Putera Klasik

Fikirkanlah…Renungkanlah

Daily Archives: September 15, 2011

Mengapa Babi Itu Haram?

Logo Halal JAKIM

Logo Halal JAKIM Dahulu

MENGAPA ALLAH HARAMKAN BABI?

Mengapa perlu kita persoalkan hukum ini? Apa jua pertimbangan anda dalam soal ini yang jelas ianya berdasarkan hawa nafsu semata-mata.

Perkara pokok yang menjadikan hukum ini diterima dengan dolak-dalik adalah faktor kewangan, semata-mata untuk menjimatkan kos dan meningkatkan keuntungan.

Sampai bila kita mesti berdolak-dalik? Mendaruratkan penggunaan bahan yang dihasilkan dari binatang ini? Tidak adakah pakar penyelidik Islam yang bertungkus lumus membuat kajian mencari bahan lain sebagi ganti bahan yang dihasilkan dari binatang ini?

Kita masih ada pilihan. Jangan biarkan terjadi keadaan kita benar-benar dharurat.

Hakikatnya binatang ini cukup senang membiak justeru kos yang rendah untuk menghasilkan apa jua bahan lain yang digunakan dalam beribu-ribu produk lain.

Selain dari bekalan yang berterusan, hakikatnya menjimatkan kos dan meningkatkan keuntungan!!!

Setiap tahun barangkali berjuta-juta ekor unta dikorbankan diTanah Suci Mekah.Tiada langsungkah bahagian unta yang boleh digunakan untuk menghasilkan produk-produk seperti yang boleh dihasilkan dari babi?

Kita membelanjakan banyak wang untuk membuat perkara membazir tetapi kita terlalu berkira tentang kos untuk mematuhi hukum Allah ini!!?

BABI ITU HARAM. Menggunakan apa jua bahan yang dihasilkan dari binatang ini akan hanya menggalakkan pembiakannya.

Tidak adakah pakar penyelidik Islam yang bertungkus lumus membuat kajian mencari bahan lain sebagai ganti bahan yang dihasilkan dari binatang ini?

Pengguna Islam pula tidak sanggupkah membayar lebih sedikit untuk mendapatkan produk yang benar-benar HALAL dan bebas dari kandungan bahan yang haram ini.

Berdolak-dalik dengan hukum Allah untuk menjimatkan kos dan meningkatkan keuntungan!!?

Untuk menegakkan hukum Allah memerlukan pengorbanan. Sejauh mana kita sanggup berkorban?

Kesimpulannya kita BERDOLAK-DALIK dengan hukum Allah! Sekejap boleh…sekejap tak boleh…..Insaflah…..!!!!

JAKIM patutnya keluarkan juga logo HARUS.

Allah Mahu Menguji

 

Posted with WordPress for BlackBerry.