Putera Klasik

Fikirkanlah…Renungkanlah

Ukuran Iman

»Takkan tak ada cara nak tahu sejauh mana kita telah beriman dan beramal? 

Ada barangkali. Saya tak ingat hadis atau firman. Lebih kurang begini.

Dalam bab tegur menegur kita di seru supaya mengubah kemungkaran itu dengan tangan (bukan pukul orang..do something about it) Atau dengan lidah (bukan bertikam lidah) atau dengan hati (doakan) menurut hadis/ayat ini, kalau tindakan kita adalah dengan hati, itulah selemah-lemah iman.

Awak tanya diri awak, dalam banyak perkara apa tindakan awak? Did you do something about it? Mengikut hemat saya,…dalam masyarakat kita yang bertindak dengan hati itulah yang ramai.

Tak berani nak tegur walaupun perkara itu berlaku depan mata…entah-entah mendoakan pun tak ada…lebih kepada mencemuh dan mencaci di belakang orang itu…yelah agaknya. Orang kita suka menceritakan keburukan orang lain dibelakang orang itu. Kalau akhirnya orang itu dapat tahu pun, lepas perkara tu dah jadi buah mulut orang.

Ini bukan caranya mengubah kemungkaran. Kita lebih kepada mengaibkan orang lain. Tujuan kita menegur adalah supaya benda itu tidak mendatangkan aib kepada dia. Kita telah gagal menyelamatkan saudara kita sendiri sebaliknya kita pula menjadi punca orang lain tahu aib dia…Fikirkanlah…

Satu cara lagi adalah dengan melihat kecenderungan diri awak. Cuba nilai semula semudah mana awak boleh membuat kebaikan kepada orang lain. Menolong tanpa terlalu berkira-kira…

Dalam sehari entah berapa kali kita membaca Bismillah tapi setakat baca saja.

Kita yang mengaku sebagai umat Muhammad ini pula, tindak tanduk kita dan kelakuan kita malah segala perbuatan kita tidak menampakkan melalui diri kita kenyataan bahawa Nabi S.A.W adalah Rahmat untuk sekelian Alam dan Allah S.W.T pula Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

»Tak faham…

Maksud saya jika kita telah benar-benar Beriman kepada Allah dan Rasulnya maka akan terzahir melalui diri kita betapa Nabi S.A.W adalah Rahmat untuk sekelian Alam dan Allah S.W.T pula Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

Namun hari ini perilaku umat Islam bercanggah dengan kenyataan ini.

Sepatutnya terzahir melalui kita rahmat yang dibawa Nabi S.A.W dan terzahir melalui kita betapa Allah S.W.T itu Maha Pengasih dan Maha Penyayang.

Perkara ini tak boleh dibuat-buat, Allah yang akan melakukan…dalam perkataan lain..Natijah.

Hari ini kita mengaku menegakkan Agama Islam tetapi hakikatnya kita meruntuhkan..tak terzahir melalui kita kasih sayang Allah….mudah sangat kita menyerang orang lain yang tak sependapat dengan kita…

»Saya masih tak faham….

Islam berkembang bukan melalui keganasan atau keangkuhan tetapi melalui keindahan budi pekerti dan akhlak penganutnya. Islam tak pernah menjajah hanya mengajak….masalahnya hawa nafsu tak mahu dikekang…dan itulah cabaran kita.

Perlu diingat; Allah tidak melihat zahir kamu. Allah menelek Hati.

Kita akan tahu nasib kita hanya selepas kita mati!! Bagaimana boleh kita berlagak sombong dan angkuh didunia yang dipinjamkan ini?

Siapa yang mengesahkan kita ni dah betul?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: