Putera Klasik

Fikirkanlah…Renungkanlah

Pahala Sabar 10 Kali Ganda

Diambil dari ruangan MIMBAR HARIAN METRO JUMAAT 9 MEI 2003

SENJATA MUKMIN

GANJARAN SABAR DIDUNIA IALAH KEMENANGAN DAN KEJAYAAN HIDUP DALAM MENEGAK KEBENARAN

Islam menuntut umatnya supaya sentiasa bersabar. Setiap dugaan dan halangan hidup seharian perlu ditempuhi dengan reda dan penuh keinsafan. Umpamanya apabila ditimpa kemalangan atau musibah, kita hendaklah menyerahkan diri dan bertawakal kepada ALLAH S.W.T

Sikap sabar menghasilkan ganjaran kepada manusia baik didunia atau akhirat. Ini dijelaskan dalam Al-Quran bahawa setiap kebaikan itu walau sebesar zarah sekalipun akan mendapat balasan dan ganjaran baik. Begitu juga ganjaran terhadap sifat sabar kerana mengharapkan keredaan ALLAH dan membuat kebajikan. ALLAH menjanjikan  balasan yang baik dan kemenangan yang menggembirakan.

Sabar adalah antara sifat golongan beriman dan menjadi satu amal soleh. Orang yang melakukannya akan mendapat ganjaran pahala besar.

Firman ALLAH dalam Surah an-Nisa’ ayat 124 yang bermaksud  ” Barangsiapa yang mengerjakan amal soleh, baik lelaki atau wanita sedang dia orang beriman, maka mereka itu masuk syurga dan mereka tidak pula dianiaya sedikitpun..”

Justeru kita hendaklah berlumba-lumba membuat kebaikan seperti bersedekah, menolong orang dan ringan tulang dalam mengerjakan amal ibadat. Begitu juga dalam hal berkaitan sifat sabar terutama ketika berhadapan dengan masalah seharian. Pergaulan dengan jiran, rakan dan saudara mara perlu dijaga dengan baik.

Jika timbul perbalahan perlu ditangani dengan adil, saksama dan penuh kesabaran. Kehilangan sifat sabar hanya mengeruhkan keadaan, bukan menyelesaikan masalah. Sifat sabar membuktikan kewibawaan, peribadi dan ciri Muslim sejati serta mulia. belajarlah menghormati jika kita mahu diri dihormati dan disegani orang lain.

Ganjaran sabar didunia ialah mendapat kemenangan dan kejayaan hidup dalam menegakkan kebenaran ALLAH. Firman ALLAH dalam Surah Ali Imran, ayat 125, bermaksud ” Ya, cukuplah jika kamu bersabar dan bertakwa dan mereka datang menyerang kamu seketika itu juga, nescaya ALLAH menolong kamu dengan 5,000 malaikat yang memakai tanda.”

Orang yang bersabar dengan ujian ALLAH S.W.T dan sebarang kesusahan dalam mempertahankan keimanan amat dikasihi ALLAH S.W.T serta diberi kurnia yang banyak. Tentu hidup kita akan dipenuhi dengan kegembiraan dan kebahagiaan sepanjang masa.

Surah Ali Imran, ayat 170 bermaksud; “Mereka dalam keadaan gembira disebabkan kurnia ALLAH yang diberikan kepada mereka…”

Begitu juga orang yang kuat dalam kesabaran kerana mempertahankan iman juga akan mendapatkan keuntungan. Sebenarnya pelbagai ganjaran dan balasan akan diberi ALLAH S.W.T kepada orang bersabar.

Ini kerana melalui sifat sabar akan membentuk jiwa yang kuat dan mental yang berani untuk menghadapi segala cabaran dan peristiwa yang boleh mengganggu gugat keimanan dan ketakwaan kepada ALLAH S.W.T

Ganjaran besar seterusnya menunggu orang yang sentiasa sabar dengan ujian ALLAH S.W.T untuk alam akhirat. Keuntungan, kesenangan, harta benda dan wang yang diperoleh didunia hanyalah sementara.

Sebaliknya keuntungan dan kebahagiaan pada akhirat akan kekal dan abadi. Perkara inilah yang akan dinikmati golongan beriman dan sabar dalam keimanannya

FIRMAN

DAN janganlah kamu sengaja mencampakkan diri kamu ke dalam bahaya kebinasaan (dengan bersifat bakhil) – al-Baqarah:195

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: