Putera Klasik

Fikirkanlah…Renungkanlah

Category Archives: Asmaul Husna

Al-Muntaqim

Yang Maha Kuasa Menidakkan hamba-Nya yang bersalah dengan menyiksanya.

Allah S.W.T sangat murka apabila terjadi suatu perlanggaran hak sesama makhluk, tetapi tidak demikian jika perlanggaran itu mengenai hak diri-Nya. Siksa ditimpakan kepada sesiapa sahaja yang melanggar hak makhluk, bukan mengenai hak diri-Nya.

Diriwayatkan dari Abu Darda’, beliau berkata,”Ada kalanya seseorang hamba dalam suasana aman damai, Allah S.W.T memerintahkan kepada malaikat Jibril a.s supaya mencabut atau menarik suasana yang sedemikian daripada hatinya (untuk menguji atau menduganya). Apabila si hamba itu merasa terkejut dan takut serta sedar, maka suasana aman damai itu dikembalikan, tetapi jika si hamba itu tidak mempedulikan apa yang dialaminya, maka akan ditambah dengan siksa.

Adakalanya seorang hamba memohon bantuan kepada Allah S.W.T  dengan cepat  setelah dia bertindak melakukan pelanggaran, maka si hamba itupun memperolehi perhatian-Nya sebelum ditimpa balasan siksa. Hal yang demikian bererti Allah S.W.T membimbing hamba itu kepada pemeliharaan maghfirah-Nya, dan disegerakan kemaafan dengan lemah lembut daripada kebaikan-Nya”

Tafsir Sufi untuk Asma’ Al-Muntaqim

Al-Khaliq

Dikhabarkan dalam musnad bahawa Rasulullah S.A.W pernah bersabda, bermaksud,” Semoga Allah merahmati saudaraku Nuh A.S yang asal mula namanya Yashkur. Akan tetapi sebab beliau sering menangisi kesalahannya, Allah S.W.T mewahyukan kepada beliau, “Oleh sebab rintihanmu, maka namamu Aku ganti dengan Nuh.” Para sahabat bertanya, “Kesalahan apakah yang dilakukan Nabi Nuh sehingga menangis berpanjangan?

Rasulullah S.A.W menjawab,”Penyebabnya ialah dalam suatu perjalanan, Nabi Nuh A.S melihat seekor anjing, lalu terdetik dalam hatinya, “alangkah buruknya anjing itu” Kemudian Allah S.W.T memerintahkan beliau supaya menciptakan yang lebih baik dari itu.

Diambil dari Kitab Tafsir Sufi Asma Al-Husna

Budi Pekerti

Dipetik dari halaman 192 Tafsir Sufi Asma Al-Husna : Kitab At-Tahbier Fit Tadz Kier oleh Imam Al Qusyairi.

Al-Fudhail bin Iyaadh berkata, ” Aku lebih suka berkawan dengan seorang yang fasik tetapi indah budi pekertinya berbanding seorang abid yang buruk pekertinya”

Rasulullah S.A.W pernah bersabda, ” Budi luhur itu merupakan kalung keredhaan Allah yang diikat pada leher dengan kukuh, untaian rahmat-Nya terikat kukuh dalam lingkaran syurga. Ke mana sahaja budi itu dibawa, kesudahannya ke syurga juga.

Budi yang buruk juga umpama kalung tetapi kalung kemurkaan Allah yang dililit dileher dengan ikatan kukuh, rantainya merupakan siksa yang melingkar dipintu neraka. Ke mana sahaja pekerti buruk itu pergi, kesudahannya ke neraka juga.”

Tafsir Sufi untuk Asma’ Al Hadi

Posted with WordPress for BlackBerry.