Putera Klasik

Fikirkanlah…Renungkanlah

Category Archives: Down Memory Lane

Tun Dr.M Bukan Diktator

Apa sebenarnya berlaku?

Sebetulnya yang SEPATUTNYA berlaku tidak berlaku.

Usaha Tun Dr M telah menjayakan ramai ahli UMNO. Mereka yang telah menjadi kaya SEPATUTNYA menggunakan kekayaan dengan membangunkan orang-orang dibawah mereka pula. Membantu mereka berdikari.

Silapnya adalah mereka tidak membantu orang-orang dibawah untuk berdikari. Wang yang dimiliki sebaliknya diguna untuk membeli jiwa mereka demi sokongan.

Hiduplah para penyokong dalam SISTEM KEBAJIKAN (sounds familiar? PAS taking the same route) Keperluan hidup yang semakin meningkat mendorong Pemimpin tadi menjadi Tamak mahukan lebih lagi untuk membela penyokong.

Maka terjadilah jatuh-menjatuh dan rampas merampas dalam sistem yang dibangunkan.

Kaedah Tun Dr M adalah menggilir-gilirkan ahli UMNO memegang jawatan dalam syarikat-syarikat yang diswastakan. Belajar dan meraih pengalaman. Sampai masanya perlu beri giliran pada orang lain pula.

Namun disebabkan kos membela penyokong semakin meningkat, mereka bukan sahaja bertindak melanggar arahan, malah merosakkan sistem yang dibangunkan.

Demi mengelakkan daripada hilang jawatan maka sebarang calun yang dijangka akan mengambil alih diburuk-burukkan. Dengan wang juga mereka menambah sokongan demi menjatuhkan saingan.

The rest is history of UMNO.

SEPATUTNYA yang telah menjadi kaya itu membantu orang-orang dibawah BERDIKARI. Sebaliknya mereka guna sistem DIKTATOR

Should they teach those people to fish the support they bound to get would be more genuine.

When Anwar was sacked he brought along with him bankcrupted people. He BUILT a system within the system that when the cable broke spelt jeorpady to everyone under him. (That’s why we failed to reach the 30%) and (Of course having the money, the Chinese rescued the affected companies)

Thank Allah Tun Dr M stays coz the majority with him goes by his plans. It’ll be too sad if everything he worked for goes down the drain when PR take over.

What do you think?
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Advertisements

Central Limit Order Book

Jika takdirnya PR berjaya merampas kuasa dan membentuk Kerajaan Persekutuan,

Dan membenarkan Central Limit Order Book [CLOB of Singapore] beroperasi semula seperti dahulu,

Apakah yang boleh dijangka akan berlaku seterusnya?

Rujuk halaman 676 A Doctor In The House

Happy Birthday Tun Dr.M

As Salam.

Hadiahkan Al-Fatihah untuk Tun.

Ya Allah Ya Malik Rahmati Tun Mahathir dan Isterinya. Ampunkan segala dosanya. Beratkanlah timbangan amalnya dengan kebaikan. Amin

TQ Tun.
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Lu Birintilah…

Semasa masih agak muda dulu saya pernah kerja kilang. Dihari pertama lagi saya bertanya dimana surau? Rupanya tiada surau. Pada hari pertama itu saya solat dicelah-celah timbunan stok beralaskan kotak.

Saya bersoal jawab dengan kerani(Melayu) Pihak kilang akhirnya memberi ruang untuk dijadikan surau. Itupun selepas saya ancam untuk melapurkan kepada pihak berkuasa.

Tandas yang dijadikan stor saya jadikan surau.

Bukan setakat itu sahaja. Jadual kerja tidak langsung mengambil kira waktu solat. Waktu rehat tengahhari dari jam 12 hingga 1. Hari Jumaat jadual masih sama.

Kerja kilang, gaji kecil. Kalau nak pergi solat Jumaat boleh tapi kena potong gaji. Saya akur,potong pun potonglah. Namun demikian kelewatan saya masuk semula menimbulkan masalah pada pekerja lain. Dengan mesin yang terus berjalan, ketiadaan saya menjejaskan prestasi bahagian saya. Mereka tak menang tangan.

Saya berjumpa lagi pihak pentadbir meminta supaya waktu rehat pada hari Jumaat dipanjangkan. Mereka kata nanti akan dibincangkan dengan pihak atasan.

Saya tak lama bekerja disana. Hari sebelum Tahun Baru Cina, pihak kilang menjamu para pekerja. Memang meriah, para pekerja dapat angpau,banyak juga.

Saya hanya mampu memandang dengan penuh kekesalan, pekerja yang majoritinya Melayu, makan dan minum semua yang dihidangkan.

Anak tuanpunya kilang mendekati saya. Muda lagi orangnya. Dengan nada separuh memujuk dan separuh mengugut dia meminta saya berhenti sahaja. Kehadiran saya menyulitkan pihak kilang. Katanya permintaan saya hanya akan menjejaskan perjalanan kilang.

Lagipun katanya,” Lu tengok itu olang suma, suma pun suka kirja sini. Lu satu olang saja semayang, itu olang suma kita bagi time semayang jumat serupa lulu, suma pun mana ada pegi ,tidur dalam itu sulau!Baik terus kirja. Kilang untong sumapun lapat bonus. Lu birintilah…cari lain kirja.”

Bila dikenang semula, jelas pada saya kerugian pekerja dikilang itu. Dunia yang dikejar tak seberapa pun. Akhirat pula entah apa nasib mereka. Mudah-mudah kehadiran saya yang singkat itu, mencetuskan sesuatu kepada mereka.

Itu dulu, sekarang ke mana pergi pun ada masjid, surau, musolla. Alhamdulillah.

Akan datang bagaimana?…Mudah-mudahan kalau tidak bertambah nikmat, biar berkekalan nikmat yang sudah ada ini. Mudah-mudahan tidak dicabut Allah S.W.T dari kita.

Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Tekad Saya

Sesungguhnya seawal usia yang masih muda, dan sepanjang hidup dewasa, telah saya abdikan berkhidmat untuk rakyat.

Semua ini lahir hasil dorongan serta suri teladan Allahyarham Ayahanda saya.

Memang saya tersentuh dan terpanggil untuk meneruskan agenda besar kerajaan untuk membasmi kemiskinan, menstruktur semula masyarakat Malaysia

Meluaskan akses kepada pendidikan, serta meniupkan semangat sebuah generasi baru untuk menumpah khidmat kepada Malaysia.

Datuk Seri Mohd Najib b Tun Haji Abdul Razak