Putera Klasik

Fikirkanlah…Renungkanlah

Mereka Guna Cara Halus

Inilah ungkapan yang kerap saya dengar, dilafazkan oleh orang agama. Anak-anak muda terdorong menukar agama kerana mereka guna cara halus.

Jadi kenapa kita pula guna cara kasar?

Kita menakutkan dengan siksa neraka. Bukan itu saja, kita juga menjadikan kehidupan dunia bagai neraka. Semuanya salah, semuanya tak betul. Nanti masuk neraka!

Cara dan gaya kita pula kasar dan garang. Muka jarang yang manis. Maklumlah yang datang mengadu kepada kita ahli neraka semuanya.

Orang lain itu bergerak dengan kasih sayang, agama mereka agama kasih sayang.

Agama kita agama hukum. Jangan nanti masuk neraka! Berterusan kita, berkeras kita! Hudud!hudud! hanya hudud! yang boleh selesaikan masalah umat! Sampai berkelahi sesama kita, kafir mengkafir!

Orang lain itu tiap kali terdengar gendang hudud dipalu terus saja berhujah, Islam itu keras! Orang Islam tidak boleh bersatu! Suka bergaduh! Suka mengganas! Terrorist!

Orang Islam, agama sendiri pun tidak boleh faham. Tuhan orang Islam suka orang masuk neraka, hidup susah, hidup miskin!

Ikut kami. Tuhan kami tuhan kasih sayang! Anak tuhan boleh tolong kita! Mesti masuk syurga!

Anak terlanjur. Berbadan dua sudah. Mahu mengadu pada siapa? Emak lambat laun bersimpati juga akhirnya. Ayah? Siap ambil parang, nak dibunuh anak itu. Mujur Emak dapat menghalang. Bengkak kepala Emak seminggu tak surut. Segal sudah sebulan masih terasa.

Keluar kau dari rumah ini! Kau bukan anak aku lagi! Seminggu Ayah tidak ke surau. Malu bukan kepalang.

Anak tak tahu ke mana diri mahu dibawa. Mujur dalam kepiluan, terjumpa seorang manusia yang amat memahami. Janet namanya.

Mahu dibuangnya anak itu. Janet kata jangan. Kita semua anak tuhan. Nanti kita cari bapa untuk anak ini. No problem!

Awak bila sudah baik nanti kita boleh bagi kerja. Baby sama-sama kita jaga. OK? Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

One response to “Mereka Guna Cara Halus

  1. askme September 12, 2012 at 12:20 am

    Awak jangan bimbang, Kami boleh jaga Kebajikan awak dan anak awak. Sampai masa nanti awak buat kerja awak. Kita negara Kebajikan

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: