Putera Klasik

Fikirkanlah…Renungkanlah

Cemerlang Gemilang Terbilang

Berikut ini adalah petikan dari tulisan saya, Membangunkan Usahawan Cemerlang. Kuantiti Yang Berkualiti

Setiap insan memilik sifat-sifat tersendiri. Bukan semua manusia diciptakan sama.

Namun demikian tidak wajar dijadikan pertandingan kepelbagaian sifat ini.

Permasalahan akan wujud bilamana individu yang memiliki sifat-sifat tertentu diberi tanggungjawab yang merupakan cabaran yang terlalu besar untuk dirinya.

Sebagai perbandingan;
Kambing mempunyai sifat semulajadi sebagai binatang yang memakan tumbuh-tumbuhan (maun).

Bayangkan apa yang boleh berlaku bilamana kambing diberi tanggungjawab untuk menjaga kebun sayur?

Atau kambing diberi tanggungjawab memimpin sekumpulan harimau

atau harimau diberi tanggungjawab menjaga sekawan kambing?

Ringkasnya : Segala sesuatu ada tempatnya maka adalah wajar segala sesuatu itu diletakkan pada tempatnya.

Pakar dalam bidang perlu diberi tanggungjawab yang berada dalam ruang lingkup kepakaran yang dimilikinya.

TIDAK BOLEH TANGKAP MUAT.

Pada majlis-majlis konvokesyen, diterbitkan buku yang menyenaraikan nama-nama penerima ijazah.

Pada pemerhatian saya paling ramai graduan bumiputera berada di dalam senarai Kelas Kedua dan pada hemat saya para graduan yang di katakan mengganggur itu adalah terdiri dari mereka-mereka yang berada di dalam kelas ini.

Susulan dari petikan di atas, apakah kriteria yang kita gunakan untuk menentukan kursus atau jurusan yang bersesuaian dengan mereka?

Jelas pada saya sistem yang kita gunakan tak ubah seperti menampi.

SISTEM TAMPI akan hanya menghasilkan banyak sekali hampas! Hakikatnya itulah yang berjaya kita hasilkan, HAMPAS.

Apakah tiada cara untuk kita mengenalpasti apa yang sesuai untuk anak-anak ini? Apalah ertinya kita membazirkan begitu banyak wang dan tenaga untuk mengajar mereka sesuatu yang tidak langsung menepati BAKAT dan KEBOLEHAN mereka

Saya percaya setiap kita DI CIPTAKAN DENGAN BAKAT DAN PERANAN MASING-MASING.

SISTEM TAMPI hanya menghasilkan GRADUAN CUKUP MAKAN dan membazirkan masa semua pihak.

Kita akhirnya marahkan anak-anak ini tetapi kita lupa CEMERLANG GEMILANG TERBILANG dalam apa jua perkara harus bermula dan harus datang dari orang-orang yang terlebih dahulu makan garam jika mahu ianya di warisi oleh anak-anak ini.

MINAT BOLEH DIPUPUK…..KESERASIAN ITU PERLU DI PASTIKAN jika kita mahukan CEMERLANG GEMILANG TERBILANG itu tercapai….

Saya sebenarnya melihat banyak benar robot di sekeliling saya.

Bersyukur itu menjadi sesuatu yang amat sukar kerana hidup terperangkap dalam putaran ganas.

Berubah itu amat payah kerana terlalu banyak perkara lain yang perlu di ubah sama.

Barangkali suatu kaedah tertentu boleh dilaksanakan dalam PLKN untuk mencapai matlamat ini supaya generasi seterusnya akan menjadi manusia bukan robot.

Para guru pun ramai yang saya lihat tak ubah macam robot. How can robot raised human?

Fikirkanlah….Renungkanlah

© AskMe 2005/2011

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: