Putera Klasik

Fikirkanlah…Renungkanlah

Gejala Sosial

Banyak perkara yang menyumbang kepada gejala sosial yang sering diperkatakan.

Kita sering menyalahkan masyarakat tetapi yang dikatakan masyarakat itu bukankah kita juga?

Setiap kita ada sumbangan samada secara langsung atau tidak langsung kepada keadaan sumbang yang wujud didalam masyarakat kita.

Disamping memperbetulkan segala kesilapan dan ketelanjuran masing-masing,sesuatu perlu dilakukan agar keadaan tidak menjadi semakin buruk.

Sampai bila kita akan hanya melihat dan sekadar menggelengkan kepala.

Apakah kemungkaran dan maksiat yang berlaku didepan mata kita hanya untuk dicemuh dan dijadikan modal politik semata-mata?

Disini suka saya mencadangkan suatu gerak kerja yang boleh kita sama-sama berperanan.

Menegur (menyapa) bukan menghukum!

Ianya ringkas tetapi berkesan. Tak perlu berhujah atau berceramah di jalanan!

Setiap kita perlu memainkan peranan untuk menyelamatkan anak-anak kita.

Sebagai contoh;

“Dik…kenapa pakai macam ni? Kalau adik tutup aurat kan lebih manis?”

Bayangkan perasaan anak-anak ini jika dalam satu-satu hari itu 10 orang menegur(sapa) perkara yang sama! Saya yakin anak ini akan berlari balik ke rumah untuk menukar pakaiannya.

Tak perlu berhujah atau berceramah di jalanan. Tegur(sapa) sahaja! Setakat satu, dua, tiga ataupun sembilan orang, anak-anak ini akan menunjukkan muka masam.

Tak mengapa, jangan tersinggung. Sabarlah.

BERAPA ORANG AGAKNYA YANG PERLU MENEGUR(MENYAPA) UNTUK MENIMBULKAN PERASAAN MALU. 100 ORANG?

MASALAH KITA ADALAH TIADA SIAPA YANG MAHU MENEGUR(MENYAPA)! ANAK-ANAK KITA MERASAKAN IANYA TAK MENGAPA!!

TEGURAN(SAPAAN) YANG MENIMBULKAN RASA TAKUT JUGA BOLEH DIGERAKKAN DENGAN CARA YANG SAMA.

‘ DIK…JANGAN DIK. NANTI KENA TANGKAP POLIS…..!”

Saya bimbangkan masa depan anak-anak saya. Dalam sehari saya bersama mereka hanya untuk beberapa jam, selebihnya adalah terserah kepada masyarakat untuk samada memperbetulkan atau merosakkan anak-anak ini.

Di ketika ini saya tiada bersama mereka. Saya tak tahu dimana mereka? Dengan siapa mereka sekarang ini?

Saya amat mengharapkan saudara-saudara semua akan menegur(menyapa) anak-anak saya sebelum sesuatu tindak tanduk mereka menjadi kebiasaan yang sukar untuk diubah!

“Jika engkau berlaku kasar dan keras, pastilah mereka akan menjauhkan diri daripada kamu” (Surah Ali Imran, ayat 159)

© @AskMe 2005/2011

Posted with WordPress for BlackBerry.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: