Putera Klasik

Fikirkanlah…Renungkanlah

Hadi Dimana?

Hadi merasa sangat serba salah. Ayah Ida pernah membuat janji kepada anak Datuk Penghulu.

Malam tadi Hj Syukur mengingatkan Ibu Ida tentang janji itu. Hj Syukur kata anaknya Syukri menuntut supaya janji di tunaikan.

Syukri seperti yang di ketahui orang kampung memang garang orangnya. Jika tiba berangnya, tidak akan peduli apapun.

Jika dia mahukan sesuatu pasti akan di perolehinya. Begitulah tegasnya. Kata mesti di kota. Janji pasti di tunaikan.

Bertuahlah orang yang menjadi sahabatnya. Pasti akan dibelanya. Malang jika menjadi musuhnya, sampai ke lubang cacing akan di burunya.

Hadi sesungguhnya kasih kepada Ida tetapi dia mahu mendapatkan Ida dengan keredaan Ibu Ida.

Tiada dalam pertimbangan untuk melarikan anak orang. Tentu kecewa ibu dan ayah jika dia bertindak sebegitu.

Dia kasihkan Ida tetapi dia lebih mengasihi ibu dan ayah yang tentunya akan terluka dan merasa malu.

Memang mereka saling merasa kasih, namun Hadi sedar kebahagiaan bukan miliknya untuk di beri kepada Ida.

Jika mengambil Ida dengan cara durhaka pasti Allah tidak akan mengurniakan kebahagiaan kepada mereka.

Walaupun seumur hidup boleh melarikan diri dari Syukri tetapi rasa bersalah dan penyesalan akan mengiringi hidup mereka hingga ke liang lahad hingga ke akhirat.

»
Ida,

Sesungguhnya Hadi cintakan Ida. Hadi ingin membahagiakan Ida. Harapan Hadi jika kita berkahwin, semoga kekal berbahagia di dunia dan di akhirat.

Hadi ingin mengambil Ida berserta keredaan Ibu Ida. Berserta restu ayah dan Ibu Hadi. Hadi tak sanggup melukakan hati mereka. Memalukan mereka.

Ida,

Walau ke ceruk mana dunia kita bersembunyi nanti, walaupun kita boleh lari dari Syukri namun hukuman Allah itu pasti dan pasti pantas turunnya kepada anak durhaka.

Hadi tak mahu Ida terkorban. Membuang Ibu dan saudara kerana Hadi. Cinta Hadi kepada Ida tidaklah seagung itu sehingga boleh mengatasi semua ketentuan dan hukum Allah.

Hadi doakan Ida berbahagia. Ida pasti akan melupakan Hadi nanti.

Maafkan Hadi. Selamat Tinggal.

Berlinangan airmata Hadi menulis surat. Menitis ke atas lembaran kertas.

Ya Allah….bisik hatinya.

Keesokan harinya, Hadi menghantar surat itu ke rumah Ida.

Hadi pantas pergi. Dia tidak mahu memberi peluang kepada Ida untuk merayu kepadanya. Dia takut tewas nanti dengan rayuan Ida.

Hadi memandu meninggalkan kampung. Dia ingin pergi jauh. Jauh dari Ida.

Memang Ida boleh memburunya tetapi ini bumi Allah. Kemana dia laripun dia tetap berada di bumi Allah. Ida pasti tak dapat mencarinya.

Hadi lari kepada Allah bukan lari dari Allah. Hanya Allah yang boleh memujuk hatinya yang remuk redam.

Ya Allah…selamatkan kami. Pelihara kami dari mendurhaka kepada-Mu.

Ya Allah..bahagiakanlah Ida. Jadikan dia cepat melupakan aku.

Ya Allah aku datang kepadamu. Selamatkan aku….selamatkan kami.

Hadi memandu laju memasuki lebuhraya. Hadi memandu laju sekali. Segalanya nampak bergerak perlahan kepadanya.

Tiba-tiba Hadi terdengar suara Ibunya. Hadi pantas berhenti ke tepi.Hadi memanggil Ibunya. Memanggil Ayahnya.

Memanggil Allah.Memanggil Rasulullah.

Hadi menangis semahunya di tepi lebuhraya. Tiada siapa mendengar. Hanya Allah dan Rasulnya yang tahu.

Hadi pengsan.

Hadi terjaga dari pengsan. Dia sedang berada di depan sebuah resort. Dia tak tahu bagaimana dia sampai di situ.

Hadi keluar. Mendapatkan bilik.
Hadi merebahkan dirinya ke atas katil dan terus terlelap.

Ya Allah. YA Mukmin Ya Muhaimin.
Hadi di tidurkan Allah sehingga ke pagi hari Jumaat. Sesungguhnya Allah tidak membenarkan hambanya yang lari kepada-Nya tersiksa oleh suatu apa pun

Hadi terjaga. Mandi dan bersolat subuh. Dia merasa tenang. Kesedihan hanya tinggal samar-samar di sudut hatinya.

Dia mendoakan Ida tadi. Dia mengembalikan segala persoalan kepada Allah.

Sesungguhnya segalanya adalah ketentuan Allah.

Di ufuk timur suria mula memancar.
Hadi terasa sangat lapar.Hadi memilih duduk di anjung melihat matahari terbit.

Suasana dingin di pergunungan mendamaikan Hadi. Ini kali pertama dia sampai ke sini.

Dia pernah dua kali ke Cameron Highland. Genting Highlands dah biasa pergi. Bukit Frazer inilah kali pertama. Allah membawanya ke sini.

Hadi biasanya mengagumi pemandangan laut. Hari ini kekaguman melihat langit dan pergunungan pula.

Maha Besar Allah. Mencipta keindahan sebegini.

Selepas sarapan dia bermenung di puncak berhampiran. Masih ada samar-samar kesedihan di hatinya.

Kekasih..

Jangan kau katakan aku tak setia
Bila aku mengundurkan diriku.

Jangan kau sangkakan aku tak menyinta bila aku ucap selamat tinggal kepadamu

Demi cintaku kepada dirimu
Ku tak ingin kau tersiksa nanti

Demi kasihku kepada dirimu
Ku rela lepaskan kau kepadanya

Kerana

Ku tak ingin kau terkorban
Demi cinta kepadaku

Ku tak ingin kau mendurhaka
Kepada Ayah dan Ibumu keranaku

Pergilah kepadanya
Kerana pasti kau bahagia nanti
Dengan restu Ayah dan Ibu

@Putera Klasik

Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

2 responses to “Hadi Dimana?

  1. Pingback: Hadi Dimana? | Alam Putera

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: