Putera Klasik

Fikirkanlah…Renungkanlah

Agama Itu Nasihat

Jika awak mahir dalam satu-satu bab agama itu, awak mempunyai kewajipan untuk menegur dan menasihati orang lain yang kurang mahir dalam bab berkenaan.

Awak takkan boleh mahir dalam semua perkara jadi bersedialah untuk orang lain menegur dan menasihati awak pula dalam bab yang awak kurang mahir.

Anehnya dalam bab agama pun kita boleh jadi angkuh.

Tiada siapa yang sempurna. Setiap kita akan diuji oleh Allah kerana itu penting masyarakat Islam saling ingat-mengingatkan, tegur-menegur dan nasihat menasihati bukan saling menghukum.

Kita sebenarnya perlu saling bantu membantu untuk memenuhi piawaian Allah. Malangnya cara hidup seperti ini semakin hilang dari masyarakat Islam. Kita semakin mendukung Greed System…..terlalu mementingkan diri sendiri…sibuk untuk mencapai ISO itu dan ISO ini..kita lupa bahawa kita perlu berganding bahu bagi mencapai ISO Allah!!!

Hari ini kita dapat melihat betapa lemahnya kita hingga di perkotak katik oleh orang lain.

»Tapi susah nak menegur orang kita. Kalau kena tegur cepat benar melentingnya?

Saya tahu. Sebenarnya yang menegur dan yang kena tegur kedua-duanya tak betul.

»Macammana tu?

Katakanlah yang nak ditegur itu memang sesuatu yang tak betul.Bagaimana cara kita menegur? Orang kita menyamakan menyerang, menghukum dan memalukan itu sebagai menegur. Yang hendak ditegur perbuatannya, bukan peribadinya. Menegur haruslah dengan berhikmah kerana kita sendiri serba kekurangan.

Kita melihat sesuatu perkara yang tak betul pada saudara kita, kita beritahu dia dengan bisik-bisik kepadanya.Maknanya orang lain tak patut tahu. Kaedah ini untuk perkara yang ternyata salahnya.

Bagi perkara yang nampak pelik tapi samar-samar pengetahuan kita. Lain pula cara menegurnya. Ilmu Allah itukan luas! Sebaiknya kita bertanya kenapa dia buat begitu. Jangan sanggah pendapatnya pada masa itu juga. Balik fikirkan. Esok baru kemukakan kemusykilan yang ada. Apapun persoalannya, kesimpulan untuk perkara-perkara samar-samar ini akhirnya adalah terserah kepada masing-masing.

Bahagian kita dan tingkat keimanan kita tak sama. Jangan cuba menjadi Tuhan.

Kita suka sangat menghukum orang lain dengan perkara yang kita sendiri tak pasti.

Seperti cerita orang-orang buta dengan gajah tu…

Kerana itu Nabi S.A.W menganjurkan kesederhanaan dalam serba serbinya. Namun dalam bab kesederhanan ini pun terlalu banyak persepsinya.

Nabi S.A.W telah menyebut betapa umat Islam akan terbahagi kepada 73 tapi hanya satu sahaja yang betul. Yang mana satu yang betul? Siapa boleh menjadi hakim?

Yang marah bila ditegur itu lazimnya adalah orang yang angkuh.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: