Putera Klasik

Fikirkanlah…Renungkanlah

Saling Bantu Membantu

Ruangan FIKRAH Berita Harian 19 Ogos 2003

Daripada Aisyah, katanya Rasulullah saw bersabda;” Hendaklah kamu bekerja dengan baik, bekerja menurut sewajarnya (tidak terlalu memaksa diri) dan bekerjalah dengan gembira kerana amal seseorang tidak akan dapat memasukkannya ke dalam syurga”

Mereka bertanya ” Engkau juga tidak, Ya Rasulullah?” Nabi menjawab; ” Aku juga tidak kecuali jika Allah melimpahkan rahmat-Nya kepadaku. Ketahuilah bahawa amal yang lebih disukai Allah ialah yang tetap dikerjakan, biarpun sedikit”

Berdasarkan hadis ini, ada empat perkara yang perlu diberi perhatian oleh umat iaitu;

•Bekerja adalah sebahagian daripada ibadat. Kita dituntut melakukannya dengan jujur, amanah dan bertanggungjawab.

Allah berfirman ” Wahai manusia! Sesungguhnya engkau sentiasa berpenat lelah (menjalankan keadaan hidupmu) dengan sedaya upayamu, hinggalah (ketika engkau) kembali kepada Tuhanmu. Kemudian engkau tetap menemui balasan apa yang engkau usahakan itu (tercatat semuanya) Surah Al-Insyiqaaq, ayat 6

• Bekerja menurut kemampuan, tidak terlalu memaksa diri.

Ia bermaksud jika kerja itu terlalu membebankan, seharusnya diberikan bantuan atau minta dibantu. Bayangkan, jika seseorang dibebani tugas dan tanggungjawab yang berat, tentu mereka tidak akan berasa gembira, sebaliknya rasa tertekan dan bosan.

Allah berfirman ” Tuhan yang mengaturkan kejadianmu, lalu menjadikan anggotamu sesuai (dengan tujuan yang kerananya diadakan anggota itu) serta menjadikan (binaan tubuh badanmu) sama padan dengan kekuatannya ” Surah Al-Infithaar, ayat 7

Urusan menggembirakan hati manusia lain, menunaikan hajat, melepaskan kesusahan dan memberi bantuan kepada yang memerlukan, adalah lebih baik daripada melakukan sembahyang sunat, puasa, haji serta membaca al-Quran.

Ini berdasarkan keterangan daripada Aisyah bahawa Rasulullah bersabda ” Sesiapa yang menemukan seseorang muslim itu kepada yang berkemampuan menunaikan hajatnya yang baik atau meringankan kesusahannya, maka Allah akan menolong melintasi titian siratulmustakim pada hari akhirat”

• Majikan tidak harus membebankan orang bawahan dengan kerja yang terlalu menyukarkannya.

Mereka bukan saja dituntut supaya menunaikan haknya, malah menjaga hati dan perasaan orang yang dipimpinnya supaya mereka gembira, aman dan tenteram.

Keupayaan menunaikan hajat mereka yang memerlukan adalah nikmat yang Allah berikan hanya kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya.

Justeru kita tidak harus kedekut dengan kekuasaan yang dikurniakan Allah untuk mengagihkan kepada yang memerlukan dalam kehidupan seharian.

Manusia sering menghadapi kepayahan dan kesusahan. Sebagai muslim kita dituntut menanam sikap berkasih sayang sesama insan. Tolong menolong dalam perkara kebaikan dan ketakwaan, menguatkan hubungan dengan berpegang kepada tali Allah dan mengambil berat urusan sesama kita.

• Allah suka pada kerja yang istiqomah, walaupun sedikit.

Ini bermaksud kerja yang dilakukan itu hendaklah dengan teliti, cermat, berhati- hati, tidak tergopoh-gapah mengikut kesesuaian masa yang diberi supaya kerja yang dilaksanakan itu sempurna dan teratur hingga tidak menimbulkan sebarang kesulitan antara kedua-dua pihak.

Kesempurnaan kerja menjadikan kita seronok, puas dan gembira dalam melaksanakan tugas harian.

Dalam salah satu wasiatnya, Sheikh Abdul Qadir Jailani berkata, ” Celaka kamu! Janganlah tergesa-gesa kerana orang yang tergesa-gesa itu berbuat salah atau hampir berbuat salah. Dan sesiapa perlahan, maka dia benar atau hampir mendekati benar. Tergesa-gesa itu daripada syaitan dan perlahan itu daripada Allah Yang Maha Pemurah”

Menunaikan hajat manusia juga termasuk memenuhi jemputan daripada rakan yang jauh. Ini kerana setiap langkah perjalanan itu dikira ibadat.

Daripada Ibnu Umar dan Abu Hurairah katanya Rasulullah bersabda ” Sesiapa yang berjalan untuk menunaikan hajat saudaranya hingga terlaksana, nescaya Allah akan menyediakan baginya 75,000 malaikat yang sentiasa berselawat ke atasnya dan mendoakan kebaikan untuknya pada waktu pagi dan petang. Dan setiap kali kakinya melangkah, dihapuskan dosanya dan dinaikkan darjatnya”- (Riwayat Abu Sheikh dan Ibnu Hibban
)

Posted with WordPress for BlackBerry.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: