Putera Klasik

Fikirkanlah…Renungkanlah

Peniaga Wajar Bekerjasama Wujud Ekonomi Islam

Berita Harian 20 mac 2001

MUAR, Selasa – Peniaga dan pengguna Islam di negara ini perlu bekerjasama bagi mewujudkan sistem perekonomian Islam di kalangan masyarakat.

Tindakan itu wajar bagi mengurangkan pergantungan masyarakat Islam terhadap orang lain dalam menyediakan segala kemudahan dan barangan keperluan kepada mereka dalam kehidupan.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin, berkata umat Islam negara ini tidak boleh lagi menjadi pengguna sepanjang masa.

“Masyarakat Islam kini perlu menjadi pengusaha, pengeluar atau peniaga, yang dapat bersaing dengan bangsa lain supaya kita boleh mewujudkan sistem perekonomian Islam di kalangan masyarakat kita.

“Masyarakat Islam perlu memperlengkapkan diri supaya ekonomi kita dapat bersaing di pasaran terbuka dalam era globalisasi dan teknologi maklumat kini,” katanya ketika merasmikan Forum Perdana Ehwal Islam anjuran Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna di Sekolah Kebangsaan Bukit Pasir, malam tadi.

Turut hadir pada majlis itu ialah Pengerusi Majlis Hal Ehwal Pengguna Johor, Samat Aripin dan Pegawai Daerah Muar, Datuk Razali Mahusin.

Forum Perdana Ehwal Islam berkenaan yang dirakamkan untuk siaran Radio Televisyen Malaysia (RTM), membincangkan aspek kepenggunaan dari perspektif Islam.

Muhyiddin berkata, umat Islam perlu meninjau peluang yang wujud menerusi globalisasi yang dapat memberi manfaat kepada masyarakat pengguna Islam di negara ini.

“Dalam ekonomi, jangan kita menindas antara satu sama lain, sebaliknya peniaga perlu menjaga kepentingan pengguna manakala pengguna juga harus menjaga kepentingan peniaga.

“Kita perlu ingat, kepentingan jemaah adalah lebih penting daripada kepentingan individu dan sebagai umat Islam, kita perlu menggunakan kebijaksanaan untuk kebaikan semua saudara yang lain,” katanya.

Beliau berkata, semua pengguna kini perlu melengkapkan diri bagi menangani masalah yang ditimbulkan oleh peniaga dan menimba pengetahuan supaya lebih memahami dunia kepenggunaan masa kini.

Katanya, sebagai pengguna, umat Islam perlu sentiasa membudayakan kesederhanaan dalam kehidupan dan perbelanjaan kerana budaya boros dan pembaziran adalah amalan syaitan yang boleh merosakkan masyarakat Islam.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: