Putera Klasik

Fikirkanlah…Renungkanlah

Berkenaan Saya

As Salam,

Lama sungguh saya mendiamkan diri. Banyak perubahan yang dapat saya lihat sepanjang tempoh itu.

Memberansangkan namun saya tidak mengharapkan sesuatu yang dramatik ataupun drastik kerana hakikatnya bukan mudah untuk berubah. Apatah lagi jika perubahan itu bermakna hilang banyak kepentingan duniawi.

Untuk menjadi jahat itu mudah, iblis dan syaitan sentiasa bersedia untuk mendorong!

Untuk menjadi baik itu yang susah kerana usaha untuk menjadi baik sentiasa berhadapan dengan cabaran yang bukan sedikit.

Pernah seorang ulama memberitahu saya, ” Yang memagari neraka itu segala yang sedap-sedap belaka sedangkan yang memagari syurga itu kawat berduri yang penuh ranjaunya.” Lazimnya kita mencari jalan mudah!

Saya hanya manusia biasa. Banyak kelemahan dan masih jauh dari kesempurnaan.

Kejayaan saya setakat ini adalah menimbun dosa dan kesilapan. Jasa dan bakti saya sedikit benar. Itupun tidak dapat saya pastikan nilainya pada sisi Allah S.W.T. Apapun saya akan terus berbuat kebaikan, setakat yang saya mampu mengikut cara yang dalam kemampuan saya.

Saya melihat peluang yang banyak disekeliling saya. Peluang untuk menimbun pahala dengan membantu hamba-hamba Allah S.W.T yang umumnya tidak menyedari apa yang telah dan sedang berlaku.

Tak payahlah tunggu dah kaya baru nak bersedekah. Mengapa perlu menunggu dah berkuasa baru nak membuat perubahan. Jika kita mengatakan perjuangan kita semata-mata kerana Allah bertindaklah sekarang!

Namun perlu diingat, manusia yang berdosa itu akan mencari Tuhan yang Maha Pengampun, siapa kita untuk menghukum? Bergeraklah dengan penuh kasih sayang kerana Allah S.W.T itu Maha Pengasih dan Maha Penyayang.

TO ERR IS HUMAN. TO FORGIVE DIVINE

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: