Putera Klasik

Fikirkanlah…Renungkanlah

Graduan Menganggur

Sering kita merasakan telah dapat merumuskan suatu kaedah yang pada pandangan kita amat ideal dilaksanakan. Namun realitinya acapkali juga matlamat tidak dapat dicapai.

Dimana salah dan dimanakah silapnya? Segala tenaga, fikiran, masa dan perbelanjaan yang selalunya bukan sedikit akhirnya membazir begitu sahaja.

Sekadar renungan, mutakhir ini perangkaan pengganguran graduan berada pada tahap yang amat membimbangkan.

Dalam pada melaungkan kebanggaan kepada kejayaan membangunkan negara ke tahapnya hari ini, kita pada masa yang sama tidak dapat menyediakan peluang pekerjaan kepada mereka ini.

Kita sepakat akhirnya menyeru kepada para graduan ini malah menyalahkan pula para graduan ini supaya jangan terlalu memilih.

Suatu persoalan, pengganguran yang berlaku ini adakah melibatkan juga graduan anak-anak bangsa lain dinegara ini khususnya anak-anak bangsa Cina? Jika tidak, mengapa tidak?

Saya tidak mahu menjawab soalan ini secara terus, cukuplah jika dapat dipertimbangkan kenyataan berikut oleh semua pihak yang ingin memainkan peranan lebih proaktif ke arah penyelesaian yang sebenar.

Dalam usaha kita untuk menyediakan peluang pekerjaan, tidak dapat tidak kita perlu terlebih dahulu merumuskan suatu kaedah yang berkesan bagaimana untuk membangunkan dahulu lebih ramai majikan.

Hakikatnya majikan yang terdiri dari bangsa kita adalah sangat sedikit jumlahnya. Apatah lagi yang memiliki industri yang dapat mewujudkan ratusan malah ribuan peluang pekerjaan.

Saiz industri milik bumiputera Melayu lazimnya bersaiz kecil dan sederhana. Peluang pekerjaan yang boleh ditawarkan juga adalah dalam bilangan yang terhad.

Lebih terhad lagi peluang yang dapat disediakan untuk graduan kita dalam industri bersaiz begini.

RENUNGAN

Anak-anak bangsa Cina lebih mudah memperolehi pekerjaan yang setaraf dengan tahap pendidikan mereka, kerana majikan yang mengambil mereka terdiri dari industri yang bertaraf konglomerat.

Keutamaan oleh pemilik syarikat-syarikat besar ini ketara cenderung kepada calun-calun yang boleh berbahasa Mandarin bagi mengisi jawatan-jawatan penting dalam syarikat.

Jika kecendurungan ini berterusan maka tidak mustahil menjelang tahun 2020, anak-anak bangsa Melayu akan terhad peluang pekerjaan mereka kepada hanya mengisi jawatan peringkat bawahan semata-mata.

Bangsa Cina semakin ketara mendesak supaya segalanya mengikut Merit. Ternyata mereka telah berada jauh didepan. Dimana tahap kita sekarang?

Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: