Putera Klasik

Fikirkanlah…Renungkanlah

Greed System

Sistem ekonomi yang menggerakkan dunia hari ini adalah berdasarkan Greed System yakni Sistem Tamak Haloba.

Greed System menjadikan sifat tamak haloba yang ada pada setiap manusia sebagai teras sistem. Memandangkan manusia semakin menjadi tidak beriman, maka sistem ini berjaya menular keseluruh pelusok dunia.

Kejayaan seseorang manusia hari ini diukur dengan setinggi mana HAWA itu dapat diangkat dan sebanyak mana NAFSU itu dapat dipuaskan. Hakikatnya HAWA tidak mahu rendah dan NAFSU itu tak mahu kurang. Bergolaknya dunia hari ini kerana ketidakpuasan dua unsur ini tadi.

Bertelagahnya manusia hari ini kerana memperjuangkan kehendak HAWA dan NAFSU. HAWA bertemu HAWA dan NAFSU bertemu NAFSU maka tiada noktahnya perbalahan sesama manusia. Pihak yang akan menang permainan ini adalah mereka yang telah terlebih dahulu berada dihadapan.

Sampai bila-bilapun kita tidak akan menang dalam permainan ini kerana mereka telah terlebih dahulu dikuasai oleh kedua-dua elemen ini. Mereka malah telah menjiwai hampir segala aspek yang boleh membawa kepada kononnya pemuasan dua elemen ini.

Malangnya umat Islam pun turut terjebak didalam permainan ini. Umat Islam sepatutnya dapat memelihara keutuhan keIslaman mereka hanya dan hanya jika mereka berjaya mengekang hawa Nafsu mereka.

ALLAH akan hanya melindungi kita hanya dan hanya jika kita berjaya mengekang hawa nafsu sendiri. Nabi S.A.W juga pernah bersabda bahawa “jihad yang paling besar adalah jihad melawan hawa nafsu”

Umat Islam yang turut tunduk kepada desakan hawa nafsu ini akhirnya tewas ditangan musuh-musuh Islam yang lebih mahir dalam soal hawa nafsu ini. Mereka hidup dan berbuat apa sahaja tanpa mengenal batas. Matlamat menghalalkan cara…

Hari ini umat Islam berada dipersimpangan. Ke mana selepas ini? Syurga atau Neraka? Tepuk dada tanyalah iman….kalau tanya selera…?
To beat them at this game is to be just like them? Akhirat nanti apa nasib kita?

Kita takkan menang!!!….kerana ALLAH tidak akan memenangkan kita jika kita tewas kepada hawa nafsu. Mengekang Hawa Nafsu membawa kita dekat kepada Allah sedangkan menuruti Hawa Nafsu akan membawa kita jauh dari Allah dan semakin terdedah kepada pelbagai perangkap musuh-musuh Allah.

Pertolongan siapa yang kita harapkan?

Fikirkanlah…Renungkanlah…..
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: