Putera Klasik

Fikirkanlah…Renungkanlah

Ikhlas dan Istiqomah

Amalan saya sedikit saja. Namun saya berterusan mengamalkannya. kalau tahu banyak pun tapi tak beramal..kita menempah celaka sebenarnya.Saya mengambil setakat yang terdaya saya pikul untuk masa ini.

Nabi S.A.W mengambil masa selama 22 tahun 2 bulan dan 22 hari untuk menyempurnakan penyampaian Agama Islam.

Jelasnya disini kita akan mengambil masa seumur hidup kita untuk menyempurnakan Islam itu terhadap diri kita sendiri masing-masing. Meng-Islamkan diri kita adalah suatu perjalanan, a journey. Perlu beransur-ansur. Amalan sebenarnya perlu dipupuk sehingga menjadi ‘habit‘ tabiat.

Matlamat kita adalah untuk selamat kembali kepadaNya. Tujuan kita adalah untuk mendapatkan keredhaanNya. Pengisian hidup kita adalah dengan membuat sebanyak mungkin kebaikan kepada orang lain.

Barangkali saya akan dapat menyempurnakan semua tuntutan Islam itu,…kalau tak sempat at least I know I die trying. Paling penting keikhlasan beramal semata-mata kerana Allah..biar sedikit tapi Istiqamah.

Biar sedikit tapi Ikhlas…

Saya menganggapkan neraka itu sudah pasti untuk saya. Saya sekarang ini sedang berusaha untuk keluar dari neraka. Mudah-mudahan saya dapat keluarkan diri saya dari neraka. Syurga itu pula adalah anugerah Allah.  Allah akan memasukkan saya ke syurga bukan kerana banyaknya amalan semasa hidup.

Segala amalan saya sebenarnya adalah untuk diri saya sendiri. Jika kita semua menyembah/tidak menyembah Dia, tidak akan menambah/mengurangkan Kekuasaan Dia.

Yang penting keredhaan-Nya terhadap saya. Dimana Allah hendak meletakkan saya nanti adalah Dia punya suka.

Ada suatu kisah seorang ahli ibadat menuntut supaya dikira amal ibadatnya, tak mahu masuk syurga sebelum dihitung. Allah kata jangan, itu Aku punya suka. Lelaki tu nak juga supaya dihitungkan. Akhirnya Allah menuntut supaya sebiji mata yang diberi oleh-Nya dibayar dengan 40 tahun ibadah.

Macammana nak membayarnya…? Lelaki itu akhirnya tersungkur meminta ampun.

Setiap hari adalah hari baru untuk saya. Sebarang kebaikan yang ada saya buat pada hari sebelumnya tak wujud lagi. Anggap sahaja tak ada. Lagipun bagaimana kita boleh pastikan kebaikan semalam itu diterima Allah atau tidak. Maknanya serupa tak adalah.

Lupakan kebaikan yang dah dibuat semalam, usahakan yang baru untuk hari ini. Mudah-mudahan jika takdirnya kita mati hari ini,kita sedang berbuat kebaikan bukan kejahatan….bukan kemungkaran.

Dalam hidup ini hanya satu perkara yang pasti…kita pasti mati!! Kita semua bertunang dengan mati!!

Kita akan tahu sejauh mana kita telah beriman hanya selepas kita mati!!!

Malangnya ramai dari kalangan kita, yang berasa diri sebagai orang beramal, orang lain semuanya ahli neraka belaka.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: