Putera Klasik

Fikirkanlah…Renungkanlah

Daily Archives: September 25, 2011

Hudud Rukun Islam Ke-6

Pada hemat saya Hudud yang dilaksanakan dibanyak juga negara khususnya di negara Afrika dan Timur Tengah, gagal mendidik rakyatnya.

Rakyat dari sebuah negara Arab sebagai contoh, kelihatannya mereka seolah-oleh terlepas dari kandang pada setiap musim panas, apabila mereka ke luar negara untuk bercuti.

Barangkali silap dimana-mana dalam perlaksanaan. Apa yang jelas pada pengamatan saya, Hudud yang dilaksanakan disana gagal mendekatkan rakyatnya kepada Allah sebaliknya membiakkan golongan munafik dalam masyarakatnya.

Hudud yang dilaksanakan di banyak negara Afrika pula, jelas hanya menjadi alat para Diktator.

Perlaksanaan Hudud dari negara mana yang mahu kita jadikan rujukan?

Namun barangkali saya tersilap, Bangsa Melayu lebih baik kefahaman dan tafsiran mereka tentang Firman dan Hadis. Mana mungkin berlaku ketidakadilan dalam perlaksanaan Hudud di negara ini.

© AskMe 2005/2011


P/S
Apa peruntukan Hudud untuk politik wang? Bagaimana perlaksanaannya?
Semua kita pun sedia maklum, jika musuh politik memberi kita kata rasuah, jika kita sendiri memberi kita katakan sedekah!

Fikirkan...Wanita ini dari Puak yang menentang Puak yang memerintah...

Fikirkan…Wanita ini dari Puak yang menentang Puak yang memerintah…

Posted with WordPress for BlackBerry.