Putera Klasik

Fikirkanlah…Renungkanlah

Lu Birintilah…

Semasa masih agak muda dulu saya pernah kerja kilang. Dihari pertama lagi saya bertanya dimana surau? Rupanya tiada surau. Pada hari pertama itu saya solat dicelah-celah timbunan stok beralaskan kotak.

Saya bersoal jawab dengan kerani(Melayu) Pihak kilang akhirnya memberi ruang untuk dijadikan surau. Itupun selepas saya ancam untuk melapurkan kepada pihak berkuasa.

Tandas yang dijadikan stor saya jadikan surau.

Bukan setakat itu sahaja. Jadual kerja tidak langsung mengambil kira waktu solat. Waktu rehat tengahhari dari jam 12 hingga 1. Hari Jumaat jadual masih sama.

Kerja kilang, gaji kecil. Kalau nak pergi solat Jumaat boleh tapi kena potong gaji. Saya akur,potong pun potonglah. Namun demikian kelewatan saya masuk semula menimbulkan masalah pada pekerja lain. Dengan mesin yang terus berjalan, ketiadaan saya menjejaskan prestasi bahagian saya. Mereka tak menang tangan.

Saya berjumpa lagi pihak pentadbir meminta supaya waktu rehat pada hari Jumaat dipanjangkan. Mereka kata nanti akan dibincangkan dengan pihak atasan.

Saya tak lama bekerja disana. Hari sebelum Tahun Baru Cina, pihak kilang menjamu para pekerja. Memang meriah, para pekerja dapat angpau,banyak juga.

Saya hanya mampu memandang dengan penuh kekesalan, pekerja yang majoritinya Melayu, makan dan minum semua yang dihidangkan.

Anak tuanpunya kilang mendekati saya. Muda lagi orangnya. Dengan nada separuh memujuk dan separuh mengugut dia meminta saya berhenti sahaja. Kehadiran saya menyulitkan pihak kilang. Katanya permintaan saya hanya akan menjejaskan perjalanan kilang.

Lagipun katanya,” Lu tengok itu olang suma, suma pun suka kirja sini. Lu satu olang saja semayang, itu olang suma kita bagi time semayang jumat serupa lulu, suma pun mana ada pegi ,tidur dalam itu sulau!Baik terus kirja. Kilang untong sumapun lapat bonus. Lu birintilah…cari lain kirja.”

Bila dikenang semula, jelas pada saya kerugian pekerja dikilang itu. Dunia yang dikejar tak seberapa pun. Akhirat pula entah apa nasib mereka. Mudah-mudah kehadiran saya yang singkat itu, mencetuskan sesuatu kepada mereka.

Itu dulu, sekarang ke mana pergi pun ada masjid, surau, musolla. Alhamdulillah.

Akan datang bagaimana?…Mudah-mudahan kalau tidak bertambah nikmat, biar berkekalan nikmat yang sudah ada ini. Mudah-mudahan tidak dicabut Allah S.W.T dari kita.

Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

One response to “Lu Birintilah…

  1. Kembara Putera January 17, 2015 at 2:42 pm

    Dari Atas sampai ke Bawah. Siapa bagi Gaji? Komisen? Sumbangan? Mahu terjual Agama dibuatnya. Nak Hidup kan?

Leave a comment