Putera Klasik

Fikirkanlah…Renungkanlah

Koperasi Grabasdah

Penagihan dadah merupakan suatu penyakit masyarakat yang sehingga kini tidak ditemui penyelesaiannya. Usaha pembasmian melibatkan banyak pihak masih menemui jalan buntu. Berdasarkan statistik bangsa Melayu merupakan golongan paling ramai terlibat dengan dadah.

Baru-baru ini kerajaan mengumumkan suatu inisiatif yang membabitkan para gradudah ini. Cadangan yang dikemukakan adalah supaya para gradudah ini diserap ke sektor perladangan. Suatu idea yang baik. Asalkan tidak diperhambakan golongan yang malang ini cukuplah. Susulan dari itu disini ingin dicadangkan suatu mekanisma perlaksanaan untuk dipertimbangkan oleh semua pihak.

PROJEK SEMAI KASIH TUAI BUDI

Projek ini terbuka kepada semua gradudah. Pada peringkat pertama, penyertaan para gradudah adalah secara sukarela. Mereka perlu mendaftar di secretariat PSKTB yang berdekatan.

Golongan pertama ini bolehlah dikategorikan sebagai gradudah insaf.

Golongan gradudah seterusnya adalah gradudah yang diperolehi melalui tangkapan. Mereka ini lebih tegar dengan ketagihan mereka. Tentu sekali pendekatan untuk memulihkan mereka agak keras berbanding golongan pertama.

Golongan seterusnya adalah gradudah yang diserap dari pusat serenti seluruh negara.

Projek ini melibatkan kos yang besar dan memerlukan komitmen yang tinggi semua pihak. Para gradudah perlu membayar untuk kos rawatan mereka. Namun memandangkan mereka ini tiada sumber pendapatan yang tetap maka sebuah tabung khas ditubuhkan untuk mereka. Tabung ini mendapat sumbangan orang ramai dan peruntukan Kerajaan.

Para gradudah akan diberi pinjaman untuk kos rawatan mereka yang mungkin memakan masa selama tiga bulan hingga enam bulan.

Fasa 1                                

MENERIMA RAWATAN

Program-program semasa rawatan akan melibatkan mereka dengan  kerja-kerja ladang pada tahap-tahap tertentu. Mereka ini tidak boleh dibiarkan merayau jauh dari kawasan.

Kerja-kerja mereka pada peringkat ini lebih ditumpukan ke tapak-tapak semaian dan kerja-kerja menggembur tanah.

Penyertaan mereka diladang pada peringkat rawatan ini, menjadi sebahagian dari aturcara rawatan mereka.

MEKANISMA RAWATAN : Sila tanya Prof. Dr. Sir Mugeni b Samerin.

Fasa 2

MEMBINA SEMULA KEHIDUPAN

Memandangkan mereka meminjam untuk kos rawatan, tentu sekali mereka perlu membayar semula. Pada fasa 2 ini para grabasdah akan diserapkan ke jawatan tetap. Mereka akan mendapat gaji untuk kerja-kerja mereka. Keseluruhan gaji mereka akan dimasukkan ke dalam akaun mereka di sistem perbankan yang telah ditetapkan. Akaun mereka akan diuruskan oleh pemegang amanah yang dilantik.

Fasa 3

MENEMUI MASYARAKAT

Setelah sekian lama terpinggir dari masyarakat, para grabasdah, akan dibawa ke tengah masyarakat. Penampilan mereka adalah melalui pasar tani. Mereka akan berinteraksi dengan masyarakat melalui jualan hasil tani mereka.

Sudah tiba masanya mereka juga boleh mendapat keuntungan dari perniagaan.

Fasa 4

PELUANG MENINGKATKAN KERJAYA

Koperasi yang ditubuhkan dan anak-anak syarikatnya akan menyediakan peluang pekerjaan selain dari sektor perladangan.

Melalui kursus dan latihan, para grabasdah akan diserapkan pula ke pelbagai jawatan lain. Para grabasdah sebenarnya terdiri dari mereka yang memiliki berbagai kebolehan. Melalui program pendidikan yang dirancang dengan betul, mereka boleh meletakkan semula diri mereka dalam bidang-bidang lain yang menepati potensi sebenar mereka.

Fasa 5

MENGEMBALIKAN KEHIDUPAN

Para grabasdah yang selama ini mati, akhirnya hidup semula. Dikala ini segala hak dan milik mereka akan dikembalikan. Kembalinya mereka ke pangkuan masyarakat akan turut mengembalikan tugas dan tanggungjawab mereka sebagai anggota masyarakat yang berperanan.

KOPERASI GRABASDAH

Sebuah koperasi akan ditubuhkan untuk mereka. Koperasi ini memiliki saham dalam semua syarikat perladangan dan perkilangan dimana mereka terbabit sebagai tenaga kerja. Selain dari itu beberapa anak syarikat akan ditubuhkan oleh Koperasi.

Melalui akaun koperasi, simpanan para peserta akan meningkat.

MEKANISMA AKAUN PESERTA

Kesemua gaji peserta akan dimasukan kedalam akaun. Sepertiga akan dibayar kepada mereka oleh pemegang amanah yang dihantar kepada mereka setiap bulan. Mereka juga akan menerima penyata untuk akaun mereka.

Sepertiga dari gaji mereka akan disimpan terus untuk mereka. Manakala sepertiga lagi akan digunakan untuk membayar pinjaman mereka. Mereka akan menerima resit untuk pembayaran semula pinjaman ini.

Semua transaksi harus berjalan mengikut prosedur yang telah ditetapkan.

KOS PENTADBIRAN SEKRETARIAT

Pengurus tabung diberi kuasa untuk membuat pelaburan. Segala keuntungan yang diperolehi akan melipat gandakan jumlah simpanan tabung ini. Jelas disini segala kos untuk melaksanakan program ini akan dapat ditanggung.

Pelaburan dari tabung ini adalah melalui KOPERASI GRABASDAH.

Sumbangan orang ramai dan peruntukan kerajaan diperlukan untuk memulakan tabung ini. Selanjutnya tabung ini pula akan menyumbang kepada lain-lain program yang dijalankan.

TABUNG INI SELANJUTNYA BOLEH DIGUNAKAN UNTUK MENGATASI LAIN-LAIN PERMASALAHAN DALAM NEGARA.

BELIA DADAH HIDUPNYA GUNDAH, MASYARAKAT RESAH.

 

© AskMe

Masih relevankah tulisan ini?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: