Putera Klasik

Fikirkanlah…Renungkanlah

Bila Ayah dan Ibu Bercerai…

Anak-anak berpatah arang.

Marah betul anak-anak Ayah. Anak-anak Ibu dah melampau betul. Ada ke patut disamakan Anak no 1 Ayah dengan kerbau pendek itu. Seluruh warga tanah sekangkang kera gempar dengan perkembangan terbaru pertelingkahan antara Anak-anak Ayah dan Anak-anak Ibu. Sampai begitu sekali Anak-anak Ibu menghina Anak no 1 Ayah.

Anak No 1 Ayah, kelihatan tenang sahaja petang itu. Mengikut rancangan yang telah diatur. Mesyuarat besar untuk Anak-anak Ayah kali ini merupakan mesyuarat besar terakhir untuk Anak No 1 Ayah. Dalam beberapa bulan lagi Anak No 1 Ayah akan bersara. Sekalian Anak-anak Ayah sudah pun maklum, Anak No 2 Ayah akan mengambil alih teraju kepimpinan kumpulan Anak-anak Ayah nanti. Anak-anak Ibupun dah tahu.

Anak-anak Ayah yang kembar 3 orang itupun dah setuju pula, mereka akan reda siapa Anak No 2 Ayah pilih untuk menjadi Anak No 2 Ayah bila dia jadi Anak No 1 Ayah. “Kami akan sokong siapapun Anak No 2 akan pilih nanti.”

Petang itu dalam ucapan terakhirnya, Anak No 1 Ayah menzahirkan kemarahannya, bukan dengan marah-marah tetapi dengan menghuraikan kepincangan Anak-anak Ibu. Seluruh warga tanah sekangkang kera melihat melalui televisyen, ada yang dengar radio ucapan Anak No 1 Ayah. Yang nyata seluruh kumpulan Anak-anak Ayah tersemat dalam hati mereka barangkali dendam yang meluap-luap. Rasanya kali ini akan benar-benar berpatah aranglah Anak-anak Ayah dan Anak-anak Ibu.

Sejak Ayah dan Ibu bercerai memang tak henti-henti kata mengata antara Anak-anak Ayah dan Anak-anak Ibu tetapi kali ini nampaknya kebencian antara mereka benar-benar memuncak.

»
Apa nasib kami nanti? Apakah kami akan mewarisi pertelingkahan Anak-anak Ayah dan Anak-anak Ibu? Apakah cucu-cucu Ayah (Datuk) dan Ibu (Nenek) akan meneruskan perebutan untuk tanah sekangkang kera ini? Anak-anak Penjajah akan datang semula untuk merampas tanah sekangkang kera ini dari tangan kami. Anak-anak Ayah sahaja takkan dapat mempertahankan Tanah sekangkang kera ini. Sebenarnya Anak-anak Ayah dan Anak-anak Ibu perlu bekerjasama untuk mempertahankan Tanah sekangkang kera ini. Yang sudah tu sudahlah….

»
Hakmilik Tanak Sekangkang Kera ini akan diturunkan kepada Cucu-Cucu Datuk dan Nenek. Masalahnya Anak-anak Ayah Lim memiliki hampir segala sumber kekayaan yang ada di Tanah Sekangkang Kera ini. Anak-anak Ayah Lim sebenarnya tidak seramai Anak-anak Ayah dan Anak-anak Ibu tetapi kekayaan yang ada di Tanah Sekangkang Kera ini kebanyakannya dah jadi milik Anak-anak Ayah Lim.

Anak-anak Ayah kebanyakannya ada letak nama dalam syarikat-syarikat Anak-anak Ayah Lim tetapi saham besar syarikat, hitam putihnya milik Anak-anak Ayah Lim.

Anak-anak Ayah Lim memang pandai berniaga. Anak-anak Penjajah pun masa mereka duduk jadi Tuan diatas Tanah Sekangkang Kera ini dah susun supaya Anak-anak Ayah Lim jadi Tauke. Anak-anak Ayah dan Ibu masa tu ramainya duduk di kampung.

Kalau tak jadi gaduh-gaduh Anak-anak Ayah dengan Anak-anak Ayah Lim dulu, keadaan tentunya takkan berubah. Sejak gaduh besar dulu Anak-anak Ayah berpakat dengan Anak-anak Ayah Lim supaya Anak-anak Ayah Lim jangan ambil semua hasil tanah sekangkang kera ini, bagilah balik sedikit pada Anak-anak Ayah.

Sejak puluhan tahun, lepas gaduh-gaduh dulu, memang Anak-anak Ayah dah dapatkan balik banyak kekayaan tanah sekangkang kera ini. Anak-anak Ayah ramai yang sekarang ini dah belajar jadi Tauke. Belajar dengan Anak-anak Ayah Lim. Masalahnya Anak-anak Ayah ambil balik cukup-cukup untuk dibahagi-bahagikan antara Anak-anak Ayah sahaja. Anak-anak Ibu tengok sahaja sebab yang dapat bahagian lebih pada Anak-anak Ayah.

