Putera Klasik

Fikirkanlah…Renungkanlah

Globalisasi


Dalam usaha untuk menghadapi saingan yang dijangkakan dari syarikat-syarikat asing, Kerajaan telah menggesa syarikat-syarikat kita bergabung.

Penggabungan ini membawa kepada penyatuan dana dan sumber yang lebih besar. Besar mana pun syarikat kita, takkan dapat menyaingi aset dan aset tunai orang

The way I see it….

Penggabungan bermakna kita meningkatkan kos operasi dan pentadbiran. Jika kita gagal mempertahankan syarikat-syarikat kita, penggabungan yang dilakukan hanya memudahkan syarikat-syarikat kita diambil alih di kemudian hari!!!

Kononnya kita akan dapat menembusi pasaran dunia yang lebih luas. Hakikatnya globalisasi menjadikan pasaran domestik menjadi semakin kecil. Kita boleh ketempat orang mencari keuntungan, orang lain pula berhak datang kesini juga mencari keuntungan.

Hakikatnya, untuk pasaran domestik kita terpaksa berhempas pulas untuk mengaut keuntungan.

KOS OPERASI MENINGKAT TETAPI ‘TURNOVER’ KITA SEMAKIN RENDAH.

Dibimbangi kita tidak dapat menampung overhead yang semakin tinggi, kerana organisasi kita telah menjadi besar melalui penggabungan.

OK LAH…. Bagi menjana lebih pendapatan, kita meningkatkan eksport. Hasil keuntungan yang dibawa pulang, kita dapat menampung kos operasi syarikat dalam negara.

Memandangkan kita terpaksa menjual pada harga yang berdaya saing (murah) maka kita terpaksa menjual dengan lebih banyak (volume).

China memiliki tenaga buruh yang teramat ramai. Kos mereka terlebih murah.

Cuba perhatikan kedai-kedai RM2.00 yang ada dimerata-rata itu. Boleh kita saingi mereka?

Jangan lupa…Pasaran domestik kita semakin kecil kerana terpaksa bersaing dengan lebih banyak syarikat asing. Pasaran domestik orang pun begitu juga, menjadi lebih kecil.

Syarikat kita merupakan syarikat asing dinegara orang.Jika pengguna dinegara orang lebih setia dari pengguna kita, kita hendak menjual pada siapa?

Bagaimana pula jika negara pasaran eksport kita bermasalah? Tiba-tiba dituduh itu ini oleh Amerika? Nak jual ke mana lagi?

Mesin PROPAGANDA BARAT boleh sahaja dimainkan untuk menjatuhkan nilai produk kita. Banyak duit kita nak menentang propaganda media mereka?

Menjual di tempat orang juga melibatkan kos. Kos yang tinggi disebabkan oleh ‘shipping cost’ terutamanya.

Bagaimana pula jika atas sebab-sebab tertentu penghantaran kita ke luar negara terganggu? Kapal yang membawa barangan kita tenggelam. TAK TAHU SIAPA PUNYA ANGKARA? SIAPA LANUN? Kapal orang tak diusik pun.

Disebabkan kemalangan-kemalangan seumpamanya pendapatan ekspot kita terjejas. Pasaran domestik kita dikuasai orang. Syarikat kita dah jadi BESAR overheadnya. Pengguna kita terlalu berminat membeli produk import, Turnover kita tidak dapat menampung overhead kita yang dah BESAR. Hutang pun dah BESAR!!

Sudahnya kita bergabung pula dengan syarikat asing. Ok lah syarikat dari negara sahabat. Untuk survival, rakan kita dalam negara akan bergabung dengan rakan sebangsa dari negara sahabat.

Melayu duduk mana?

SO…?

Dalam sukan kita hanya jaguh kampung. Dalam bisnis kita jadi jaguh diluar negera tapi tewas dinegara sendiri?

HAKIKATNYA. Dunia semakin kecil jadinya. Dimana dibumi ini tiada pengaruh Amerika? Kerajaan mana di dunia ini yang tidak tunduk kepada Amerika?

Siapa diluar sana yang akan memenangkan kita? Ditanahair sendiri pun rakyat (pengguna) tidak memenangkan syarikat kita. Ditanahair orang boleh jadi milik kita?

PASTIKAN DAHULU PASARAN DOMESTIK ADALAH MILIK KITA!!! ADA LEBIHAN BARU KITA EKSPORT, SEMENTARA BOLEH….

ELAKKAN BERSAING SESAMA SENDIRI. SEBALIKNYA HASILKAN PRODUK YANG SALING LENGKAP MELENGKAPKAN SATU SAMA LAIN.

JUAL KUALITI!! JUAL SEDIKIT TAPI UNTUNG SAMA DENGAN (JUAL BANYAK TAPI MURAH.)

Jangan apabila sudah terlambat baru nak diselamatkan pasaran domestik!!!

Petikan sabda Nabi dalam sebuah hadis, ” …..ikat dahulu unta itu, kemudian bertawakallah…”

»Masih relevenkah catatan ini?

Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: