Putera Klasik

Fikirkanlah…Renungkanlah

Dongeng warisan Melayu – Singapura dilanggar todak

Pada suatu ketika beratus-ratus tahun dahulu Singapura telah diserang ikan todak. Secara tiba-tiba, beratus-ratus ikan todak melompat ke arah pantai Singapura dan menikam ramai rakyat Singapura yang sedang berada di tepi pantai. Ramai rakyat Singapura mati terkena tikaman todak hingga keadaan darurat berleluasa di seluruh negeri.

Sultan yang merajai Singapura amat terperanjat dengan berita serangan todak ini. Baginda pun pergi ke pantai untuk melihat sendiri malapetaka yang telah menimpa negeri itu. Baginda berasa sedih kerana melihat ramai rakyat jelata mati dibunuh oleh ikan todak.

Untuk mengatasi masalah ini, baginda memerintahkan rakyatnya berkubukan betis di sepanjang pantai agar ikan-ikan todak tidak lagi dapat menyerang. Malangnya, lebih ramai pula rakyat yang mati apabila kaki-kaki mereka ditikam oleh ikan todak.

Pada waktu itu juga hidup seorang kanak-kanak lelaki yang pintar lagi cerdas bernama Hang Nadim. Hang Nadim pada ketika itu baru berusia tujuh tahun! Setelah menyaksikan serangan kejam ikan todak ini, Hang Nadim pun mempunyai buah fikiran untuk melawan serangan ikan-ikan todak yang kejam. Tanpa berlengah lagi, Hang Nadim pun memohon menghadap Sultan Singapura yang telah mati akal dan tidak lagi dapat memimpin negerinya dengan baik.

“Tuanku, patik rasa jika kita terus menyuruh hamba rakyat menggunakan betis mereka untuk menahan serangan ikan todak, lebih ramai rakyat Singapura yang akan mati Tuanku,” sembah Hang Nadim ke hadapan Sultan.

“Hai si kecil, adakah kamu mempunyai cadangan yang lebih baik untuk beta?” Sultan pun bertanya kepada Hang Nadim.

“Ya Tuanku! Patik rasa adalah lebih baik jika kita menggunakan batang-batang pisang untuk melawan serangan ikan-ikan todak itu,” jawab Hang Nadim.

“Batang pisang? Bagaimana caranya wahai Hang Nadim?” tanya Sultan dengan penuh hairan.

“Kita boleh menggunakan batang-batang pisang sebagai kubu di sepanjang pantai negeri kita. Apabila ikan-ikan todak menyerang, jongor todak akan terlekat pada batang pisang. Apabila ikan-ikan todak ini sudah terlekat, nah rakyat sekalian boleh menetak kesemuanya hingga mati,” hujah Hang Nadim.

Apabila kata-kata Hang Nadim didengar oleh Sultan Singapura, baginda sedar akan kebenarannya. Tanpa berlengah lagi, baginda pun memerintahkan semua rakyat negeri itu untuk menanam batang-batang pisang di sepanjang pantai untuk dijadikan kubu.

Akhirnya, terbukti buah fikiran Hang Nadim berjaya mendatangkan hasil dan ikan-ikan todak semuanya berjaya ditewaskan dan negeri Singapura akhirnya terselamat.

 

Sultan Singapura berasa sungguh gembira dan baginda pun menghujani Hang Nadim dengan hadiah-hadiah yang istimewa. Baginda amat bersyukur kerana negeri Singapura dikurniakan dengan seorang kanak-kanak yang sungguh pintar lagi cerdas.

Malangnya, para pembesar negeri itu berasa sangat iri hati dan dengki dengan kepintar-cerdasan Hang Nadim. Mereka takut kalau-kalau Hang Nadim akan mengambil tempat mereka sebagai penasihat di-Raja dan kelak Hang Nadim akan menjadi lebih berpengaruh dan lebih berkuasa berbanding mereka.

“Budak lelaki ini masih kecil tetapi dia sungguh bijak. Apabila dia besar nanti, tentu akan menjadi lebih bijak. Aku yakin Sultan akan mengambilnya sebagai penasihat tertinggi baginda,” kata Tun Bendahara yang menjadi ketua kepada para pembesar negeri yang lain.

“Hang Nadim mesti dibunuh, saudara-saudaraku! Aku akan memujuk Raja untuk membunuh budak itu dengan sokongan kalian semua,” tambah Tun Bendahara dengan marahnya.

Para pembesar negeri pun bersepakat untuk menghasut Sultan agar membunuh Hang Nadim. Mereka menasihati Sultan agar membunuh Hang Nadim yang pintar cerdas itu kerana takut apabila besar kelak, dia akan menjadi lebih cerdik. Malah, mereka berjaya menyakinkan Sultan jika Hang Nadim menjadi lebih pintar cerdas dan mencapai umur remaja, nescaya mahkota Sultan pun akan cuba dirampasnya.

Mendengar hasutan para pembesar negeri yang tidak berasas itu, Sultan Singapura dengan serta-merta menjatuhkan hukuman bunuh tanpa usul periksa ke atas Hang Nadim, walaupun Hang Nadim telah berjasa kepada negeri Singapura.

Dengan kejamnya, Hang Nadim diikat dengan rantai besi lalu dihumban ke dalam laut hidup-hidup. Semua rakyat negeri Singapura berasa sungguh sedih dengan kematian Hang Nadim akan tetapi mereka semua berasa terlalu takut dan tidak berdaya untuk melakukan apa-apa usaha untuk menentang kezaliman itu.

Hari ini tinggallah nama Hang Nadim dalam lipatan sejarah dunia di sebelah sini, sebagai si kecil pintar cerdas yang telah menyelamatkan negara Singapura dari serangan todak tetapi jasanya yang amat besar dibalas dengan kekejaman dan kezaliman tanpa pembelaan.

Comments

Pada pendapat saya, iri hati dan dengki adalah sifart semulajadi orang melayu dari turun temurun…Sifat Sultan Singapura itu menunjukkan penganiyaan terhadap kanak2 genius…ia juga seperti yang dilakukan oleh regim colpot di Cambodia di mana orang2 genius harus dibunuh kerana tidak mahu ada rakyat yg lebih pintar daripadanya…..kalu tgk movie singapura dilanggar todak….saya sendiri rasa nak mengalir air mata ngan lakonan budak tuh…..bayangkan Hang Nadim memberi ideology untuk mengelak bala ikan todak di tanahair tercinta…akhirnya dibalas seperti ANJING!!!mana tak kalu dalam movie..budak itu diseret mcam anjing ngan tidak berbaju….diseret ngan rantai besi…menghadap ke Sultan..diseret lagi keluar ke istana dan menunjukkan protes rakyat singapura..Hang Nadim yang begitu naive tentang politik2 pemerintahan itu akhirnya menjadi mangsa konspirasi diraja..sebak sanggat bila dengar final word Hang Nadim tuh……sebelum dihumban ke laut hidup2…..kalu dalam movie tunjuk bapa Hang Nadim membuat permbalasan terhadap pembesar istana…dan akhirnya bapa hang nadim juga dibunuh oleh anak bendahara….anak bendahara cuba untuk memperkosa kakak hang nadim pula….tetapi akhirnya anak bendahara itu dibunuh oleh i think tunang / bf kakak hang nadim tuh….finally keluarga2 hang nadim yang masih hidup itu melarikan diri dari Singapura…Melalui cerita ini juga kita dapat lihat…penderaan dan pembunuhan terhadap kanak2 naive ini telah berlaku sejak dari zaman2 dahulu lagi….dari zaman jahiliyah juga….

Posted by: Afeev | Sunday, April 11, 2010 at 05:54 PM

Posted by: Teech Airil Haimi | Saturday, July 03, 2010 at 04:57 AM

cerita ini mengingatkan saya tentang kehidupan orang lama pada zaman dahulu kala.Benar ia sungguh menyedihkan apabila seorang budak kecil yang telah berjasa kepada tanah air sendiri akhirnya mati kerana sifat iri hati oleh orang lain.diikat bersama rantai besi,diheret dan dihumban hidup-hidup ke dalam lautan .Air mata saya jatuh bercucuran apabila menonton cerita ini .saya yakin cerita ini banyak memberikan penganjaran pada kita yang menonton cerita ini .oleh itu kita sebagai orang melayu haruslah pandai membuat keputusan dan keputusan yang dibuat tu bukanlah dari orang lain .orang lain hanya layak memberi pandangan .

sekian.

Posted by: aishah roslan | Thursday, January 26, 2012 at 03:30 PM

TERIMA KASIH Afeev dan Aishah,

Memang banyak yang boleh kita ambil pedoman daripada kisah Hang Nadim ini. Yang elok ada, yang buruk pula – banyak.

Yang paling utama kita perlu raikan si kecil yang boleh berfikir jauh dan kita perlu sokong dan dorong mereka ke hadapan.

Kita didik mereka supaya sayangkan ilmu pengetahuan dan supaya kelak mereka menjadi aset kepada komuniti, masyarakat dan negara.

Salam hormat saya,
-teech-

Posted by: Airil Haimi @ Teech | Sunday, March 25, 2012 at 07:10 PM

 

http://teechconsult.typepad.com/kids/2010/01/dongeng-warisan-melayu—singapura-dilanggar-todak.html

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: