanah sekangkang kera ini. Sebenarnya Anak-anak Ayah dan Anak-anak Ibu perlu bekerjasama untuk mempertahankan Tanah sekangkang kera ini. Yang sudah tu sudahlah….

»
Hakmilik Tanak Sekangkang Kera ini akan diturunkan kepada Cucu-Cucu Datuk dan Nenek. Masalahnya Anak-anak Ayah Lim memiliki hampir segala sumber kekayaan yang ada di Tanah Sekangkang Kera ini. Anak-anak Ayah Lim sebenarnya tidak seramai Anak-anak Ayah dan Anak-anak Ibu tetapi kekayaan yang ada di Tanah Sekangkang Kera ini kebanyakannya dah jadi milik Anak-anak Ayah Lim.

Anak-anak Ayah kebanyakannya ada letak nama dalam syarikat-syarikat Anak-anak Ayah Lim tetapi saham besar syarikat, hitam putihnya milik Anak-anak Ayah Lim.

Anak-anak Ayah Lim memang pandai berniaga. Anak-anak Penjajah pun masa mereka duduk jadi Tuan diatas Tanah Sekangkang Kera ini dah susun supaya Anak-anak Ayah Lim jadi Tauke. Anak-anak Ayah dan Ibu masa tu ramainya duduk di kampung.

Kalau tak jadi gaduh-gaduh Anak-anak Ayah dengan Anak-anak Ayah Lim dulu, keadaan tentunya takkan berubah. Sejak gaduh besar dulu Anak-anak Ayah berpakat dengan Anak-anak Ayah Lim supaya Anak-anak Ayah Lim jangan ambil semua hasil tanah sekangkang kera ini, bagilah balik sedikit pada Anak-anak Ayah.

Sejak puluhan tahun, lepas gaduh-gaduh dulu, memang Anak-anak Ayah dah dapatkan balik banyak kekayaan tanah sekangkang kera ini. Anak-anak Ayah ramai yang sekarang ini dah belajar jadi Tauke. Belajar dengan Anak-anak Ayah Lim. Masalahnya Anak-anak Ayah ambil balik cukup-cukup untuk dibahagi-bahagikan antara Anak-anak Ayah sahaja. Anak-anak Ibu tengok sahaja sebab yang dapat bahagian lebih pada Anak-anak Ayah.

Anak-anak Ayah kalau bagi pun lepas tu ungkit-ungkit. Jadi marahlah Anak-anak Ibu sebab yang diberi sedikit sahaja tapi ungkit-ungkitnya bukan main lagi. Lagi pulak yang dah janji sebagai bahagian Anak-anak Ibu diambil balik. Buruk siku betul. Mungkir janji betul!! Sejak tu Anak-anak Ibu makin menjadi-jadi marahnya. Sejak dari itu makin menjadi-jadi Anak-anak Ibu mencari silap Anak-anak Ayah.
»
Anak-anak Penjajah dengar khabarnya akan datang balik nak ambil Tanah sekangkang Kera ini. Apa nasib kita kalau masa Anak-anak Penjajah datang, masa tu Anak-anak Ayah dan Anak-anak Ibu pula bergaduh besar? Takut Anak-anak Ayah Lim pakat pulak dengan Anak-anak Penjajah jadi Tuan Tanah sekangkang kera ini.

Anak-anak Penjajah kalau datangpun, dia nak ambil simpanan minyak yang ada banyak ditanah sekangkang kera ini. Sekarang Anak-anak Penjajah tu tengah sibuk merampas simpanan minyak di Tanah Pak Arab. Nanti Anak-anak Penjajah akan datang sini pulak.

Keturunan Anak-anak Ayah Lim ramai didunia sebelah sini. Pandai buat barang. Murah-murah pulak tu. Anak-anak Penjajah tu kalau buat barangpun tak boleh jual murah sebab Anak-anak Penjajah minta gaji mahal-mahal. Anak-anak Penjajah dah biasa hidup mewah jadi takkan nak turun gaji pulak.

Strategi Anak-anak Penjajah sekarang ni nak kontrol minyak. Kalau satu hari nanti semua simpanan minyak jadi dia punya, tentu dia jual mahal. Kalau harga minyak mahal, tentu tambang kapal, tambang lori semua jadi mahal. Kalau tambang dah mahal takkan boleh jual barang murah-murah lagi keturunan Anak-anak Ayah Lim satu dunia. Terpaksa jual mahal juga. Mesin dikilang-kilang satu dunia semua pakai karan. Nak buat karan kalau tak pakai air kena pakai mesin yang kena pakai minyak.

Yang untung nanti Anak-anak Penjajah, buat macammanapun Anak-anak Penjajah mesti untung. Kalau jual barang tak untung banyak, jual minyak tentu untung banyak.

Anak-anak Penjajah, ada pada suatu masa dulu merompak duit satu dunia. Pandai mereka buat taktik supaya dapat ambil duit orang lain. Duit yang banyak tu, kalau dibahagi-bahagikan sesama dia tentu cukup, bukan untuk jual murah barang dia tapi boleh bagi free barang dia pada peminat-peminat barang dia.

Bayangkan, siapa nak beli kalau boleh dapat free, lebih-lebih lagi Anak-anak Ayah dan Anak-anak Ibu. Buat apa beli dengan Anak-anak Ayah Lim. Anak-anak Penjajah bagi free nak buat apa beli?

Masalahnya Anak-anak Ayah dan Anak-anak Ibu ramai yang kerja di syarikat-syarikat Anak-anak Ayah Lim. Kalau syarikat-syarikat Anak-anak Ayah Lim dah bankrap, Anak-anak Ayah dan Anak-anak Ibu nak kerja dimana?

Apa susah kerjalah dengan syarikat Anak-anak Penjajah pulak!

Akhirnya bukan sahaja Anak-anak Ayah dan Anak-anak Ibu kerja dengan Anak-anak Penjajah tapi Anak-anak Ayah Lim pun kena kerja dengan Anak-anak Penjajah. Pangkat yang tinggi-tinggi tentu akan diberi pada anak-anak Ayah Lim. Anak-anak Ayah Lim tentu ramai-ramai tukar agama sama dengan agama Anak-anak Penjajah tu. Sekarangpun ramai dah anak-anak Ayah Lim peluk agama Anak-anak Penjajah tu.

Anak-anak Ayah dan Anak-anak Ibu kerja kerani rendah saja sebab Anak-anak Ayah dan Anak-anak Ibu beragama Islam. Anak-anak Penjajah tak suka orang peluk Islam. Kalau Anak-anak Ayah dan Anak-anak Ibu nak dapat pangkat tinggi, kena peluk agama Anak-anak Penjajah tu!!!

Cucu cicit Anak-anak Ayah dan Anak-anak Ibu suatu masa nanti akan jadi hamba ditanahair sendiri. Kalau nak diterima lepas mati nanti sebagai hamba Allah, semasa hidup ini kenalah jadi hamba Anak-anak Penjajah. Kalau masa hidup ni tak sanggup jadi hamba Anak-anak Penjajah tu, lupakanlah hajat nak jadi hamba Allah lepas mati nanti.!!

Jangan salah pilih sebab hidup didunia ni bukan lama, kalau diperhambakan Anak-anak Penjajah tupun, bila mati nanti bebaslah.

Kalau nak selamat hidup didunia dan diakhirat kena setia pada Allah dan RasulNya. Tentu Allah akan tolong kita lawan Anak-anak Penjajah tu!!!! Tentu Allah akan tolong hambaNya mempertahankan Tanah Sekangkang Kera ini.

Yang runsing selalu,

Cucu Datuk dan Nenek

© AskMe 2005/2011