Anak-anak Ayah kalau bagi pun lepas tu ungkit-ungkit. Jadi marahlah Anak-anak Ibu sebab yang diberi sedikit sahaja tapi ungkit-ungkitnya bukan main lagi. Lagi pulak yang dah janji sebagai bahagian Anak-anak Ibu diambil balik. Buruk siku betul. Mungkir janji betul!! Sejak tu Anak-anak Ibu makin menjadi-jadi marahnya. Sejak dari itu makin menjadi-jadi Anak-anak Ibu mencari silap Anak-anak Ayah.
»
Anak-anak Penjajah dengar khabarnya akan datang balik nak ambil Tanah sekangkang Kera ini. Apa nasib kita kalau masa Anak-anak Penjajah datang, masa tu Anak-anak Ayah dan Anak-anak Ibu pula bergaduh besar? Takut Anak-anak Ayah Lim pakat pulak dengan Anak-anak Penjajah jadi Tuan Tanah sekangkang kera ini.

Anak-anak Penjajah kalau datangpun, dia nak ambil simpanan minyak yang ada banyak ditanah sekangkang kera ini. Sekarang Anak-anak Penjajah tu tengah sibuk merampas simpanan minyak di Tanah Pak Arab. Nanti Anak-anak Penjajah akan datang sini pulak.

Keturunan Anak-anak Ayah Lim ramai didunia sebelah sini. Pandai buat barang. Murah-murah pulak tu. Anak-anak Penjajah tu kalau buat barangpun tak boleh jual murah sebab Anak-anak Penjajah minta gaji mahal-mahal. Anak-anak Penjajah dah biasa hidup mewah jadi takkan nak turun gaji pulak.

Strategi Anak-anak Penjajah sekarang ni nak kontrol minyak. Kalau satu hari nanti semua simpanan minyak jadi dia punya, tentu dia jual mahal. Kalau harga minyak mahal, tentu tambang kapal, tambang lori semua jadi mahal. Kalau tambang dah mahal takkan boleh jual barang murah-murah lagi keturunan Anak-anak Ayah Lim satu dunia. Terpaksa jual mahal juga. Mesin dikilang-kilang satu dunia semua pakai karan. Nak buat karan kalau tak pakai air kena pakai mesin yang kena pakai minyak.

Yang untung nanti Anak-anak Penjajah, buat macammanapun Anak-anak Penjajah mesti untung. Kalau jual barang tak untung banyak, jual minyak tentu untung banyak.

Anak-anak Penjajah, ada pada suatu masa dulu merompak duit satu dunia. Pandai mereka buat taktik supaya dapat ambil duit orang lain. Duit yang banyak tu, kalau dibahagi-bahagikan sesama dia tentu cukup, bukan untuk jual murah barang dia tapi boleh bagi free barang dia pada peminat-peminat barang dia.

Bayangkan, siapa nak beli kalau boleh dapat free, lebih-lebih lagi Anak-anak Ayah dan Anak-anak Ibu. Buat apa beli dengan Anak-anak Ayah Lim. Anak-anak Penjajah bagi free nak buat apa beli?

Masalahnya Anak-anak Ayah dan Anak-anak Ibu ramai yang kerja di syarikat-syarikat Anak-anak Ayah Lim. Kalau syarikat-syarikat Anak-anak Ayah Lim dah bankrap, Anak-anak Ayah dan Anak-anak Ibu nak kerja dimana?

Apa susah kerjalah dengan syarikat Anak-anak Penjajah pulak!

Akhirnya bukan sahaja Anak-anak Ayah dan Anak-anak Ibu kerja dengan Anak-anak Penjajah tapi Anak-anak Ayah Lim pun kena kerja dengan Anak-anak Penjajah. Pangkat yang tinggi-tinggi tentu akan diberi pada anak-anak Ayah Lim. Anak-anak Ayah Lim tentu ramai-ramai tukar agama sama dengan agama Anak-anak Penjajah tu. Sekarangpun ramai dah anak-anak Ayah Lim peluk agama Anak-anak Penjajah tu.

Anak-anak Ayah dan Anak-anak Ibu kerja kerani rendah saja sebab Anak-anak Ayah dan Anak-anak Ibu beragama Islam. Anak-anak Penjajah tak suka orang peluk Islam. Kalau Anak-anak Ayah dan Anak-anak Ibu nak dapat pangkat tinggi, kena peluk agama Anak-anak Penjajah tu!!!

Cucu cicit Anak-anak Ayah dan Anak-anak Ibu suatu masa nanti akan jadi hamba ditanahair sendiri. Kalau nak diterima lepas mati nanti sebagai hamba Allah, semasa hidup ini kenalah jadi hamba Anak-anak Penjajah. Kalau masa hidup ni tak sanggup jadi hamba Anak-anak Penjajah tu, lupakanlah hajat nak jadi hamba Allah lepas mati nanti.!!

Jangan salah pilih sebab hidup didunia ni bukan lama, kalau diperhambakan Anak-anak Penjajah tupun, bila mati nanti bebaslah.

Kalau nak selamat hidup didunia dan diakhirat kena setia pada Allah dan RasulNya. Tentu Allah akan tolong kita lawan Anak-anak Penjajah tu!!!! Tentu Allah akan tolong hambaNya mempertahankan Tanah Sekangkang Kera ini.

Yang runsing selalu,

Cucu Datuk dan Nenek

© AskMe 2005/2011

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: