Putera Klasik

Fikirkanlah…Renungkanlah

Punca Syaitan Mudah Menghasut

Diambil dari ruangan MIMBAR HARIAN METRO JUMAAT 9 MEI 2003

KETERBUKAAN manusia mengundang kehadiran syaitan ke dalam diri masing-masing dan situasi itu akibat wujudnya sifat mazmumah yang diamalkan dalam kehidupan seharian.

Melalui pelbagai jenis sifat mazmumah itulah samada sedar atau tidak, kita sebenarnya menyediakan ruang kepada syaitan untuk menapak dalam diri.

Firman ALLAH dalam Surah An-Nisa’ ayat 120-121, bermaksud

“Syaitan memberikan janji yang membangkitkan angan-angan kosong kepada mereka. Walhal syaitan itu tidak menjanjikan kepada mereka kecuali tipu daya belaka. Tempat mereka itu ialah dineraka jahanam dan mereka tidak memperoleh tempat untuk lari daripadanya”

Apabila syaitan sudah meraja dalam diri, seseorang individu itu akan sanggup melakukan apa jua perbuatan keji dan mungkar kerana keinginan nafsu akan menjadi sebati dengan sifat jahat syaitan itu sendiri.

Hati, suatu organ istimewa kurniaan ALLAH kepada manusia, pada saat dan waktu itu juga akan mula goyah apabila sedikit demi sedikit syaitan durjana mula merayap untuk menguasai tunjang didalam badan manusia berkenaan.

Lalu, syaitan berlumba-lumba untuk memenangi dan menguasai hati manusia. Mereka akan sedaya upaya menawan hati itu dan memujuk nurani manusia untuk melangar segala perintah ALLAH.

Beruntunglah golongan manusia yang berupaya menangkis godaan maha dahsyat itu. Mengikut ulama, syaitan akan menguasai tubuh badan manusia melalui 10 pintu iaitu;

SIFAT BOHONG DAN ANGKUH

Dua sifat inilah yang amat mudah tersemai dan menyubur dalam diri manusia. Ia berpunca daripada keegoan manusia itu sendiri yang lazimnya akan mudah hanyut ketika dilimpahi kemewahan dan kesenangan.

SIFAT BAKHIL DAN KEDEKUT

Setiap harta benda dan kemewahan yang diperoleh adalah kurniaan ALLAH yang seharusnya dibelanjakan ke jalan yang hak. Ia boleh digunakan untuk membantu kesempitan hidup orang yang memerlukan samada melalui kewajipan berzakat atau bersedekah.

SIFAT TAKBUR DAN BONGKAK

Sifat ini selalunya bertapak dalam diri seseorang manusia yang merasakan dia sudah memiliki segala-galanya dalam hidup ini. Mereka terlupa kesenangan dan kenikmatan yang dikurniakan itu boleh ditarik ALLAH pada bila-bila masa saja.

Surah An-Nahl ayat 23 menjelaskan;

“Sesungguhnya DIA tidak menyukai orang-orang yang takbur”

SIFAT KHIANAT

Khianat yang dimaksudkan bukan saja melalui perbuatan merosakkan sesuatu yang menjadi milik orang lain, tetapi juga mengkhianati hidup orang lain dengan tidak mematuhi sebarang bentuk perjanjian, perkongsian dan sebagainya.

SIFAT TIDAK SUKA MENERIMA ILMU DAN NASIHAT

Rasullullah S.A.W selalu menasihati sahabat baginda supaya menjauhkan diri masing-masing daripada menjadi golongan manusia yang dibenci ALLAH, iaitu golongan yang tidak suka diri mereka dinasihati atau mendengar nasihat orang lain.

SIFAT HASAD

Perasaan hasad dengki selalunya diikuti dengan rasa benci dan dendam yang berpanjangan.Sabda Rasullullah S.A.W bermaksud; “Hindarilah kamu daripada sifat hasad kerana ia akan memakan amalan kamu sebagaimana api memakan kayu yang kering”(Riwayat Bukhari dan Muslim)

SIFAT SUKA MEREMEHKAN ORANG LAIN

Sifat ego manusia ini selalunya akan lahir apabila seseorang individu itu merasakan dirinya sudah sempurna jika dibandingkan dengan orang lain. Orang lain akan dilihat terlalu kecil dan kerdil jika dibandingkan dengan apa yang dia miliki.

Abu Umamah pernah meriwayatkan Rasullullah S.A.W bersabda yang bermaksud;” Tiga kelompok manusia yang tidak boleh dihina kecuali orang munafik iaitu orang tua Muslim, orang yang berilmu dan imam yang adil” (Riwayat Muslim)

SIFAT UJUB ATAU BANGGA DIRI

Menurut Imam Ahmad, sabda Rasullullah S.A.W bermaksud;”Jangan kamu bersenang lenang dalam kemewahan kerana sesungguhnya hamba ALLAH itu bukan orang yang bersenang-senang sahaja.” (Riwayat Abu Naim daripada Muaz bin Jabal)

SIFAT SUKA BERANGAN-ANGAN

Islam adalah anti kemalasan. Orang yang berat tulang untuk berusaha bagi mencapai kecemerlangan dalam hidup akan dipandang hina oleh ALLAH dan manusia. Mereka lebih gemar berpeluk tubuh dan menyimpan impian yang tinggi tetapi malas berusaha untuk memperolehinya.

SIFAT BURUK SANGKA

Seseorang yang suka menuduh orang lain melakukan sesuatu kejahatan tanpa diselidiki terlebih dahulu amat dicela oleh Islam.

Rasullullah S.A.W bersabda yang bermaksud; ” Nanti akan ada seseorang berkata kepada orang ramai bahawa mereka sudah rosak. Sesungguhnya orang yang berkata itulah sebenarnya yang rosak dirinya.” (Riwayat Muslim)

FIRMAN

PATUTKAH manusia menyangka ia akan ditinggalkan terbiar (dengan tidak diberi tanggungjawab dan tidak dihidupkan semula untuk menerima balasan)? – al-Qiamah:36

Posted with WordPress for BlackBerry.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: