Putera Klasik

Fikirkanlah…Renungkanlah

Tukar Kerajaan Cara Aman

To Whom It May Concerned

Tidak dapat saya yakinkan semua orang tentang kenyataan ini, Pemerintah(Kerajaan), adalah wakil Allah dimuka bumi.

Kita ambil persoalan rezeki. Kerajaan yang memerintah melalui pelbagai polisi dan rancangannya, antara lain bertujuan supaya rezeki Allah itu dapat diagihkan secara adil kepada rakyat.

Kita kaitkan pula dengan kesyukuran. Allah menjamin, jika kita syukuri nikmat-Nya yang sedikit, pasti akan ditambah-Nya.

Kita ambil pula kisah Qarun yang menjadi wakil Allah pada zamannya. Qarun telah gagal melaksanakan kewajipannya.

Memandangkan rakyat pada masa itu tinggi tahap kesyukurannya, maka Allah berkenan menambah nikmat ke atas mereka.

Memandangkan Qarun telah gagal menyampaikan rezeki Allah itu kepada sekelian hamba-Nya itu, maka Allah telah bertindak menghapuskan Qarun dan segala hartanya dibenam ke dalam tanah.

Bersama-sama kita meningkatkan kesyukuran kita kepada Allah.

Bila tiba masanya nanti Allah berkenan menambah nikmat-Nya kepada kita, dan jika pada masa itu Kerajaan yang ada gagal menunaikan kehendak Allah itu, pasti Allah meletakkan orang lain pula sebagai ganti supaya sampai rezeki-Nya itu kepada kita.

Kerajaan berkuasa atas kita. Allah pula lebih berkuasa dari mereka. Bersyukur kita kepada Allah dan mengadu kita kepada Allah. Biar Allah yang menghukum mereka!

Sopan santun tetap kita jaga.

Syariat Islam menyuruh kita sentiasa bersabar dan bersyukur serta reda dengan ketentuan Allah. Ahli politik pula mengajak kita supaya jangan ikut syariat itu, kita mesti biadap dan kurang ajar.

Nabi SAW diturunkan untuk sempurnakan akhlak, jelas kita tak ikut Nabi SAW!

Ulama tugasnya menasihati pemerintah. Bila ulama jadi pemerintah siapa pula nak nasihatkan mereka?

Saya harap setiap kita dapat meletakkan diri semula ditempat masing-masing dalam bidang kepakaran masing-masing, tidak melampaui batas masing-masing.

Tiada beban batu digalas! Siapa suruh? Penyokong kita terdiri dari kalangan yang tidak bersyukur. Senang hidup melayan kerenah mereka?

Faham ke apa yang saya maksudkan ini?

P/S Duit RM1juta dalam peti bawah katil tu nak buat apa? Taubat la wei!

Posted with WordPress for BlackBerry.

3 responses to “Tukar Kerajaan Cara Aman

  1. Putera Klasik August 13, 2012 at 8:01 am

    Bagaimana pula jika Kerajaan bersyukur tetapi rakyatnya tidak? Barangkali Kerajaan BN yang ada hari ini adalah Kerajaan yang telah bertaubat? Kita pula terus menerus menghukum.

    Allah Maha Adil. Kesyukuran rakyat dibalas Allah dengan Kerajaan yang baik. Ketidaksyukuran rakyat dihukum oleh Allah dengan Kerajaan yang zalim pula.

    Bermula 1 Syawal ini yang dibelenggu sepanjang Ramadan dibebaskan semula….

    Tetapkan pendirian kita.

  2. Pingback: Tukar Kerajaan Secara Aman | Unit PPDa SMK Gombak Setia

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: