Putera Klasik

Fikirkanlah…Renungkanlah

Nak Hidup!!!

Ini lah ungkapan yang digunakan oleh kebanyakan kita untuk menghalalkan segala usaha dan tindakan.

Kita sedar dan tahu apa yang kita buat itu sebenarnya salah.

Salah pada sisi manusia dan salah pada sisi Allah S.W.T, namun kita masih juga tidak dapat mengelakkan diri dari membuatnya.

Alasannya NAK HIDUP!!

Hakikatnya apa-apa yang diperolehi dengan cara yang mengikut nafsu akan dihabiskan dengan menurut nafsu juga!

Jika digunakan untuk membeli makanan pun kita akan banyak membazir sahaja.

Kita sebenarnya menjadikan darah daging kita dan keturunan kita rosak kerana sumber-sumber tak halal ini.

Perhatikanlah betapa liar nya anak-anak kita hari ini!!!

Sebenarnya kita hidup dengan banyak sekali menipu dan mencuri.

Ramai juga yang hidup dengan menindas dan memeras ugut orang yang lemah!

Tak percaya? Perhatikanlah sekeliling anda.

Tanyalah diri sendiri dan anda pasti sedar betapa benarnya kenyataan ini.

Alasannya? NAK HIDUP…!!!!

Ramai juga, kerana desakan hidup dan tiada pilihan lain bekerja dalam industri mungkar.

Memang benarlah kemiskinan boleh membawa kepada kemungkaran!

Terlebih ramai lagi dari kalangan kita memberi anak isteri makan hasil judi!

Walaupun kita semua berpakat mengatakan tidak mengapa, walaupun kita berpakat membuat perkara yang serupa, walaupun kita mengatakan terpaksa, salah tetap salah!

Haram tetap haram pada sisi Allah S.W.T. Itulah dugaan dan itulah ujian.

Apakah kita reda dengan semua itu dan membiarkan diri berkekalan disitu sehingga ke anak cucu?

Adakah kita berusaha membawa diri keluar dari semua itu atau menyalahkan takdir Allah S.W.T?

Ubahlah cara hidup. Hentikanlah apa-apa yang patut. Kurangkanlah apa-apa yang boleh.

Berjihadlah. Lawanlah hawa nafsu itu. Bukan mudah….tapi buktikanlah kepada Allah S.W.T niat kita untuk berubah…pasti ada jalan keluar.

Sesungguhnya Allah S.W.T berserta orang-orang yang sabar!!

Carilah, usahakanlah sumber lain yang halal dan berkat pula.

Itupun jika anda percaya adanya kehidupan di akhirat nanti.

Usahakanlah jika anda percaya dan yakin bahawa ajal anda akan tiba pada bila-bila masa sahaja.

Ibadat dah lah kurang tapi maksiat bertambah subur menjadi amalan. Takut tak sempat bertaubat!!….dan kita mengaku beragama Islam!!!

Dalam apa jua usaha kita untuk kepentingan sendiri pastikan setiap keuntungan yang boleh kita perolehi tidak merugikan umat.

Sebaiknya keuntungan kita menjadi pemangkin ke arah keuntungan yang lebih besar terhadap umat.

Kita mencari kejayaan didunia dan diakhirat, apalah ertinya jika segala kelebihan yang kita perolehi hanya merupakan ISTIDRAJ dari ALLAH S.W.T?

Bagi kita yang memiliki kelebihan, inilah peluang untuk kita membantu menyelamatkan saudara sebangsa dan seagama, keluar dari lingkaran dosa yang tak berkesudahan!

Jangan hanya tahu mencemuh dan menghina. Bantulah.

Nanti ditanya Allah S.W.T kemana digunakan segala kurnia yang diberiNya, bolehlah kita menjawapnya.

Kita sanggup berbuat apa sahaja untuk hidup didunia ini tetapi jangan sampai menempah mati yang tak mati-mati di akhirat nanti.

Usahakanlah dunia yang boleh dibawa mati pahalanya bukan balanya!!!

Fikirkanlah….Renungkanlah

AskMe 2005/2011

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: